Hari raya, makan, tidur dan melancong...

Friday, July 08, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera.....

Tengah seronok scroll-scroll FB tadi saya terbaca beberapa post kawan-kawan mengenai raya mereka yang agak lain daripada orang lain.

Yang seorang ini update kan status FB nya sebagai "My raya so far...eat+sleep-> repeat". Macam lebih kurang saya juga cuma saya tidak lah berkesempatan nak tidur di siang-siang hari raya ini. Tak berani juga nak banyak tidur sebenarnya mengenangkan aktiviti makan yang agak melampau hari ini. Di hari raya pertama semalam kira berjaya juga kawal makan. Daripada 4 buah rumah yang saya kunjungi, saya hanya 'tewas' di rumah ke-4 kerana tergoda dengan pulut kuning dan rendang dagingnya yang nampak sangat menyelerakan. Di 3 buah rumah yang lain saya hanya minum air saja. Hari ini walaupun hanya duduk di rumah, nampaknya terlebih makan pula berbanding semalam!

adik Din yang comel dalam iklan tnb
Gambar ni tak ada kaitan dengan cerita saya
tapi saya sukaaaaa sangat muka adik ni time ni!

Post yang lain saya terbaca ialah mengenai seorang kenalan yang update status nya yang sedang berada di lapangan terbang menunggu untuk berlepas ke Bandung. Cuti-cuti makan angin di Bandung katanya. Saya tak pasti dengan anda, tapi bagi saya hari raya ialah lebih kepada hari untuk bertemu saudara mara dan sahabat handai berbanding pergi makan angin di luar negara. Tapi agaknya kenalan saya itu ramai saudara mara atau sahabat handai di Bandung, mungkin?

Ada juga di kalangan saudara mara saya yang turut ambil kesempatan di musim raya untuk bercuti ke luar negara. Sepanjang hidup saya memang belum pernah lagi saya beraya di perantauan. Pada saya, hari raya mesti disambut di rumah,Samada hari raya puasa mahupun hari raya haji. Wajib ada di rumah. Wajib kemaskan rumah dan buat persediaan juadah di rumah. Wajib dengar takbir yang disiarkan di tv di rumah pada malam raya. Cuma mungkin sekali saya berada di bumi Mina ketika hari raya haji tahun 2008. Memang pada waktu itu perasaannya lain sangat bila dengar takbir raya. Rasa semacam sebab dah bertahun-tahun dalam hidup ketika dengar takbir menyambut raya saya mesti ada di rumah.

Seronok kah sambut raya dengan cara bercuti di luar negara? Mungkin seronok, ya lah, belum cuba belum tahu kan. Tapi setakat ini saya tak terasa pula nak beraya di luar negara. Adik saya sendiri telah merancang percutian keluarga ke Bali pada bulan September nanti. Pada mulanya memang saya seronok dan teruja sebab dah lama tak pergi bercuti (saya ada terbaca di FB yang kita digalakkan untuk pergi bercuti setiap 3 bulan sekali!). Tapi bila semak balik tarikhnya adalah jatuh pada hari raya haji terus saya tarik diri. Macam tak sesuai pula rasanya bercuti ke Bali pada hari raya. Mengapa agaknya ada yang memilih untuk bercuti ke luar negara semasa hari raya? Mungkin juga bagi mereka yang bercuti di luar negara sewaktu hari raya ini, bagi mereka itu saja lah satu-satunya waktu cuti yang ada untuk berkumpul sekeluarga dan pergi melancong kan. Harap-harap nya bukan kerana hendak mengelak daripada memasak juadah raya dan melayan tetamu!


Macam mana dengan hari raya anda? Adakah seperti sahabat saya yang makan, tidur, makan , tidur sahaja? Atau anda kini dah pun selamat berada di luar negara menikmati percutian bersama keluarga?


Beraya di tanahair mahupun di luar negara, apa yang penting raikan nya bersama orang yang tersayang!

 

0 comments: