Terima kasih Dato' Lee Chong Wei...

Sunday, August 21, 2016 Ana 2 Comments



Terima kasih Dato' Lee Chong Wei...


Assalamualaikum & salam sejahtera....

Tahniah Dato' Lee Chong Wei menang pingat perak di final badminton Olimpik Rio.

Melihat kan perjuangan Dato' dalam perlawanan final menentang Chen Long tadi, banyak perkara yang terlintas di fikiran.

Bukan mudah dan bukan semua orang seperti Dato' mampu untuk mengorbankan masa dan tenaga (bermula dari usia 11 tahun, baca di sini) untuk menjadi pemain badminton terbaik dunia dan mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

Bukan  mudah untuk Dato' mencabar diri sendiri untuk melakukan yang terbaik dengan ketiadaan rakan latihan yang boleh mencabar Dato' dalam latihan.

Bukan mudah untuk Dato' berada di kedudukan sekarang setelah mengharungi pelbagai dugaan dalam dunia badminton seperti kecederaan dan penggantungan.

Bukan mudah untuk akhirnya berjaya mengatasi Lin Dan dalam sukan Olimpik dengan semangat kental yang Dato' tunjukkan di perlawanan separuh akhir semalam.

Bukan mudah untuk Dato' memikul harapan menggunung jutaan rakyat Malaysia untuk melihat emas yang pertama buat negara di sukan Olimpik.

dato' lee chong wei menang pingat perak di olimpik rio

dato' lee chong wei menang pingat perak di olimpik rio

dato' lee chong wei menang pingat perak di olimpik rio

dato' lee chong wei menang pingat perak di olimpik rio

dato' lee chong wei menang pingat perak di olimpik rio

dato' lee chong wei sebak dan minta maaf kepada rakyat malaysia

dato' lee chong wei sebak dan minta maaf kepada rakyat malaysia

dato' lee chong wei sebak dan minta maaf kepada rakyat malaysia



Menonton temubual wartawan Astro Arena selepas perlawanan tadi bersama Dato' dan melihatkan Dato' sebak meminta maaf kepada rakyat Malaysia yang mengharapkan emas daripada Dato' (anda boleh tonton di sini) , sesungguhnya memang berat untuk menjadi insan yang bernama Lee Chong Wei ini. Masih lagi memikirkan tentang harapan rakyat di saat Dato' sendiri sudah cuba yang terbaik, Percayalah yang rakyat Malaysia sentiasa menyokong Dato' tak kira apa jua warna pingat yang dimenangi. Dato' sentiasa juara di hati rakyat!

Kita menang sama-sama, kita kalah sama-sama. Dan kita tak kalah pun sebenarnya, menang pingat perak masih dikira sebagai pemenang!

Tak perlu meminta maaf dan bersedih Dato' Lee Chong Wei kerana Dato' telah cuba yang terbaik!

Bukan semua orang mampu beraksi di final badminton Olimpik untuk kali ketiga berturut-turut.

Bukan semua orang mampu naik podium di final Olimpik untuk kali ketiga berturut-turut, Lin Dan pun tak mampu melakukannya! (Lin Dan tewas di tangan pemain Denmar Viktor Axelsen untuk pingat gangsa)

Bukan semua orang mampu menang pingat perak di Olimpik untuk kali ketiga berturut-turut.

Terima kasih atas segala pengorbanan dan perjuangan Dato' untuk Malaysia selama ini.

Terima kasih Dato' Lee Chong Wei....

#chongweiourhero
#dlcw
#leechongwei
#terimakasihdatoleechongwei


Baca juga :
Pingat perak pertama Malaysia di Olimpik Rio 2016 : Tahniah Pandelela dan Jun Hoong!
Jom tonton Olimpik Rio 2016 di Live Streaming RTM!
Tahniah Azizulhasni Awang, Pocket Rocket Man!
Tahniah Liu Ying-Peng Soon, menang pingat perak kedua buat Malaysia!
Tahniah Goh V Shem dan Tan Wee Kiong!
Tahniah Tan Wee Kiong dan Goh V Shem untuk pingat perak ketiga Malaysia!




2 comments:

  1. tahniah dan terima kasih Dato' Lee Chong Wei. :')

    muka dia pun tahan sedih ja yak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete