Berapa berat badan anda selepas 27 hari berpuasa?

Saturday, July 02, 2016 Ana 2 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera....

Balik dari bazar Ramadhan tadi terasa badan macam dah kurus sebab berjalan banyak. Sebenarnya dari pagi lagi dah terasa 'kurus' ini sebab pagi tadi dah berjalan banyak juga cari baju raya di Ampang Park. Jadi sampai saja rumah tadi terus cari penimbang berat. Saspen juga nak tahu berat badan selepas 27 hari berpuasa.

Berat asal saya sebelum mula berpuasa dulu adalah 62kg.

Berat saya selepas timbang sebentar tadi?

56.9kg

berat badan turun 5kg di bulan puasa


Wah, berat badan saya dah turun hampir 5kg!

Mudah rupa-rupanya hendak turunkan berat badan dalam bulan puasa ini. Sibukkan diri dengan buat kerja-kerja rumah yang sememangnya tak akan habis. Saya sendiri tak ada buat apa-apa senaman pun untuk turunkan berat badan. Cuma yang saya perasan memang di bulan puasa ini saya lebih banyak bergerak. Dari mula bangun pagi hari siapkan bahan-bahan untuk menu berbuka untuk hari tersebut. Kemudian hantar anak saudara ke sekolah. Sekali sekala selepas balik dari sekolah saya akan ke kedai pula membeli barang-barang masakan yang kurang. Balik ke rumah tak sempat nak duduk lama, sudah bersiap pula untuk memasak lauk berbuka. Selesai masak dah hampir petang. Rehat sekejap sebelum berbuka kemudian lepas berbuka sambung dengan solat maghrib diikuti solat isyak, tarawikh dan witir. Dan saya rasa yang paling menyumbang kepada turunnya berat badan saya ialah pergerakan yang banyak seumpama senaman dalam solat tarawikh.

Dengan semua aktiviti di atas memang tak sempat pun nak khaskan waktu tertentu untuk buat senaman!

Baca juga:
Cara mudah turunkan berat badan di bulan puasa

Dan yang paling penting, di samping buat aktiviti-aktiviti yang memang dah jadi rutin harian, secara tak langsung dalam masa yang sama dapat kurangkan berat badan. Jadi tak ada lag rasa macam 'terpaksa' nak buat senaman untuk turunkan berat badan kan!

Kesimpulannya, mudah untuk kurangkan berat badan sebenarnya, cuma buat aktiviti yang kita suka. Maksud saya aktiviti yang ada melibatkan pergerakan fizikal dan mengeluarkan peluh. Kalau aktiviti yang kita suka adalah aktiviti makan, err mungkin boleh juga. Cari tempat makan yang jauh dan perlukan kita berjalan kaki untuk ke sana. Lepas makan banyak, kita bakar semula kalori dan lemak dengan berjalan kaki.

Bulan Ramadhan ada berbaki 3 hari lagi, masih sempat untuk capai berat badan yang diingini!


 

2 comments:

  1. Agak berat sebenarnya nak berkongsi berat badan ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. :)
      Terutamanya lepas banyak makan di musim raya ni..

      Delete