Terima kasih atas hidangan ini....

Monday, February 06, 2017 Ana 0 Comments


Terima kasih atas hidangan ini....



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Drama Jepun yang disiarkan di tv AlHijrah, Bon Appetit semakin menarik untuk ditonton.

Fuku, anak sulung yang pendiam dan banyak berfikir itu dah berkahwin dengan Muroka (sahabat adiknya Taisuke) dan melahirkan bayi lelaki dinamakan sebagai Hiroshi.

Drama Jepun Bon Appetit

Katsuo, si bongsu yang mewarisi kebijaksanaan dan kemahiran memasak daripada Meiko telah menyertai tentera laut secara sukarela walaupun berat untuk dilepaskan oleh Meiko. Dan dalam episod hari ini Meiko menerima khabar duka mengenai Katsuo yang telah terkorban dalam pertempuran.

Taisuke, si anak kedua, akhirnya tidak lagi dapat mengelak setelah menerima panggilan untuk menyertai pasukan tentera. Ironinya, Taisuke meninggalkan Meiko untuk ke medan perang pada hari yang sama Meiko mendapat berita buruk mengenai Katsuo.

Apa khabar agaknya Yutaro yang dihantar ke Manchuria sebagai hukuman bila buat tunjuk perasaan semasa latihan kebakaran?

Apa agaknya nasib keluarga Meiko yang berada di Tokyo?

Bagaimana Meiko akan meneruskan hari-hari seterusnya dalam kehidupan beliau menumpang tinggal di rumah kakak iparnya, Kazue?

Adakah Taisuke akan menerima nasib yang sama dengan Katsuo?

Adakah Yutaro berpeluang untuk menatap wajah cucunya, Hiroshi?

Mampukah Meiko meneruskan kehidupan tanpa 3 lelaki kesayangannya, Yutaro, Taisuke dan Katsuo?


Baca juga:
Drama Jepun, Meiko dan Bon Appetit...
Drama Jepun yang best suatu ketika dulu....
Ingatkan drama Bon Appetit dah tamat....
Tamat sudah Bon Appetit!

Setelah peristiwa pengeboman pada malam Fuku melahirkan anak, saya rindu pula nak tengok Meiko dengan idea-idea masakannya. Telur ayam walaupun hanya sebiji mampu diolahnya menjadi hidangan yang enak dan cukup untuk dikongsi makan berdua. Tak ada tepung gandum kerana telah dicatu? Tak ada masalah, Meiko boleh sediakan hidangan yang enak daripada tepung soya! Sedih juga bila melihat dapur yang banyak berjasa kepada Meiko untuk menyediakan pelbagai hidangan serta meja makan yang menjadi tempat mereka sekeluarga menikmati hidangan rosak akibat dibom.

Drama Jepun Bon Appetit

Drama Jepun Bon Appetit

Drama Jepun Bon Appetit

Drama Jepun Bon Appetit


"Terima kasih atas hidangan ini"

"Selamat menikmati hidangan"

"Terima kasih untuk sarapan ini"

"Terima kasih sediakan sarapan, mak"

"Saya dah pulang"

"Selamat pulang"

Kaya sungguh budi bahasa dalam keluarga Jepun ini. Berterima kasih kepada yang menyediakan makanan setiap kali mereka duduk menghadap hidangan di meja makan. Bukan saja sopan dari segi percakapan malah dari segi perbuatan. Tunduk hormat meskipun orang yang diberikan tunduk hormat itu telah hilang dari pandangan adalah perkara biasa bagi mereka. Apabila sampai di muka pintu rumah, kasut disusun menghadap dengan elok menghadap ke arah luar adalah amalan yang saya baru nampak dibuat oleh Taisuke dalam drama ini.

Bon Appetit, drama yang kaya dengan cerita, kaya dengan budaya dan kaya dengan budi bahasa. Menarik untuk ditonton sekeluarga 😊😊😊.








0 comments: