Satu pagi di Hospital Kuala Lumpur...

Monday, February 27, 2017 Ana 0 Comments



Satu pagi di Hospital Kuala Lumpur...


Assalamualaikum & salam sejahtera....


Pagi ini saya ke bahagian Ortopedik, Hospital Kuala Lumpur (HKL). Sebenarnya bila tahu perlu pergi ke Hospital Kuala Lumpur, perkara pertama yang terlintas di fikiran ialah masalah letak kereta. Terbayang keadaan sesak bukan saja dengan ramai pesakit tapi juga sesak dengan kereta yang berderet-deret mencari parking.

Klinik ortopedik & traumatologi HKL


Dah laaaaaaama sebenarnya saya tak ke HKL. Kali terakhir jika tak silap dalam 2 atau 3 tahun lepas melawat makcik yang dimasukkan ke wad akibat arah beku di kepala. Sebelum itu saya pernah juga ke bahagian ICU untuk melawat kawan sepejabat yang terlantar akibat sakit 'misteri' (pada ketika itu tak tahu apa penyakitnya, hanya tahu sel-sel darah menyerang sel-sel badannya sendiri). Memang sedih betul lihat keadaan beliau ketika itu, kurus kering dan terlantar tak mampu nak berkata-kata. Jauh berbeza dengan keadaan nya ketika sihat yang mana beliau seorang yang gemar berjenaka dan mengusik kawan-kawan. Susah payah juga lah saya menahan diri daripada menangis di depan beliau yang terlantar itu. Alhamdulillah syukur sangat-sangat bila beliau akhirnya sembuh dengan izin Allah.

Berbalik kepada kunjungan saya ke HKL pagi tadi, terkejut juga bila tengok dah banyak yang berubah di HKL sebenarnya. Banyak bangunan baru seperti Kompleks Pakar dan Rawatan Harian (SCACC) (dibina pada tahun 2013) serta hospital wanita dan kanak-kanak dan tempat letak kereta bertingkat (itu pun masih banyak juga kenderaan berderet-deret mencari tempat yang kosong. Malah ada double park di mana pemilik kenderaan akan letakkan kemderaan dalam keadaan free gear untuk mudah dialihkan bila perlu) serta beberapa tapak tempat letak kenderaan telah disediakan. Ramai juga petugas trafik yang turut membantu melancarkan lalulintas. Kemudahan kerusi roda untuk dipinjam disediakan di kawasan menurunkan pesakit/penumpang dari kenderaan. Jauh betul bezanya keadaan HKL yang dulu dengan yang sekarang. HKL nampak lebih moden dan bangunan-bangunannya tak suram seperti dahulu. Dalam bangunan SCACC itu sendiri menghimpunkan pelbagai unit dan klinik pakar serta bilik seminar. Nak singgah di kafeteria bangunan SCACC tapi kafe penuh dengan pelanggan. Sempat juga saya melintasi kawasan khemah yang menjadi tempat berkumpul pihak media yang sabar menanti perkembangan lanjut kes pembunuhan Kim Jong Nam. Dalam suasana hujan lebat pagi tadi, pihak media masih setia menanti di bawah khemah yang disediakan.

Kompleks pakar dan rawatan harian HKL


Dalam keadaan orang ramai yang sibuk dengan urusan masing-masing di hospital itu, sempat juga saya berselisih jalan dengan seorang personaliti yang pernah jadi berita hangat tidak lama dulu. Beliau yang mengalami kecelaruan jantina dan telah berhijrah tetapi kemudiannya kembali kepada keadaan asalnya. Banyak kali juga saya menoleh untuk cam kan sama ada itu benar-benar beliau mana lah tahu mungkin juga pelanduk dua serupa.

Baca juga:
Bila badan tak sihat....
Satu pagi di Klinik Ortopedik...
Bahaya kurang garam dalam badan!

Pagi ini ke bahagian Ortopedik hanya diberikan tarikh untuk temujanji iaitu pada 23 Mac nanti jam 8 pagi. Melihatkan keadaan kenderaan yang banyak bila saya tiba di HKL pada jam 9 pagi tadi, mungkin untuk temujanji bulan depan saya perlu sampai ke HKL pada jam 7 pagi!

Satu pagi di Hospital Kuala Lumpur, memang banyak yang dah berubah!

 

0 comments:

Sudah tiba masanya untuk cari kerja lain...

Monday, February 27, 2017 Ana 0 Comments


Sudah tiba masanya untuk cari kerja lain...



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Kawan saya kongsikan dari FB World Economic Forum mengenai 9 tanda-tanda masanya sudah tiba untuk anda berhenti kerja dan cari kerja yang lain (tonton di sini). Ambil keputusan untuk berhenti kerja bukanlah mudah tapi jika keputusan itu dapat menyelamatkan kehidupan anda dan membolehkan anda menikmati kehidupan berkerjaya dan peribadi yang lebih baik, mengapa tidak teruskan saja dengan keputusan itu?


Tanda-tanda anda perlu cari kerja lain
Sumber : FB World Economic Forum


1. Syarikat tempat anda bekerja mula menunjukkan tanda-tanda mengalami masalah kewangan yang serius? Gaji tertunggak untuk berbulan-bulan, tiada lagi bonus tahunan, elaun mula dipotong, tuntutan perjalanan yang melibatkan tugas pejabat tidak lagi dibenarkan, tiada lagi kemudahan asas seperti alatulis disediakan dan kerja lebih masa tidak dibenarkan (untuk elak tuntutan). Jika ada di antara perkara ini mulai timbul di syarikat anda bekerja, langkah yang terbaik ialah mencari peluang pekerjaan yang lebih baik di luar sana. Tak perlu cuba untuk menjadi seorang pekerja yang setia dengan syarikat hingga akhir hayat syarikat tersebut kerana bukan syarikat itu yang akan pening kepala fikirkan cara untuk bayar segala pinjaman dan hutang piutang anda selepas syarikat ditutup dan anda tiada pekerjaan nanti!


2.  Dari hari pertama hinggalah hari ini telah menjadi hari yang ke 3001 anda bekerja di syarikat tersebut, anda hanya melakukan tugas yang sama! Mungkin akan terselit rasa selesa kerana buat tugas yang telah jadi makanan anda, tapi jangan tipu diri sendiri dan kata yang anda juga selesa bila sekadar melihat satu demi satu kawan-kawan sepejabat naik pangkat dan terima gaji yang lebih besar! Jika di syarikat anda bekerja tiada peluang diberikan untuk kuasai skil dan kemahiran yang baru, maka pilihannya di tangan anda sama ada mahu terus rasa 'selesa' atau beranikan diri untuk keluar dari kebiasaan dan teroka peluang yang lebih besar di luar sana.


3. Pernah tak rasa selalu ketinggalan dengan status terkini projek-projek penting yang dikendalikan syarikat anda? Atau anda selalunya orang terakhir yang tahu sesuatu berita gembira atau sedih di syarikat anda?  Atau anda sampai awal ke pejabat seperti biasa tapi rupa-rupanya bos ada kan mesyuarat setengah jam lebih awal daripada waktu mula pejabat pada hari itu? Dan anda seorang saja yang terlewat ke mesyuarat itu? Atau anda selalunya jadi orang yang terakhir tahu bos ada kan jamuan sempena kejayaan projek syarikat yang telah dilaksanakan? Dan lebih teruk lagi, anda tak dijemput pun ke jamuan itu. Tak payah tunggu lagi, sudah masanya untuk angkat kaki sebab jelas terbukti kehadiran anda di pejabat tiada maknanya dan anda bukanlah orang yang diperlukan dalam syarikat itu lagi!


4. Macam mana perasaannya bila kita lebih banyak tahu @ lebih pandai daripada bos? Mesti rasa tak seronok kan? Tak seronok mungkin sebab kita akan rasa terkongkong nak luahkan idea kita yang selalunya bombastik itu takut dipandang macam nak tunjuk pandai daripada bos. Tak seronok mungkin sebab idea kita yang kita rasa kan hebat itu susah nak 'dihadam' oleh bos yang kurang 'bijak' daripada kita. Tak seronok mungkin juga sebab kita rasa 'kurang yakin' dengan keputusan atau arahan bos yang kita anggap keputusan yang tak membina dan buang masa kita yang bijak pandai ini. Sebelum semua rasa tak seronok itu buat kan anda rasa tertekan di pejabat, apa kata anda cabar diri sendiri untuk cari persekitaran kerja yang baru dan ketua yang boleh terima idea-idea hebat daripada anda!


5. Mempunyai seorang ketua yang 'tak boleh pakai' atau tak ada ciri-ciri ketua yang bertanggungjawab juga adalah tanda-tanda anda perlu mula melangkah keluar dari organisasi tersebut. Memang sangat stress bila ketua hanya tahu menyalahkan orang bawahannya bila berlaku sesuatu masalah dan bukannya turut sama pikul tanggungjawab atas keputusan yang dibuat. Bertambah stress bila ketua yang hanya tahu salahkan orang itu pandai pula nak jual nama nya bila sesuatu projek berjaya dilaksanakan oleh orang bawahannya. Oh, bila ada masalah, pandai ya lari. Bila projek berjaya, melambung-lambung puji diri sendiri!

Tanda-tanda anda perlu cari kerja lain


6. Hari Sabtu dan Ahad dirasakan berlalu dengan sangat pantas dan tak sempat nak berehat dan buat apa-apa? Stress dan tak keruan bila hari Ahad semakin tiba di penghujungnya? Rasa menyampah nak gosok baju untuk ke pejabat setiap kali hari Isnin muncul lagi? Dah tiba masanya untuk semak kembali apa yang buatkan semua perasaan itu menguasai diri. Begitu teruk sekali kah suasana di pejabat dan tugas yang menanti hingga hilang sudah rasa seronok untuk melangkah ke pejabat pada pagi Isnin itu? Macam mana nak enjoy dengan tugas pejabat bila kita sendiri dah hilang minat nak lakukannya?


7. Ya, ada sesetengah orang masih sanggup bertahan dengan rasa tak seronok buat tugas di pejabatnya sebab masih sayangkan syarikat. Dah terlalu lama di syarikat hinggakan rasa tak mampu nak kerja di tempat lain. Masih sayang nak tinggalkan kawan-kawan pejabat. Nanti kalau dah pindah kerja di tempat lain tak pandai nak mula berkenalan dengan kawan-kawan baru 😛 Masih rasa terhutang budi dengan segala tunjuk ajar serta kepercayaan yang diberikan oleh boss. Rasa kasihan pada boss yang kekurangan pekerja. Berbaloikah kita bertahan dengan apa yang kita dah tak minat semata-mata kerana rasa 'sayang' pada syarikat, boss dan kawan-kawan itu?


8. Tanda yang kelapan ini ialah tanda yang sangat penting. Jika anda dah mula rasa tugas anda sangat membebankan hingga menjejaskan kesihatan, selalu migrain dan sakit-sakit badan, mudah demam dan jatuh sakit, maka tak perlu fikir seratus kali hanya untuk pilih yang mana lebih penting antara kerja di syarikat dengan kesihatan anda. Seorang kawan sepejabat saya diserang penyakit gatal-gatal dan bengkak teruk di muka dan badannya secara tiba-tiba. Bila kawan saya ini beritahu kepada doktor yang beliau bekerja di bank, terus saja doktor yang merawat itu meneka yang kawan saya ini bekerja dalam bidang IT! Memang tak sukar nak percaya bila doktor yang merawat itu kata penyakitnya itu disebabkan stress kerja di pejabat dan dah banyak kes yang sama dirawat oleh doktor pakar tersebut. Lama juga kawan saya ambil masa untuk pulih daripada penyakit itu.


9. Balik rumah marah-marah pada anak sebab masih stress tak dapat lupa ditengking bos depan kawan-kawan sepejabat petang tadi? Tak sempat nak balik kampung jenguk ibu bapa sebab kerja pejabat yang macam tak akan pernah habis? Selalu ditinggalkan kawan-kawan satu geng di pejabat ketika waktu makan sebab bosan tunggu kita yang susah nak tinggalkan komputer dan tugas walaupun seketika? Yang ini saya selalu alami ketika bekerja dulu. Setiap kali waktu makan, alasan 'Lagi 5 minit, lagi 5 minit, tinggal sikit je lagi nak buat kerja ni!" yang saya berikan pada kawan-kawan akhirnya memakan diri. Daripada 5 minit sebenarnya jadi setengah jam. Dan bila selalu begitu akhirnya kwan-kawan pun bosan menunggu dan selalu saja saya ditinggalkan ketika waktu makan. 'Hasilnya', 3 atau 4  tahun sebelum saya berhenti kerja, saya memang tak keluar langsung pada waktu makan, hanya duduk makan di meja sambil mata mengadap tugas di skrin komputer. Satu pejabat tahu yang saya tak keluar ketika waktu makan hinggakan bila ada penghantar barang atau vendor yang datang pada waktu makan, saya lah orangnya yang akan kawan-kawan akan call (dengan yakinnya yang saya ada di pejabat!) untuk minta tolong bukakan pintu pejabat!

Tanda-tanda anda perlu cari kerja lain

Jadi, macam mana dengan anda? Dah ada salah satu (atau kesemua!) tanda-tanda di atas? Masih mampu bertahan atau dah bersedia nak angkat kaki?

Sudah tiba kah masanya untuk cari kerja lain? Pilihan semuanya di tangan anda!


0 comments:

Berani cuba naik drone?

Sunday, February 26, 2017 Ana 0 Comments



Berani cuba naik drone?


Assalamualaikum & salam sejahtera....


Kaedah pengangkutan awam yang 'terkini' di Malaysia mungkin Dego Ride iaitu khidmat pengangkutan motorsikal ala Uber (ganti kereta dengan motorsikal). Di Dubai,  jenis pengangkutan terkini nya juga ala Uber, tapi bukan gunakan motorsikal. Jadi guna apa, basikal? Bukan. Guna bas? Bukan (macam mana lah agaknya khidmat bas ala Uber).

Di Dubai, perkhidmatan teksi ala Uber yang akan diperkenalkan ialah menggunakan drone.

Drone teksi di Dubai
Sumber : thecoverage.my


Bakal dibuka kepada umum pada Julai nanti, drone teksi Ehang 184 ciptaan syarikat pengeluar drone Ehang dari China boleh memuatkan seorang penumpang dengan berat 220 pound untuk jarak perjalanan yang pendek, 30 batu dan pada kelajuan 62 batu sejam. Drone teksi ini akan dikatakan dikawal menggunakan Internet 4G dan memerlukan masa selama 2 jam untuk dicaj sepenuhnya. Seperti Uber, drone teksi ini juga sangat mudah. Pelanggan hanya perlu memaklumkan/memasukkan lokasi mereka berada dan destinasi yang ingin dituju dalam aplikasi yang dimuatturun. Drone akan datang 'menjemput' pelanggan dan bergerak ke destinasi yang dituju.

Sumber : thecoverage.my


Macam-macam yang saya terfikir bila tonton video dron teksi ini.

Drone teksi ini boleh dikatakan seperti kereta terbang yang akan muncul pada tahun 2015 (tapi tak tercapai pada tahun tersebut) seperti diramalkan dalam filem Back To The Future.

Mengapa agaknya drone teksi ini tidak digunakan di China, iaitu negara pengeluarnya? Mengapa sekadar jadi pengeluar?

Meskipun telah berjaya melepasi 100 kali ujian penggunaannya dengan selamat, adakah dalam ujian tersebut turut disimulasikan situasi cemas yang mungkin boleh berlaku?  Drone teksi ini dikawal secara remote dari pusat kawalan dan dikatakan akan mendarat di tempat selamat yang berdekatan jika berlaku kecemasan. Tapi...sedangkan naik kapal terbang yang ada juruterbang itu pun kadang kala rasa cemas, macam mana rasanya naik drone teksi ini seorang diri dengan kawalan sepenuhnya di pusat kawalan. Tapi....apa nak hairan, naik LRT pun tiada pemandu kan, dan dikawal secara automatik di pusat kawalan? Rilek je orang ramai naik LRT, tak risau pun? Err, ada banyak beza ya perasaannya naik kenderaan tanpa pemandu yang bergerak di darat dengan yang bergerak di udara...

Melihat reka bentuk drone teksi ini, agak janggal melihat kipas @ propeller nya yang terletak di bahagian bawah. Macam bahaya je nak naik atau turun dari drone ini bila propeller sedang bergerak.

Macam mana agaknya rupa langit di Dubai bila drone teksi ini mula digunakan? Langit akan penuh sesak dengan drone?

Walaupun harga bagi menggunakan perkhidmatan drone teksi ini masih belum diketahui, ia dijangkakan tidak menjadi isu bagi golongan yang berkemampuan di Dubai. Selain teknologi tren Hyperloop One (sistem pengangkutan futuristik yang menjanjikan kelajuan hampir supersonik dan bakal siap menjelang tahun 2020)  yang mampu memendekkan perjalanan dari Dubai ke Abu Dhabi kepada 12 minit berbanding 2 jam ketika ini, drone teksi ini juga adalah selaras dengan misi tahun 2030 Dubai yang mahu kan 25% pengangkutan awamnya ialah tanpa pemandu @ driverless.

Anda berani cuba naik drone teksi ini?

0 comments:

Selepas Agen Saraf VX, apa lagi selepas ini?

Saturday, February 25, 2017 Ana 0 Comments


Selepas Agen Saraf VX, apa lagi selepas ini?



Assalamualaikum & salam sejahtera....


Bila tengok simbol 'Sinar X Merbahaya' di pintu bilik pusat X-Ray yang saya kunjungi pagi tadi, tak tahu kenapa terus automatik teringat pada Agen Saraf VX yang tengah heboh diperkatakan.

X-ray


Agen Saraf VX atau dikenali juga dengan 'Ethyl S-2 Diisopropylaminoethyl Methylphosphonothiolate' (teringat zaman buat eksperimen di makmal waktu subjek Kimia) dikategorikan oleh PBB sebagai senjata pemusnah besar-besaran. Bunyi nama nya pun dah menakutkan.

Antara penggunaan Agen Saraf VX sebelum ini ialah oleh kumpulan ajaran sesat pada Disember 1994 di stesen kereta api bawah tanah di Tokyo yang mengorbankan 12 nyawa.

Agen Saraf VX ini menyerang sistem saraf mangsa dengan menghentikan seluruh kelenjar otot menyebabkan mangsa letih dan sistem pernafasan gagal berfungsi. Ia dikatakan juga boleh bertahan berhari-hari lamanya dan akan terurai perlahan-lahan di dalam badan. Ini menjawab persoalan saya sebelum ini iaitu kenapa suspek wanita yang ditahan itu tidak terkesan dengan bahan kimia tersebut. Persoalan terjawab juga bila Ketua Polis Negara melaporkan bahawa salah seorang suspek wanita yang ditahan turut mengalami muntah-muntah disyaki kesan akibat terdedah kepada bahan kimia berbahaya itu. Selepas lebih seminggu baru ada kesan agen saraf tersebut pada suspek nampaknya.

Agen Saraf VX ialah bahan kimia yang terlarang di Malaysia manakala Korea Utara sendiri mempunyai simpanan lebih 4.5 juta kilogram senjata kimia termasuk agen saraf VX (sumber:Utusan Malaysia).  Negara tersebut juga tidak menyertai perjanjian di bawah Konvensyen Senjata Kimia Antarabangsa 1997 yang mengharamkan penggunaan cecair berbahaya berkenaan.

Apa pula agaknya respons Korea Utara untuk hasil penemuan terbaru dalam siasatan yang semakin rumit ini? Ternanti-nanti apa reaksi balas Duta Korea Utara dalam hal ini, adakah beliau masih akan lantang tak mahu menerima hasil siasatan PDRM? Bila dibaca dan diperhatikan tindak tanduk Duta Korea ini memang timbul rasa tak puas hati dengan lagaknya. Tapi bila terbaca laporan mengenai kemungkinan punca-punca beliau bersikap demikian, timbul pula rasa kasihan dengan apa agaknya nasib beliau selepas ini jika dipanggil pulang ke Korea Utara. Adakah senasib dengan bekas duta Korea Utara ke Malaysia sebelum ini? 😟😟😟

Bila pula agaknya Setiausaha Kedua Kedutaan Korea Utara yang diperlukan bagi membantu siasatan akan muncul untuk beri kerjasama?

Baca juga:
Detik-detik akhir itu...
Konflik Malaysia dan Korea Utara bukannya bahan gurauan!

Misteri pembunuhan semakin terbongkar sedikit demi sedikit. Cuma diharapkan pihak yang bertanggungjawab dapat mengelakkan berlakunya perkara-perkara tidak diingini seperti kebocoran rakaman mangsa ketika di KLIA2 serta percanggahan ketika memberi kenyataan kepada pihak media. Agak janggal bila pada hari ini tonton di tv, individu A bila disoal pihak media mengatakan waris mangsa akan tiba di Malaysia dalam sehari dua lagi dan tiba-tiba esoknya pula individu B dari organisasi yang sama bila ditanya oleh pihak media menafikan pula kenyataan itu.

Dengan keadaan pihak Korea Utara yang liat nak beri kerjasama dan semacam kurang 'gembira' dengan pihak Malaysia yang bersungguh-sungguh hendak menyiasat, mungkin sukar nak selesaikan misteri ini tapi tak mustahil. 'Teruja' nak tahu kesudahan pada pembunuhan terancang ini. Adakah orang yang bertanggungjawab akan berjaya didedahkan dan menerima hukuman yang setimpal?

Selepas penemuan Agen Saraf VX, apa lagi selepas ini?

Sama-sama kita tunggu dan lihat!



0 comments:

Tamat sudah Bon Appetit!

Wednesday, February 22, 2017 Ana 0 Comments



Tamat sudah Bon Appetit!


Assalamualaikum & salam sejahtera...


Drama Jepun Bon Appetit tiba di penghujungnya hari ini.

Tak perasan langsung drama ini dah nak tamat. Dengan keseluruhan episod dikatakan berjumlah 150 episod, ingatkan lama lagi nak berakhir. Betul ke dah disiarkan kesemua 150 episod agaknya?

Episod akhir Bon Appetit ini disudahi dengan pengakhiran yang menggembirakan buat Meiko bila suaminya, Yutaro yang dinanti-nantikan kepulangannya setelah dihantar ke Manchuria akhirnya muncul di depan mata. Penantian yang begitu lama buat Meiko setelah lebih 2 tahun perang tamat. 'Penantian' saya pula hingga ke akhir episod tak berkesudahan. Saya sebenarnya masih tak boleh terima kenyataan yang anak bongsu Meiko, Katsuo telah terkorban di medan perang. Saya masih ternanti-nanti dan mengharap Katsuo akan muncul dan berita kematiannya adalah satu salah faham sahaja.

episod akhir drama bon appetit
Sumber : fictionedfictionalfiction.blogspot

Episod akhir Bon Appetit ini meninggalkan banyak juga cerita yang tak habis. Cerita Fuku yang ingin lanjutkan pelajaran ke kolej, bagaimana dengan anaknya si kecil Daikichi? Cerita Taisuke dan pasukannya ke Koshien untuk perlawanan baseball, apa kesudahannya? Cerita kakak ipar Meiko, Kazue yang menuntut hak nya sebagai pemilik rumah yang didiami Meiko, berjaya kah dia? Cerita si penulis, En Muroi yang menulis kisah di akhbar berdasarkan kisah hidup Meiko, apakah kesudahannya?  Apa pula khabar keluarga Uno di Tokyo?

Sebab itu saya sangkakan panjang lagi drama Bon Appetit ini dan memang agak terkejut bila dah ditulis 'Tamat' ketika siaran episod hari ini.

Baca juga:
Drama Jepun, Meiko dan Bon Appetit...
Drama Jepun yang best suatu ketika dulu....
Ingatkan drama Bon Appetit dah tamat....
Terima kasih atas hidangan ini.....


Bon Appetit.

Saya akan rindukan Meiko dan masakannya yang pelbagai. Bon Appetit menunjukkan dengan hanya melalui makanan, sebuah keluarga dapat disatukan. Melalui makanan, satu pasukan baseball berjaya ditubuhkan. Hanya dengan kari sedap yang dimasak Meiko dapat menundukkan boss Yutaro yang garang! Melalui makanan, saat kesukaran dan penderitaan ketika hidup selepas perang dengan Amerika dapat dihadapi dengan tenang. Melalui makanan, kebencian dan sakit hati yang dialami si ibu yang kematian anak akibat perang dapat diredakan, Seperti yang dikatakan oleh Meiko (lebih kurang), bila terbayang wajah anaknya Katsuo, suaminya Yutaro dan si pemerintah Amerika ketika menikmati hidangan yang disediakannya, "Bila makan makanan yang sedap, semua orang nampak sama sahaja!"

Bon Appetit. Gochisōsama..Gochisō-san!




0 comments:

Nasi lemak, aiskrim dan pegawai penguatkuasa...

Tuesday, February 21, 2017 Ana 0 Comments



Nasi lemak, aiskrim dan pegawai penguatkuasa...



Assalamualaikum & salam sejahtera......


Hari ini pegawai penguatkuasa DBKL datang lagi.

Termasuk hari semalam, sudah 2 hari penguatkuasa DBKL membuat rondaan di kawasan sekolah anak saudara saya itu. 'Hasilnya', sekitar kawasan luar sekolah itu tidak lagi meriah seperti kebiasaannya waktu habis persekolahan.

peniaga dan penguatkuasa

Tiada lagi kelihatan makcik dan pembantunya sibuk melayan permintaan anak-anak sekolah yang mahu beli barang jualan mereka. Ada air sirap, air oren, air jagung, snek makanan ringan malah ada juga bungkusan nasi lemak yang menanti pembelinya. Bukan hanya anak-anak sekolah, ibu bapa turut sama menjadi pelanggan setia makcik itu.

Tiada lagi kelihatan pakcik bermotorsikal yang jual aiskrim pelbagai jenis itu tak menang tangan layan peminat-peminat aiskrimnya.

"Akak suka nasi lemak makcik tu, sedap betul sambalnya. Sayang DBKL dah tak bagi berniaga"

"Time tunggu anak ni kalau lapar ke dahaga ke memang akak selalu beli kat makcik tu. Ni dah tak berniaga ni susah la, takkan nak pergi beli kat kantin sekolah. Guard kat depan pagar sekolah tu asyik jeling-jeling je"

Bukan hanya makcik jual makanan dan pakcik jual aiskrim yang berniaga di kawasan luar sekitar sekolah itu. Ada juga 2, 3 lagi peniaga yang turut sama hilang dari pandangan hasil rondaan penguatkuasa DBKL sejak kebelakangan ini.

Kerusi plastik dan meja kepunyaan makcik itu yang dirantainya di tiang di pejalan kaki itu telah 'selamat' dipotong rantainya oleh penguatkuasa dan dibawa masuk ke lori. Ketika saya melintasi kawasan itu, penguatkuasa masih kelihatan mundar-mandir , tak pasti jika mereka menantikan kedatangan makcik itu untuk mengambil barang kepunyaannya atau cuma untuk memastikan tiada yang kembali berjualan setelah mereka beredar dari kawasan tersebut.

Kasihan dan simpati juga kepada para peniaga yang terjejas. Ke mana agaknya mereka membawa diri untuk mencari rezeki selepas ini?

"Sampai hati ye penguatkuasa tu rampas barang-barang makcik tu. Hati kering betul. Kalau akak memang tak boleh lah, mudah kesian..."

"Kalau akak yang jadi penguatkuasa mesti belum sampai sehari kerja dah kena berhenti kot..."

"Betul tu!"

Kasihan itu kasihan juga pada makcik dan pakcik yang berjualan itu, tapi dalam masa yang sama pegawai penguatkuasa itu juga cuma menjalankan tugas mereka. Bukan soal sampai hati atau tak kasihan atau hati kering sebab tiada siapa yang tahu apa ada dalam hati mereka. Kita yang tak berada di tempat mereka memang mudah nak menghukum. Sampai hati atau tidak, kasihan atau tidak, tugas dan tanggungjawab mereka terpaksa juga dilaksanakan. Mungkin penguatkuasa itu juga dalam dilema, ditelan mati emak, diluah mati bapa?

Nasi lemak, aiskrim dan pegawai penguatkuasa. Hilang sudah kelibat nasi lemak dan aiskrim, yang tinggal kini hanyalah kelibat si penguatkuasa....





0 comments:

Detik-detik akhir itu...

Monday, February 20, 2017 Ana 0 Comments



Detik-detik akhir itu...


Assalamualaikum & salam sejahtera....

Pantas betul orang zaman sekarang. Sekejap saja dah tersebar video rakaman detik-detik akhir kes berprofil tinggi, warga Korea Utara, Kim Jong Nam yang dibunuh menggunakan racun di KLIA2 Isnin yang lalu.


Siapa agaknya yang begitu berani menyebarkan video rakaman kes  yang masih di bawah siasatan pihak polis itu? Tentu sekali rakaman tersebut menjadi bahan berita penting yang dinanti-nantikan oleh pihak media untuk kes yang turut menjadi tumpuan media antarabangsa ini.

Terpaku juga bila tonton bagaimana hanya dalam masa beberapa saat suspek dengan bersahaja dan beraninya menekup muka mangsa dari belakang. Kejadian berlaku begitu pantas dengan keadaan sekitar yang ramai orang, kamera CCTV yang terdapat di merata-rata kawasan lapangan, polis bantuan yang ada berhampiran dan dalam situasi yang tak terduga iaitu sedang beratur di balai berlepas yang sibuk.

Sehingga kini masih belum ada ahli keluarga yang tampil menuntut mayat mangsa. Mungkin ahli keluarga bimbang akan keselamatan mereka setelah melihat apa yang berlaku ke atas mangsa?

Bagaimana agaknya reaksi 7 lagi suspek warga Korea Utara yang masih bebas itu ketika menyaksikan rancangan mereka telah 'dilaksanakan dengan jayanya?' Adakah mereka turut sama berada di KLIA2 ketika kejadian? Menyaksikan detik-detik akhir itu dengan penuh 'debaran?'

Misteri juga macam mana kain beracun racun yang digunakan ke atas mangsa itu tidak memberi sebarang kesan pada suspek yang memegangnya.

Misteri juga macam mana kedua-dua suspek wanita yang ditahan itu dikatakan terpedaya kerana menganggap perbuatan mereka itu suatu gurauan @ prank dan tak sangka bertujuan untuk membunuh mangsa.

Misteri juga mengapa Malaysia menjadi tempat 'pilihan'  untuk melakukan pembunuhan terancang itu.

sidang media kes kim jong nam
Sumber : hmetro.com.my

Melihat foto sidang media oleh pihak polis dengan begitu ramai pihak media dalam dan luar negara mengingatkan kembali sesi yang sama ketika kehilangan MH370 dahulu.

Melihat detik-detik 'perjalanan akhir' Kim Jong Nam mengingatkan kembali detik-detik akhir pembunuhan duta besar Rusia oleh seorang anggota polis di sebuah galeri seni di Turki tahun lalu.

Baca juga:
Selepas Agen Saraf VX, apa lagi selepas ini?
Konflik Malaysia dan Korea Utara bukannya bahan gurauan!
Mengalah tak bererti kalah?


Dunia semakin gila. Pembunuhan kini bukan lagi berlaku di tempat yang tersembunyi. Detik-detik akhir seseorang mungkin berlaku di hadapan kita tanpa kita sedari.

Kejahatan kini berlaku di mana-mana. Kepada sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa. 😟😟😟







0 comments:

Sebelum terlewat....

Sunday, February 19, 2017 Ana 0 Comments



Sebelum terlewat....


Assalamualaikum & salam sejahtera....


Seperti baru saja terngiang-ngiang di telinga saya, dengar cerita beliau baru pulang ke rumah setelah selesai buat rawatan dialisis buah pinggang.

Pagi Jumaat yang lalu, beliau telah tiada di muka bumi ini.

Pagi Jumaat yang lalu, anak lelaki jiran saya meninggal dunia. Allahyarham yang mempunyai masalah buah pinggang turut menghidap penyakit jantung dan paru-paru. Menurut ahli keluarganya, bahagian leher Allahyarham yang pernah ditebuk untuk membuat rawatan dialisis telah mengalami jangkitan kuman. Pembedahan yang dijalankan untuk mengatasi masalah jangkitan itu tidak berjaya menyelamatkan Allahyarham yang telah pergi dengan tenang pada pagi Jumaat selepas azan Subuh,,,

Teringat pula saya pada pertemuan dengan seorang wanita muda ketika saya ke Hospital Pusrawi di Jalan Tun Razak beberapa bulan yang lalu, Beliau yang baru saja selesai mendaftar di kaunter duduk di sebelah saya dan terus menghulurkan salam. Walaupun nada suara nya ceria, riak wajah beliau tidak menggambarkan rasa yang sama dengan salam yang dilontarkannya itu. Nampak wajahnya penuh dengan kerisauan, Nak bertanya, takut pula saya kalau pertanyaan saya akan buatkan beliau bertambah risau. Tapi akhirnya beliau sendiri yang bersuara, menjawab segala persoalan yang bermain dalam kepala saya.

"Saya ni datang nak follow up  laporan checkup saya bulan lepas. Saya check buah pinggang"

"Oh. Kenapa check buah pinggang, ada masalah ke?" (terkeluar lah soalan agak kurang bijak daripada saya)

"Sebenarnya ayah saya baru je meninggal bulan lepas, punca dari sakit buah pinggang. Lepas ayah meninggal,  doktor nasihatkan saya dan adik beradik buat pemeriksaan takut-takut ada masalah yang sama"

"Eh, sakit buah pinggang tu sakit keturunan ke?"

Tak tahu lah nak kata ini soalan kurang bijak tetapi setahu saya dan yang saya percaya selama ini ialah sakit buah pinggang berpunca daripada kurang minum air. Bila kurang minum air, buah pinggang yang tugasnya untuk menapis darah, buang bahan toksik dan air berlebihan dari badan tak dapat air yang secukupnya untuk berfungsi. Bila tak cukup air, buah pinggang terpaksa bekerja lebih keras daripada biasa. Lama kelamaan, buah pinggang pun rosak. Lebih kurang macam itu lah pemahaman saya pasal sakit buah pinggang ini.

sayangi buah pinggang anda


Secara khususnya, mereka yang mengalami diabetes, tekanan darah tinggi, warga tua dan golongan yang mempunyai sejarah penyakit buah pinggang dalam keluarga perlu mengambil langkah berjaga-jaga tambahan kerana kebarangkalian mereka juga mengalami penyakit buah pinggang jauh lebih tinggi. Sesetengah orang menghidap penyakit buah pinggang akibat faktor yang diwarisi, seperti dalam kes sakit buah pinggang polisistik (PKD). - Sumber : Utusan Malaysia

Ya, saya baru tahu.

Sama seperti penyakit kencing manis, penyakit buah pinggang juga boleh disebabkan oleh keturunan, genetik yang diwarisi. Penyakit kencing manis dan darah tinggi juga boleh menyumbang kepada kegagalan buah pinggang. Penyakit kencing manis dengan kadar gula yang tinggi dalam darah boleh mengakibatkan kegagalan buah pinggang (diabetes nefropati) manakala tekanan darah yang tinggi akan menolak dinding arteri dan turut mengganggu fungsi penapisan darah. Selain itu perkara lain yang turut menjadi faktor sakit buah pinggang ialah salur kencing yang tersumbat kerana batu karang atau ketumbuhan, jangkitan buah pinggang, arteri renal yang membekalkan darah kepada buah pinggang tersumbat,

Jadi semuanya berkait. Bila ada penyakit kencing manis mahupun darah tinggi, perlu juga waspada dengan tanda-tanda penyakit buah pinggang. Banyak juga info mengenai tanda-tanda awal penyakit buah pinggang dan cara-cara mencegah penyakit buah pinggang yang saya dapat daripada blog ini (klik di sini)

Buah pinggang adalah antara organ yang sukar dicari ganti.

Sayangi buah pinggang anda sebelum terlewat...



0 comments:

Perlukah guna valet doa?

Friday, February 17, 2017 Ana 0 Comments



Perlukah guna valet doa?


Assalamualaikum & salam sejahtera....

Valet Doa.

Mula-mula baca bila viral di FB memang tak percaya. Ingat orang buat lawak saja. Dalam hati mengata juga kenapa lah pasal doa pun ada orang nak buat lawak. Dah tak ada modal lain agaknya.

berdoa itu percuma, tak perlu valet doa


Tapi malang sekali valet doa rupa-rupanya bukan cerita lawak. Servis yang tawarkan khidmat berdoa di tempat-tempat mustajab doa di kota suci Mekah dan Madinah rupa-rupanya memang wujud. Siap disediakan dengan pakej dan 'harga' bagi setiap pakej. Bukan itu saja, siap jaminan wang dikembalikan jika doa yang anda kirimkan itu tak dimakbulkan!

Hebat!

Antara ayat dalam iklan FB valet doa ini ialah:

"Dah bertahun berdoa tapi hajat belum makbul juga? Valet Doa bantu anda berdoa depan Kaabah. Confirm makbul cepat!

Astaghfirullah hal a'zim....

Sedangkan bila kita makan pun kita tak tahu sama ada kita akan kenyang atau tidak. Apabila kita tidur pun kita tak tahu bila masanya kita akan tidur lena. Sebenarnya tak perlu fikir jauh pun, sebab udara yang kita sedang sedut sekarang ini pun kita tak tahu sama ada itu adalah udara dalam nafas kita yang terakhir!

Tiada apa yang pasti, tiada apa yang kita tahu pasti akan berlaku pada diri kita kecuali mati. Perkara yang akan berlaku pada diri kita sendiri pun kita tak boleh nak jangka dan tak mampu nak kawal, apa tah lagi nak begitu confirm kemakbulan sesuatu doa yang pastinya lebih jauuuuh dari kawalan kita.

Jadi mengapa masih ada yang berani mewujudkan servis yang nyata mempermain-mainkan agama dan seolah-olah mencabar kuasa Tuhan yang Maha Mengabulkan doa ini? Mungkin sudah merasakan diri cukup hebat hingga mampu memberi jaminan doa mereka akan dimakbulkan.

Baca kenyataan daripada Mufti Wilayah Persekutuan mengenai valet doa di sini.

Penyedia servis tak masuk akal ini satu hal. Satu hal lagi ialah ada pula orang yang gunakan servis tersebut! Kenapa? Tak pandai nak berdoa memohon sendiri hajat kepada Tuhan? Kurang yakin untuk berdoa sendiri? Atau lebih kronik, malas hendak berdoa? Kita pernah dengar lawak jenaka yang menceritakan bagaimana seorang yang malas nak berdoa maka setiap kali selesai solat dia pun hanya angkat tangan dan berkata "Oh Tuhan, aku mohon sama macam semalam". Itu memang tak patut tapi paling kurang pun orang tersebut berdoa sendiri.

Membaca kisah si penyedia servis valet doa ini mungkin pada asasnya niat beliau ialah ingin membantu menyampaikan doa-doa bagi mereka yang sangat berhajat dan mahukan doa mereka dibacakan di tempat mustajab doa di dua kota suci tersebut. Itu niat yang murni, membantu mereka yang berhajat. Tapi bila bantuan itu dikenakan pula dengan bayaran yang paling murah pun dikatakan RM250  dan paling mahal ialah RM5000 (maaf jika saya tersilap), maka berhati-hatilah dengan servis sebegini. Bukan setakat duit hangus yang dibimbangkan, lebih besar daripada itu ialah bimbang kita akan tergelincir dari landasan yang betul bila mana kita percaya dengan ayat 'confirm makbul' dalam iklan itu tadi.

valet doa
Sumber : FB AstroAwani

Menurut apa yang dikatakan pengasas valet doa ini dalam temubual di AstroAwani (tonton di sini), bayaran yang dikenakan itu adalah sebagai kos untuk beliau pergi ke tanah suci untuk membacakan doa-doa yang dikirimkan itu. Dan bayaran yang berbeza-beza mengikut pakej bertujuan untuk membolehkan 'semua lapisan masyarakat' menggunakan khidmat valet doa ini. Kasihan pada mereka yang 'berhajat'  untuk kirim doa tapi tak mampu nak sediakan bayaran paling rendah RM250....

Ustaz Dr Muhammad Lukman dalam temubual itu ada menjelaskan bahawa sesiapa saja boleh berdoa walau di mana sahaja untuk memohon hajatnya. Dan apa yang saya dengar bila ditanya pula pendapat si pengasas valet doa itu, katanya manusia ini ada macam-macam jenis. Apa maksudnya itu? Adakah yang dimaksudkannya manusia ada macam-macam jenis dan ada jenis manusia yang malas berdoa maka perlukan khidmat valet doa? Tidakkah ini akan menyebabkan lebih ramai lagi manusia yang malas berdoa? Dan valet doa mengambil kesempatan atas sikap manusia yang  sebegini? 😒

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk" (Surah al-Baqarah, 186)

sindiran terhadap valet doa


Ya, satu usaha inovatif daripada anak Malaysia...😒😒😒

Macam-macam ada di zaman ini. Doa pun boleh dijadikan 'barang' untuk diniagakan.

Perlukah guna valet doa?

Doa itu senjata orang mukmin.

Sesungguhnya berdoa itu percuma. Angkatlah tangan dan berdoalah dengan ikhlas sepenuh hati....



0 comments:

Fattah Amin ambil kesempatan?

Sunday, February 12, 2017 Ana 0 Comments



Fattah Amin ambil kesempatan?



Assalamualaikum & salam sejahtera....

99 Kata-Kata Fattah Amin.

Siapa dah beli buku ini?

Best tak?

#qalifmoden
Sumber : FB budiey.com


Kata Fattah, buku '99 Kata-Kata Fattah Amin' ini memuatkan semua kata-kata beliau dan kata-kata daripada orang di sekelilingnya yang memberi inspirasi sepanjang penglibatannya dalam industri seni. Buku yang dijual di MPH Store itu dijual dengan harga RM58 senaskhah.

Fattah memang bijak memanfaatkan peluang. Ketika nama beliau disanjung oleh peminat mahupun dikutuk oleh haters, Fattah tak berhenti menggunakan segala peluang yang ada untuk menaikkan lagi nama nya (dan juga pendapatannya!). Jalan terus.

Sampaikan Karnival Kewangan 2017 pada Januari yang lalu pun jadikan Fattah sebagai duta untuk menarik kehadiran orang ramai ke karnival tersebut.

Selain telah sekian lama menjadi duta bagi Safi Men, kini Fattah juga merupakan duta bagi koleksi pakaian lelaki Far8 by Altelia Amani, produk kesihatan Oli Candy, minyak wangi AJ De' Parfum serta duta bagi telefon pintar Oppo R9s.

Bukan setakat menjadi duta bagi produk orang lain, Fattah juga mempunyai bisnes sendiri iaitu sebuah kafe yang dikenali sebagai Stalkers Cafe dan sebuah gimnasium iaitu Expendables Gym.

Tak cukup dengan itu, Fattah juga turut mencuba bidang nyanyian (macam tiba-tiba je) dengan mengeluarkan single bertajuk 'Wanita Terakhir'.

Memang Fattah ambil kesempatan betul dengan populariti yang beliau miliki sekarang ini!


Baca juga:
Eh, rasa macam tengah tonton babak dalam Suri Hati Mr Pilot!


Banyak juga komen yang negatif saya baca di FB mengenai buku '99 Kata-Kata Fattah Amin' ini. Selagi belum baca (tak akan beli rasanya, cuma tumpang baca sesiapa yang dah beli 😛😛😛) selagi itu tak boleh nak komen. Dah namanya pun buku, pasti akan ada juga terselit satu dua pengajaran yang boleh dijadikan contoh teladan. Selagi buku itu bukan buku yang penuh dengan kata-kata mengarut, mencaci, menghina atau kurang sopan, maka saya tak menolak jika berkesempatan untuk membacanya.

Ada juga yang kata (di FB) tak perlu nak kutuk sangat buku Fattah itu kerana mana tahu disebabkan buku Fattah itu lah seseorang itu pertama kali memegang buku untuk dibaca. Maknanya pertama kali beli buku dan baca buku disebabkan minat dengan Fattah. Baguslah kalau buku Fattah ini dapat jadi 'pencetus' minat membaca buat peminat beliau.

Yang tak berapa seronoknya bila tonton sesi pelancaran buku ini di NU Sentral. Ketika sesi peminat dapatkan tandatangan Fattah di buku tersebut, kebanyakannya nampak lebih teruja sebab dapat berjumpa dan bergambar dengan pelakon pujaan mereka itu. Sampaikan lepas ambil tandatangan Fattah, peminat yang tersenyum lebar itu pun berlalu pergi (sedang berada di awang-awangan, mungkin) dan buku yang dah ditandatangani oleh Fattah tertinggal di meja!

Harap-harapnya buku kata-kata Fattah  ini dibelek dan dibaca juga lah hendaknya, bukan hanya belek gambar yang diambil ketika ambil tandatangan Fattah saja!

Oh ya, dengan membeli buku Fattah ini, anda juga akan mendapat sebuah cakera padat yang memuatkan single pertama beliau, 'Wanita Terakhir. Antara jadi pelakon, keluarkan buku sendiri, jadi duta, usahawan bisnes dan penyanyi, saya rasa bahagian menyanyi itu macam tak berapa sedap sedia dan banyak yang perlu diperbaiki. Apa-apa pun itu pandangan peribadi saya yang pastinya peminat Fattah tak akan setuju kan. Memang tak akan setuju, dek kerana 'demam' Fattah Amin dan Suri Hati Mr Pilot yang masih belum kebah, peminat setia beliau dah jadikan lagu ini trending dan duduki tempat pertama di carta iTunes hanya beberapa hari lepas dilancarkan!

Memang betul kan Fattah Amin ambil kesempatan?

Ambil lah kesempatan dan rebut lah peluang sementara ada ini, Fattah!

*Penafian :
Saya bukanlah peminat tegar Fattah Amin mahupun ahli FattahAminTeam atau FA Team atau Lofattah dan sebagainya*

😊😊😊


0 comments:

Yang sedih dan lucu di mesin ATM....

Saturday, February 11, 2017 Ana 2 Comments


Yang sedih dan lucu di mesin ATM....



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Saya nampak 'sesuatu' yang menyedihkan semasa keluarkan duit di mesin ATM pagi tadi.

Mesin ATM sebuah bank yang diletakkan di kedai Mesra stesen minyak Petronas itu memang 'istimewa' sikit. Kenapa istimewa?

Mesin ATM itu pada pandangan saya ada masalah nak keluarkan resit dengan betul. Resit yang dikeluarkan dari slot resit itu seakan-akan 'ditendang' keluar dari mesin itu dan akan 'terbang' (saya pun tak pandai nak gambarkam dalam bentuk tulisan) serta jatuh ke lantai sebelum sempat si pelanggan ambil resit tersebut. Selalunya akan terbongkok-bongkoklah pelanggan di depan mesin itu mengutip resit di lantai. Tapi kebanyakan masanya pelanggan akan biarkan saja resit itu. 'Hasilnya', banyak lah resit bertaburan di atas lantai depan mesin ATM tersebut.

Jadi, apa yang menyedihkan?

Menyedihkan bila kebanyakan resit yang saya nampak di atas lantai itu tercetak transaksi yang tak berjaya atau di reject.

Biasa lah transaksi tak berjaya. Apa yang sedih sangat?

transaksi gagal di mesin ATM


Ya, memang biasa bila transaksi tak berjaya. Dalam banyak-banyak resit yang bertaburan di lantai itu ada di antaranya tertulis 'Transaction declined'  tapi yang menyedihkan ialah bila nampak transaksi yang gagal dengan respons 'Insufficient Fund'. Bukan satu dua resit yang tercetak begitu, sempat juga saya kira (sempat mengira sebab orang di depan saya begitu lama urusannya di mesin ATM tersebut) ada lebih dari sepuluh resit dengan respons yang sama.

Saya pun terbayang-bayang dan mula terfikir macam-macam. Ada kah transaksi-transaksi itu dilakukan oleh orang yang sama atau berbeza? Jika orang yang sama, mungkinkah orang tersebut begitu terdesak memerlukan duit hingga mencuba berkali-kali meskipun transaksinya telah gagal berkali-kali? Tak dapat terima hakikat yang duit yang nak dikeluarkan dari ATM melebihi daripada amaun yang ada dalam akaun simpanannya?

😢😢😢

Baca juga:
Duit palsu, ATM dan mesin deposit tunai...

Ada juga insiden lucu juga berlaku bila hendak keluarkan wang daripada mesin ATM. Di sebuah cawangan sebuah bank yang saya singgah, ada disediakan 4 buah mesin ATM dan 2 buah mesin deposit tunai. Daripada 4 buah ATM itu, hanya satu yang berfungsi dan panjang juga barisan orang yang hendak menggunakannya. Dalam fikiran saya mesti lah lagi 3 ATM itu rosak tak boleh digunakan, jadi saya terus saja turut sama beratur dalam barisan panjang itu.  Keadaan agak kurang selesa dan sedikit sesak kerana kawasan tersebut tidak berapa luas dan orang pula semakin ramai disebabkan waktu cuti perayaan ketika itu. Semakin barisan itu bergerak ke hadapan, dari jauh dapat saya baca tertera ayat notis yang dicetak di atas kertas 'Harap Maaf, Mesin ATM Ini Tidak Dapat Digunakan Buat Sementara Waktu' tertampal di mesin ATM yang bersebelahan.


pengalaman keluarkan wang di mesin ATM

Di bawah ayat notis tersebut ada kelihatan beberapa patah perkataan yang ditulis dengan pen. Sangkaan saya mungkin itu notis tambahan daripada pihak bank. Hampir saja saya nak tergelak kuat bila membaca apa yang tertulis di situ:

"Maaf diterima, lain kali jangan buat lagi ye!"

😆😆😆

Di sebalik reaksi normal pelanggan yang tak puas hati dan mungkin marah-marah terpaksa beratur panjang untuk gunakan satu-satunya ATM yang ada, bagus lah ada juga orang yang berfikiran 'positif' dapat terima kenyataan dan 'redha' dengan keadaan tersebut. Malah sempat lagi tinggalkan 'pesanan' kelakar itu sebagai jawapan balas kepada notis daripada pihak bank!


Yang sedih dan lucu di mesin ATM. Pasti kita semua ada pengalaman tersendiri menggunakan mesin juruwang automatik ini....


2 comments:

Semuanya gara-gara kucing itu!

Friday, February 10, 2017 Ana 0 Comments



Semuanya gara-gara kucing itu!



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Salam hari Jumaat, salam sayyidul ayyam. Jom kita perbanyakkan berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w...

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ



Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya



Bermula pada 1 Februari yang lalu, keadaan luar rumah saya agak berdebu sedikit kerana kerja-kerja pengubahsuaian di kawasan laman rumah, Bukanlah ubahsuai apa sangat pun, cuma kawasan laman rumah yang berumput ingin disimenkan semua sekali. Ada lah tinggal sedikit kawasan sekangkang kera yang ada tanah dan rumput untuk bercucuk tanam. Selain itu, saya dan emak buat keputusan tak nak tinggal kan apa-apa kawasan yang ada rumput dan tanah di laman rumah lagi.

Puncanya? Semuanya gara-gara kucing itu!

kucing tinggalkan najis di laman rumah


Entah kenapa bermula sejak 2 bulan yang lalu, setiap pagi dan petang akan ada saja bahan buangan @ najis kucing yang ditinggalkan oleh kucing-kucing 'bertuah' itu di laman rumah saya. Jika sekali sekala mungkin tak mengapa dan boleh juga lah saya ambil cangkul dan buang 'buah tangan' daripada kucing-kucing itu, tapi jika setiap hari? Memang stress dibuatnya!

Macam mana tak stress jika setiap pagi bila buka saja tingkap rumah akan terbau 'haruman' najis kucing?

Macam mana tak stress jika rupabentuk 'buah tangan' yang ditinggalkan kucing itu juga pelbagai rupa dan susah nak dibuang dengan cangkul?

Macam mana tak stress jika najis yang ditinggalkan pada waktu pagi telah dibuang, tapi sebelah petangnya 'muncul' pula satu longgokan najis lagi?

Sebelum ini saya pernah ikut petua untuk elak kucing tinggalkan najis iaitu dengan cara letak botol-botol yang diisi dengan air di kawasan yang selalu jadi sasaran si kucing. Pada mulanya agak berjaya, tapi selepas itu laman rumah kembali jadi tempat kegemaran si kucing untuk melepaskan hajatnya.

elak pelihara kucing hingga menyusahkan jiran


Agak geram (sangat geram sebenarnya!) juga bila tuan punya kucing-kucing ini seakan-akan lepas tangan dengan haiwan peliharaan mereka ini, Ada juga tuan punya kucing yang rumah mereka tiada langsung kawasan bertanah @ berumput. Jadi di mana agaknya kucing-kucing mereka hendak tinggalkan 'buah tangan'? Ada juga tuan punya kucing yang siap sediakan tong atau litter box untuk kucing mereka melepaskan hajat tapi mungkin terlupa nak latih kucing-kucing kesayangan mereka itu cara nak manfaatkan tong tersebut atau mungkin juga litter box itu jarang dibersihkan maka kawasan rumah saya yang jadi tempat pembuangan.

Sejak bermula kerja-kerja menyimen itu, 'buah tangan' daripada kucing masih ada setiap hari. Bayangkan pasir yang dilonggok membukit untuk dibancuh bersama dengan simen turut jadi tempat si kucing membuang najisnya. Di mana tempat buangannya? Di puncak tertinggi timbunan pasir itu!

Ok, 'buah tangan' di atas pasir itu mungkin itu sudah boleh dijangkakan. Tapi bagaimana pula dengan kawasan lantai yang dikorek dan ada tinggal sedikit pasir sahaja di atasnya? Di situ juga jadi pilihan kucing-kucing itu untuk tinggalkan 'buah tangan' nampaknya. Oh, bukan setakat itu saja, bila pasir itu ditutup dengan plastik sekali pun, si kucing itu akan buang air di atas plastik tersebut!  Risau juga saya adakah tindakan menyimen laman rumah dapat selesaikan masalah kucing tinggalkan najis merata-rata atau masalah akan kekal sama?

Adakah laman rumah saya masih akan jadi 'tandas rasmi' bagi kucing-kucing itu selepas ini?

Baca juga:
Si kucing, tandas awam, serbuk kari dan 'orang-orang'....
Kucing oh kucing!

Tak salah hendak pelihara kucing, tapi janganlah sampai menyusahkan jiran...

Tak salah jika tak pelihara kucing tapi suka bagi makanan kepada kucing-kucing yang berkeliaran, tapi janganlah sampai mengganggu ketenteraman jiran...


Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w bersumpah sebanyak tiga kali yang bermaksud :

”Demi Allah, tidak beriman! Demi Allah, tidak beriman! Demi Allah, tidak beriman!” 

Apabila ditanya, siapakah yang Baginda s.a.w maksudkan, Baginda menjawab: 

“Seseorang yang jirannya tidak berasa aman dan tenang disebabkan perangai jahatnya.” 

(Riwayat al-Bukhari no. 6016 dan Muslim no. 46)


Semuanya gara-gara kucing itu sampai saya terpaksa keluarkan belanja untuk simen laman rumah?

😿😿😿

Tidak. Kucing itu tak bersalah tapi tuan kucing itu yang perlu disekolahkan  dipersalahkan....

😒😒😒

0 comments:

Masih gigih berusaha menyimpan 'Si Hijau'!

Thursday, February 09, 2017 Ana 0 Comments



Masih gigih berusaha menyimpan 'Si Hijau'!


Assalamualaikum & salam sejahtera....

Dalam banyak-banyak cara dan tips untuk menyimpan duit yang banyak dikongsikan di Internet mahu pun media sosial, saya paling suka cara simpan duit mengikut warna duit. Salah satunya yang telah lama diamalkan oleh kebanyakan orang ialah 'Kempen Si Hijau' iaitu simpan duit kertas RM5 setiap kali kita terima baki selepas beli barang.

Simpan duit dengan cara yang seronok!

Kenapa simpan duit kertas RM5 dan bukan RM1 atau RM20 yang lebih besar nilainya? Lebih besar nilai lebih cepat bertambah simpanan kan? Ikutkan pandangan saya sendiri, duit RM5 ialah nilai yang 'sederhana' besarnya dan tak terasa sangat rasa 'sayang' nak simpan. Maksud saya dengan rasa 'sayang' nak simpan itu ialah berat hati nak ketepikan duit RM5 sebab rasa ada nak digunakan untuk tujuan yang lain. Simpan RM5 lebih mudah jika nak dibandingkan dengan duit RM1 yang lebih kerap kita gunakan dan RM20 yang agak besar nilainya dan mungkin kita akan terasa sedikit 'kesempitan' wang bila kita asyik ketepikan RM20 untuk disimpan.

Kena cekal hati juga nak menyimpan si hijau ini walaupun adakalanya saya terbabas juga 'terguna' duit RM5 yang disimpan. Tapi sebagai hukuman untuk diri sendiri, saya akan ganti balik duit yang telah digunakan dengan 2 kali ganda nilai yang saya dah gunakan. Adakalanya saya gantikan juga dengan RM1 dan lepas itu buat azam bersungguh-sungguh tak nak terguna RM5 lagi. Duit kertas RM5 tak boleh digunakan walau apa pun yang terjadi!

Pernah juga saya cuba (konon-kononnya) nak 'naiktaraf' dengan menyimpan duit RM20 pula tapi tak berjaya. Dapat lah simpan sekeping dua tapi lepas itu ada saja barang yang nak dibeli dan terpaksa lah 'berkorban' duit RM20 yang baru mula nak disimpan.

menabung dengan cara simpan baki duit syiling


Memang ada banyak cara yang disyorkan untuk menyimpan wang seperti simpan 10% daripada wang pendapatan, simpan dalam akaun yang tiada kad ATM seperti Tabung Haji dan ASB, simpan baki yang diterima dalam bentuk duit syiling dan banyak lagi. Terpulang pada keselesaan dan kemampuan masing-masing. Cuma bagi saya bila menyimpan ikut warna duit kertas ini rasa seronok lihat berkeping-keping duit yang sama warna dan bagi semangat untuk simpan lagi dan lagi dan lagi....

Harap-harap saya mampu untuk teruskan Kempen Si Hijau ini untuk jangka masa panjang. Harap-harap duit RM5 yang telah banyak terkumpul setakat ini tak akan masuk pula ke dalam sampul duit raya menjelang hari raya yang akan datang!

Masih belum terlewat untuk menyimpan, jom mulakan Kempen Si Hijau hari ini juga!

😊😊😊

 

0 comments:

Pakcik jual aiskrim dan pendapatan 4 angka...

Wednesday, February 08, 2017 Ana 0 Comments



Pakcik jual aiskrim dan pendapatan 4 angka...


Assalamualaikum & salam sejahtera.....

Jual aiskrim dekat dengan kawasan sekolah memang untung. Sambil menunggu anak saudara habis kelasnya, saya perhatikan pakcik yang jual aiskrim dengan menaiki motorsikal di luar pagar sekolah itu tak menang tangan nak layan kanak-kanak sekolah rendah yang minta aiskrim itu dan ini.

Setiap hari lebih kurang jam 12 tengahari pakcik itu akan sampai di luar pagar sekolah. Sesuai sangat waktu itu sebab pelajar sekolah sesi petang dah ramai juga yang tiba di sekolah. Sementara tunggu loceng mula sekolah bermula, kanak-kanak riang ini akan bermain kejar-kejar, tolak-tolak, pijak-pijak kasut dan baling-baling botol air mineral ('kreatif' kan budak-budak ini bila tak ada gajet di tangan?). Dah penat bermain, tak cukup dengan minum air saja, jadi pakcik aiskrim lah yang jadi 'sasaran'. Jam 12:30 tengahari nanti giliran pelajar sekolah sesi pagi yang pulang sekolah pula 'menyerbu' pakcik jual aiskrim itu,

bisnes aiskrim

Aiskrim yang jadi kegemaran kanak-kanak ini selalunya ialah aiskrim kon biskut/wafer dengan 3 skup aiskrim di atas nya. Yang ini ialah aiskrim yang murah sekali dengan harga RM1. Bagi pelajar sesi petang yang tunggu loceng kelas mula, tangan-tangan kecil kanak-kanak sekolah rendah ini hanya menghulur duit dari celah pagar sekolah dan disambut oleh pakcik aiskrim. Pakcik itu pun dah dikenali ramai dan ramai juga ibu bapa mahupun pekerja pejabat yang berdekatan akan menyapa pakcik itu bila bertemu.

Malangnya baru-baru ini pakcik aiskrim itu telah dikenakan tindakan oleh pihak penguatkuasa. Banyak mata orang ramai yang menunggu anak masing-masing hanya mampu melihat bagaimana pakcik aiskrim itu menyorong motorsikal nya dengan diiringi beberapa orang pegawai penguatkuasa.

Itu cerita sebelum tahun baru cina yang lalu.

Tapi semalam, masa saya melangkah menuju ke pagar utama sekolah, ternampak kelibat seseorang yang macam familiar. Eh, itu pakcik aiskrim itu kan? Pakcik itu berani datang jual aiskrim semula? Tak takut kena saman dengan pegawai penguatkuasa lagi ke?


"Kalau adik nak tau, pakcik kena bayar RM400 sebab nak dapatkan balik motorsikal pakcik tu. Aiskrim pakcik semua kena ambil oleh pegawai penguatkuasa, tak tahu lah apa yang dibuat dengan aiskrim-aiskrim pakcik tu...."


Lebih kurang macam itu lah maklumat yang saya dapat tahu daripada kawan-geng-tunggu-anak-balik-sekolah yang lain.

Baca juga:
Aiskrim tak laku di musim hujan?
8 jenis aiskrim yang sedap!
Mari jual aiskrim!
Cara sediakan aiskrim Malaysia dengan lebih cepat!

Daripada apa yang saya baca, dalam undang-undang pihak berkuasa tempatan, penjualan makanan dan minuman dalam lingkungan 40 meter daripada pagar sekeliling sekolah adalah dilarang bagi semua penjaja statik, penjaja beredar dan penjaja sementara. Bagi penjaja statik atau gerai sedia ada yang berlesen dalam lingkungan 40 meter dari kawasan sekolah pula dibenarkan menjual tetapi perlu patuh kepada senarai makanan dan minuman yang dilarang dijual.

Dan aiskrim ialah salah satu daripada makanan yang tidak digalakkan untuk dijual di kawasan sekolah!
bisnes aiskrim

Agak berani juga lah pakcik itu ambil risiko datang berniaga di kawasan itu sekali lagi. Nak buat macam mana kan, mungkin itu saja sumber pendapatan tetapnya.

Tapi rupa-rupanya boleh juga kalau nak jual aiskrim tanpa tunggang motorsikal ke sana sini dan bunyikan loceng atau lagu Mat Kool itu. Bukan saja tak perlu tunggang motorsikal ke sana sini malah boleh pula jual sehingga 1000 kon aiskrim dalam masa 2 ke 3 jam sahaja, Boleh dapat pendapatan 4 angka dengan jual aiskrim!

Macam tak percaya kan? Tapi itu lah yang dikongsikan dalam ebook 'Bisnes Aiskrim', khas untuk sesiapa yang ada rancang nak jual aiskrim sebagai pendapatan tambahan mahupun untuk tingkatkan lagi jualan aiskrim mereka.

Hmmm....sesuai ke agaknya saya cadangkan pakcik jual aiskrim di luar pagar sekolah itu untuk dapatkan ebook 'Bisnes Aiskrim' ini? Berminat tak agaknya pakcik itu nak tingkatkan jualan aiskrim beliau dan dapat pendapatan 4 angka dengan jual aiskrim?


😊😊😊


0 comments: