Cerita raya saya..
Assalamualaikum & salam sejahtera....
Salam 2 Syawal...
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin...
Taqabbalallahu minna wa minkum wa ja'alana minal 'aidin wal faizin....
Harap maaf jika ada terkasar bahasa sepanjang saya menulis di blog ini...
*Aktiviti meng update blog saya agak kelam kabut sepanjang Ramadhan dan Syawal ini*
Ke mana anda beraya hari ini?
Seronok tengok gambar-gambar raya yang dikongsikan kawan-kawan di FB. Berwarna-warni wall FB dengan baju raya yang pelbagai fesyen. Yang saya suka bila tengok suasana raya di kampung. Maklumlah saya tak ada kampung. Kampung saya dekat, di Gombak saja. Hari-hari boleh balik kampung. Cemburu juga tengok orang lain beraya di kampung. Dengan sawah padi nya, dengan sungai tenangnya, dengan rumah kayunya dan laman yang luas, dengan kanak-kanak seronok main bunga api di laman yang diterangi lampu pelita dari buluh. Memang betul-betul suasana raya lah!
Tapi raya di bandar Kuala Lumpur pun seronok juga sebenarnya. Jalan raya lengang siap boleh golek-golek di tengah jalan (ok, itu agak over sikit gambarannya ya), rumah terbuka pun ada juga. Saya pernah ke rumah terbuka bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir di Seri Kembangan suatu ketika dulu ( dah laaaaaama juga rasanya), sempat lah bergambar dengan Tun berdua. Selain daripada ke rumah sanak saudara yang terdekat dan rumah terbuka menteri-menteri, saya duduk di rumah saja lah tengok tv dan menghabiskan kuih raya yang ada.
Sebut pasal biskut raya, tahun ini saya hanya sempat buat satu jenis biskut saja. Biskut coklat chip. Bukan tak sempat nak buat banyak jenis, tapi banyak pula dapat biskut- biskut raya daripada adik ipar dan yang saya beli dari ex office mate. Bermula denga n hanya coklat chip, bertambah dengan jem tart, snowball, suji oreo, bangkit cheese, popia mini, rempeyek, almond slice dan maruku! Teringat pula kata-kata Syamsul Debat. "Biskut dua jenis ni je yang saya tak buat, yang lain semua saya beli!"
Malam raya sempat lagi buat cheese cake dan cari lemang sebatang dua. Mencabar juga cari lemang tahun ini. Kalau tahun-tahun yang lepas saya akan cari lemang pada malam raya. Mencari lemang Pak Ajai yang dekat dengan Zoo Negara itu. Lemangnya sedap,lemak dan tak keras. Selalunya waktu malam raya sudah tak ramai yang beratur di gerai Pak Ajai tapi tahun ini agak luar biasa sikit. Ingatkan nak ubah tradisi, cari lemang petang-petang dan malam raya nak duduk di rumah saja. Sekali tengok orang beratur tersangat lah panjang menunggu lemang Pak Ajai. Ok tak apa, malam nanti datang lagi mesti dah tak ramai orang. Bila datang waktu malam saya kecewa lagi. Orang masih beratur panjang. Akhirnya mengalah beli lemang Pak Ali saja lah. Pelik juga bila ke gerai Pak Ali. Tak ada langsung orang beratur beli lemang. Padahal setahu saya lemang Pak Ali lebih popular daripada Pak Ajai.
Sedikit musykil kedai lemang Pak Ali yang agak lengang di malam raya |
Hari ini hanya tunggu orang datang beraya ke rumah. Esok dan lusa saya akan keluar beraya dan ada juga yang dah 'book' saya beritahu hendak datang beraya. Bagus juga kalau beritahu lebih awal sebelum datang beraya, dapatlah sediakan lebih sedikit juadah raya. Kalau yang datang secara tiba-tiba, jamu biskut raya saja lah jawabnya.
Selamat berhari raya!
Lagu raya favourite saya...
Suasana Hari Raya (Anuar Zain & Elina)
Lagu raya favourite saya...
Suasana Hari Raya (Anuar Zain & Elina)
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira
Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri
0 comments: