Facebook, Like dan benda-benda yang baik...

Saturday, February 04, 2017 Ana 0 Comments


Facebook, Like dan benda-benda yang baik...



Assalamualaikum & salam sejahtera.....

Ramai kawan-kawan yang kongsikan video 'Happy Friends Day' di Facebook kelmarin.

Selain Friends Day, Facebook juga rajin 'buat' kan video untuk kita sempena 'friendversary' atau ulangtahun persahabatan dan ulangtahun kelahiran.

friendversary in facebook

Masih ingat lagi ramai yang teruja tekan butang 'Love' di post Facebook banyak kali semata-mata nak tengok emoticon 'Love' yang bertebaran sempena International Day of Peace sekitar bulan September tahun lepas?

Tak ingat bila kali terakhir anda pergi bercuti? Jangan risau, Facebook akan tolong ingatkan. Foto kenangan bercuti bersama keluarga yang anda upload di Facebook akan kembali 'melintasi' wall anda setelah setahun (atau bertahun-tahun) berlalu.  Pastinya teringat kembali saat-saat menyeronokkan ketika bercuti bila Facebook 'mengingatkan' kita mengenai memori setahun yang lepas.

Mesti semua orang tahu yang di Facebook tak ada button 'Dislike' kan? Cuma 'Like' kalau anda suka sesuatu post dan 'Unlike' kalau tiba-tiba rasa tak suka pula pada post itu tadi. Untuk lebih meng ekspresi kan diri anda dan luahkan perasaan , selain 'Like' anda boleh pilih antara 5 emoji yang lain iaitu 'Love', 'Haha', 'Sad', 'Wow' dan 'Angry'. Kenapa tak ada pilihan untuk 'Dislike'? Daripada apa yang saya google, perkataan 'Dislike itu sendiri dikatakan memberi kesan yang negatif dan Facebook percaya ada ekspresi perasaan yang lebih baik untuk dipilih oleh pengguna Facebook selain boleh juga menulis terus perasaan dan pandangan mereka di bahagian komen.



Saya pun bukannya pengguna 'tegar' Facebook dan banyak juga fungsinya yang saya tidak tahu. Yang pastinya apa pun medium sosial yang kita gunakan, jika digunakan dengan cara yang betul dan untuk tujuan yang baik, maka pastinya dapat mengelak daripada timbul sebarang masalah penyalahgunaan.

Diberi ruangan untuk tulis komen, bukan lah untuk tulis komen yang menyinggung perasaan orang lain. Terutamanya bila anda komen post orang yang anda tak kenal dan hanya ikut perasaan saja memberi komen.

Diberi pilihan untuk wakilkan perasaan anda dalam bentuk emoji, pilih lah emoji yang sesuai dengan post yang anda baca. Saya percaya tak ada orang yang akan memilih 'Like' atau 'Haha' bila baca post mengenai kematian. Jika ada pun yang pilih emoji tersebut, harap-harap ia disebabkan tersalah pilih emoji dan tidak disengajakan!

Diberi ruangan untuk tulis komen, bukan bermakna anda 'wajib' untuk tulis komen pun! Baca saja post yang menarik hati anda itu dan komen dan like jika perlu sahaja.

Diberi pilihan untuk 'Share' , maka fikirlah sedalam-dalamnya sebelum pantas jari kita hendak tekan butang tersebut.  Gunakan konsep THINK - (Is it True? Is it Helpful? Is it Inspiring? Is it Necessary? Is it Kind?) sebelum kita teruja nak share sesuatu post yang kita rasakan menarik itu.

Facebook sama juga seperti pisau, jika digunakan untuk tujuan kebaikan, maka baik lah hasilnya dan jika sebaliknya, maka buruklah hasilnya.

Facebook, Like dan benda-benda yang baik. Pilihan terletak di tangan anda. Jari-jemari anda yang akan jadi saksi setiap huruf yang ditaip itu suatu hari nanti...


0 comments: