Drama Lelaki Macam Dia : Husna yang jual mahal!

Wednesday, August 10, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Drama 'Lelaki Macam Dia' akan menghampiri penghujungnya minggu ini. Drama adaptasi novel 'Mamat Muka Selenga' karya penulis Aliesha Kirana yang juga merupakan penulis novel Love You Mr Arrogant yang jadi sebutan ramai suatu ketika dulu. Dengan gandingan pelakon Izreen Azminda, Azrel Ismail dan Akhmal Nazri, drama Lelaki Macam Dia ini membawakan jalan cerita yang ringan dan santai tanpa begitu sarat dengan konflik.

Apakah agaknya akan berlaku di episod akhir Lelaki Macam Dia nanti? Adakah Husna akan memilih Aydan dan berkeras tidak akan kembali menyambung hubungan lama yang terputus dengan Fahmi?

lelaki macam dia

lelaki macam dia

lelaki macam dia


Saya suka Izreen Azminda yang memegang watak Fatihah Husna sebab saya suka benar dengar cara percakapan loghat utara nya itu. Selalunya kalau loghat utara saya mesti teringat kepada Zara Zya dalam drama Tuan Anas Mikael. Tapi watak Husna yang dibawakan Izreen dalam Lelaki Macam Dia memang selamba dan natural lakonannya,  Sesuai dan lengkap segala 'asam garam dan perencah' rasa tidak suka Husna kepada Fahmi digambarkan dalam awal penceritaan drama ini.

Azrel sebagai Fahmi Nazarul memang nampak benar selenga nya dan berjaya 'merimaskan' Husna dengan sikapnya itu. Watak Akhmal Nazri sebagai Aydan Danial sangat susah untuk saya terima bukan sebab lakonannya tak bagus. Tapi sebab saya tak boleh nak elak daripada bayangan Jibam dalam Oh My English! (OME). Watak Jibam yang dibawa oleh Akhmal dalam OME sangat melekat dengan dirinya sampai susah nak bayangkan Akhmal dengan watak yang berbeza. Sepanjang menonton Lelaki Macam Dia yang saya nampak ialah Jibam, bukan Aydan.

lelaki macam dia


Anda boleh klik di sini atau di blog penulisnya di sini (hingga bab 15 sahaja) untuk membaca novel 'Mamat Muka Selenga' secara online.


Nantikan episod akhir Lelaki Macam Dia pada Khamis ini sebelum digantikan oleh satu lagi drama adaptasi novel karya Fazlyn Ridz bertajuk Si Kolot Suamiku...







0 comments: