Tahniah Tan Wee Kiong-Goh V Shem untuk pingat perak ketiga Malaysia!

Saturday, August 20, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera....


Tahniah Tan Wee Kiong dan Goh V Shem untuk pingat perak ketiga Malaysia!

Perlawanan yang sengit menentang pasangan China hingga ke akhir perlawanan. Menang pingat perak, anda tetap emas di hati rakyat Malaysia!

tan wee kiong, goh v shem

tan wee kiong, goh v shem

tan wee kiong, goh v shem

tan wee kiong, goh v shem

tan wee kiong, goh v shem

Jika di semi final yang lalu, ketika ditemubual wartawan Astro Arena selepas perlawanan, V Shem yang nampak sebak dan terharu berjaya layak ke final, kali ini nampaknya Wee Kiong yang lebih ketara riak wajah sedihnya tidak berjaya memenangi pingat emas. Tak perlu sedih Wee Kiong, anda dan V Shem dah buat yang terbaik!

Baca juga :
Pingat perak pertama Malaysia di Olimpik Rio 2016 : Tahniah Pandelela dan Jun Hoong!
Jom tonton Olimpik Rio 2016 di Live Streaming RTM!
Tahniah Azizulhasni Awang, Pocket Rocket Man!
Tahniah Goh V Shem dan Tan Wee Kiong!
Tahniah Liu Ying-Peng Soon, menang pingat perak kedua buat Malaysia!
Terima kasih Dato' Lee Chong Wei....


Tahniah juga untuk Dato' Lee Chong Wei yang berjaya menewaskan musuh tradisinya, Lin Dan dan mara ke final badminton Olimpik untuk kali ketiga berturut-turut! All the best untuk final Dato', seluruh rakyat Malaysia menyokong di belakang Dato'!


lee chong wei, lin dan

lee chong wei, lin dan

lee chong wei, lin dan

lee chong wei, lin dan


Harapan tinggi menggunung rakyat Malaysia untuk melihat Jalur Gemilang berkibar di tengah dan lagu Negaraku berkumandang di Riocentro Pavilion 4 kini berada di bahu Dato' Lee Chong Wei.

Semoga berjaya Dato'!


#malaysiaboleh
#ayuhmalaysiaku
#dclw
#tanweekiong
#gohvshem






0 comments: