Belanja RM40 dan anda berpeluang menangi sebuah rumah!

Sunday, August 07, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera...

Siapa nak menang hadiah rumah dengan hanya belanja kan RM40? Siapa tak nak, mesti semua orang nak kan!

Caranya mudah. Hanya berbelanja minimum RM40 dalam satu resit di Guardian Store dan anda layak untuk menyertai peraduan meneka tisu dalam gambar rumah yang disediakan pada borang peraduan. Mudah kan?

belanja RM40 dan peluang menangi sebuah rumah
Sumber : guardian.com.my

teka dan menang hadiah rumah
Sumber : guardian.com.my




Dengan semangat berkobar-kobar saya pun singgah di Guardian pagi tadi sebelum membeli barang dapur. Dalam kepala memang dah set nak beli barang yang saya akan gunakan dan bukan semata-mata beli barang sampai RM40 sebab nak masuk peraduan. Akhirnya saya beli Salonpas sebanyak 3 kotak untuk emak saya yang mana jumlah harga semuanya ialah dalam RM50 lebih. Semangat masih berkobar-kobar tak sabar nak isi borang peraduan. Saya nampak di kaunter ada sebuah kotak yang di dalamnya ada beberapa borang peraduan yang telah diisi jawapan. Ramai juga yang dah hantar borang. Saya kena bertindak pantas ni! 😁

Sampai saja di kaunter sementara tunggu pelanggan depan saya membayar barangannya, saya sempat membaca borang peraduan yang ditampalkan di depan kaunter. Bila baca syarat peraduan yang pertama, baru saya perasan sesuatu. Rupa-rupanya dalam bersemangat nak masuk peraduan itu saya dah terlepas pandang dan tak baca betul-betul syarat peraduan.

"Belanja minimum RM40 untuk produk yang mengambil bahagian di Guardian Store"

Produk yang mengambil bahagian? Salonpas ini termasuk dalam produk yang ambil bahagian ke? Dalam kalut nak fikir itu dah sampai giliran saya untuk membayar.

Saya :
Adik, kalau nak masuk peraduan ni kena beli barang yang ambil bahagian saja ke? (saya tanya kepada adik di kaunter sambil tunjuk borang peraduan yang ada di depannya)

Adik kaunter :
Ya Kak.

Saya :
Kalau beli Salonpas ni boleh masuk peraduan tak?

Adik kaunter :
Emm, kejap saya check.
(Adik itu pun check satu-satu senarai produk yang tertulis di borang peraduan)

Sambil itu saya dah pun habis membayar harga barang.

Adik kaunter :
Salonpas ni tak ada lah kak. Tak termasuklah.

Saya :
Oh ye ke. Boleh ke kalau saya nak ambil satu borang tu nak tengok senarai barang.

Adik kaunter :
Akak nak beli barang tu sekarang ke?

Saya :
Kalau saya ambil dulu borang lepas tu lain kali beli barang boleh?

Adik kaunter :
Oh tak boleh Kak. Kalau akak beli sekarang baru saya boleh bagi borang ni.

Saya :
Oh macam tu. Tak apa lah lain kali saya datang.

Jadi semangat yang berkobar-kobar tadi dah hilang. Salah saya juga sebab tak baca betul-betul syarat peraduan.

Kalau anda pun teruja macam saya nak menang sebuah rumah, sila klik di sini untuk kunjungi laman web Guardian untuk maklumat lanjut syarat peraduan dan produk-produk yang mengambil bahagian. Jangan jadi macam saya ya 😆

Peraduan ini bermula dari 28 Julai sehingga 28 September 2016. Masih ada banyak masa lagi kan. Bukan selalu ada peraduan yang tawarkan hadiah sebuah rumah, jom rebut peluang sementara masih ada!



0 comments: