Bila badan tak sihat.....

Saturday, March 04, 2017 Ana 0 Comments



Bila badan tak sihat.....


Assalamualaikum & salam sejahtera...


Bila badan tak sihat, mood nak tulis blog pun ke laut...

Bila badan tak sihat, makanan yang sedap pun nampak tak menyelerakan...

Bila badan tak sihat, nak keluar rumah pun rasa berat kaki nak melangkah...

Bila badan tak sihat, orang ajak sembang pun rasa macam 'terpaksa' saja nak layan...

bila badan tak sihat


Bila badan tak sihat, mudah saja nak naik angin bila berlaku benda-benda remeh macam budak-budak bergaduh berebut mainan...

Bila badan tak sihat, cerita favorite yang ditayangkan di tv pun nampak macam membosankan...

Bila badan tak sihat, rasa 'selesa dan bahagia' cuma dirasakan ketika tidur saja dan  bila terjaga akan mula sambung semula rasa tak selesa ...

Bila badan tak sihat tapi orang lain tak percaya dan kata 'eh, ye ke tak sihat ni, nampak segar je!', memang akan menambahkan lagi rasa tak sihat itu...

Baca juga:
Satu pagi di Klinik Ortopedik...
Satu pagi di Hospital Kuala Lumpur...
Bahaya kurang garam dalam badan!

Bila badan tak sihat tapi orang tetap harapkan kita untuk buat kerja, ketika itu memang rasa nak menangis dan menjerit semuanya ada...

Pendek kata, bila badan tak sihat, serba serbi semuanya tak kena!

Tapi....bila badan tak sihat dan pada masa yang sama ada orang lain yang lebih lebih lebih lagi tak sihat dan lebih perlukan perhatian berbanding diri sendiri, tak tau lah macam mana, automatik akan cuba juga gagahkan diri dan 'berlakon' jadi 'sihat dan kuat!'

😅😅😅

Kebiasaannya kita akan hargai sesuatu perkara bila kita dah kehilangannya.

Bila dah sihat baru nak jaga makan. Bila dah tak sihat baru teringat dah lama tak bersenam. Bila dah tak sihat baru nak ambil suplemen itu dan ini. Bila dah tak sihat baru teringat nak kurangkan tabiat buruk dalam gaya hidup seharian (contoh: merokok).

"Health is a crown that the healthy wear on their heads, but only the sick can see it"

Betul, betul, betul!

Bila badan tak sihat itu juga ialah satu tanda untuk kita 'tarik brek' dan berehat. Sebagai satu tanda badan memberi isyarat untuk kita berhenti 'masukkan' bahan-bahan tak berkhasiat ke dalamnya. Sebagai satu tanda badan memberi isyarat untuk kita berhenti ikut nafsu dan hanya/makan buat apa yang perlu.

Jom sama-sama kita hargai kesihatan sebelum terlambat!



0 comments: