Seronoknya balik kampung!

Sunday, July 10, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Masih belum habis cerita raya. Menonton telefilem ' Ketupat Terakhir' di tv3 petang semalam memang menarik. Jalan ceritanya menarik tapi yang lebih menarik hati saya ialah latar belakang yang menjadi lokasi penggambaran telefilem ini. Menepati ciri-ciri suasana kampung untuk beraya yang saya idam-idamkan!

Jika tidak silap saya, lokasi yang sama digunakan untuk drama 'Aku Bukan Bimbo' yang lalu. Dengan keindahan sawah padi yang luas terbentang (sangat-sangat luas!), rumah kampung yang betul-betul di tepi sawah, siap ada pondok kecil untuk berehat di luar rumah. Lengkap dengan reban ayam dan kandang kambingnya sekali. Malam-malam pula dipasang lampu pelita di sekitar kawasan laman rumah yang luas.


Best!

Sawah luas terbentang saujana mata memandang

Best jalan-jalan tepi sawah

Tangkap ikan di sawah

Cantik kalau dapat tangkap gambar di sini!


Dekat luar rumah ada pula sungai siap dengan sampan kecil. Buat kuih goyang @ kuih ros di pangkin luar rumah berdepan dengan sawah. Anyam ketupat sambil angin bertiup sepoi-sepoi bahasa tepi sawah. 


Menganyam sarung ketupat tak terasa penatnya kalau mengadap sawah yang menghijau ni!

Tempat berehat luar rumah

Dapat naik sampan kat sungai kecil ni pun seronok rasanya!

Pasang lampu pelita keliling rumah...

Bukan setakat sawah yang luas terbentang, laman rumah pun luas terbentang!

Takkan jemu duduk di sini mengadap sawah!

Memang tak sabar rasanya nak balik kampung kalau ada kampung macam ini.....Seronoknya balik kampung!

:)

Ada sesiapa yang tahu di mana lokasi kampung yang cantik ni?


0 comments: