Jom tonton Olimpik Rio 2016 di Live Streaming RTM!

Tuesday, August 16, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Tahniah Goh V Shem dan Tan Wee Kiong berjaya melangkah ke separuh akhir badminton beregu lelaki setelah mengalahkan pasangan nombor satu dunia dari Korea Selatan Lee Yong Dae dan Yoo Yeon Seong 17-21, 21-18 dan 21-19. Terubat sedikit kekecewaan setelah pasangan beregu wanita tewas kepada pasangan nombor satu dunia dari Jepun sehingga perlawanan berlanjutan ke rubber set.

goh v shem dan tan wee kiong layak ke separuh akhir badminton olimpik rio
Sumber : nst.com.my

Kemenangan V Shem dan Wee Kiong ini merupakan berita gembira kedua buat kem negara setelah pasangan beregu campuran Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon turut layak ke separuh akhir menewaskan pasangan Poland pada perlawanan awal pagi tadi.

goh liu ying dan chan peng soon layak ke separuh akhir badminton olimpik rio
Sumber : themalaymailonline.com

Tahniah!

Kedua-dua game ini saya tak dapat tonton secara live pun. Semuanya angkara saluran 801 Astro Arena yang buat hal. Saluran Astro ini ada suara saja tiada gambar. Boleh bayangkan perasaannya 'tonton' live match macam itu? Memang menyeksakan bila dengar suara pengulas yang berkobar-kobar mengulas tapi saya hanya dapat lihat skrin tv yang gelap. Bertambah seksa bila baca komen-komen di FB yang mengatakan perlawanan sangat sengit dan boleh dapat sakit jantung menontonnya!

Di RTM pun tiada siaran langsung perlawanan ini. Baru tahu yang saya ini ketinggalan keretapi rupa-rupanya. Memang betul RTM tiada siaran langsung perlawanan badminton ini di tv. Tapi ada di live streaming, link nya di sini : http://hospenyiar.rtm.gov.my/olimpik. Macam mana lah saya boleh tak teringat pasal live streaming ini?

Perlawanan beregu lelaki dah menang baru saya jumpa link di atas.

:P

Ada 7 channel disediakan di live streaming ini dan kualiti gambar di live streaming ini sangat-sangatlah jelas. Contoh macam gambar-gambar di bawah ini:






Perlawanan separuh akhir beregu campuran akan berlangsung pagi ini jam 5:45 pagi ini (16/8/2016) di mana Liu Ying dan Peng Soon akan berdepan dengan pasangan di ranking ke 5 dunia dari China, Xu Chen dan Ma Jin.

V Shem dan Wee Kiong telah membuktikan ranking bukan segala-galanya bila mereka berjaya tewaskan pasangan nombor satu dunia dari Korea Selatan itu.

Baca juga :
Pingat perak pertama Malaysia di Olimpik Rio 2016 : Tahniah Pandelela dan Jun Hoong!
Tahniah Goh V Shem dan Tan Wee Kiong!
Tahniah Azizulhasni Awang , Pocket Rocket Man!
Tahniah Liu Ying-Peng Soon, menang pingat perak kedua buat Malaysia!
Tahniah Tan Wee Kiong dan Goh V Shem untuk pingat perak ketiga Malaysia!
Terima kasih Dato' Lee Chong Wei....


Adakah Liu Ying-Peng Soon mampu mencipta sejarah dengan memenangi sekurang-kurangnya pingat gangsa yang pertama buat beregu campuran Malaysia?

Malaysia Boleh!

#malaysiaboleh
#ayuhmalaysiaku
#olimpikrio2016




    0 comments: