8 Mac dan Malaysian Three Seven Zero....

Wednesday, March 08, 2017 Ana 0 Comments


8 Mac dan Malaysian Three Seven Zero....


Assalamualaikum & salam sejahtera....

Tarikh 8 Mac datang lagi..

Tiada siapa menyangka 3 tahun yang lalu pada tarikh yang sama, tepat jam 12:41 pagi, pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membelah awan dalam perjalanan ke Beijing akan hilang dari pandangan sehingga ke hari ini...

3 tahun kehilangan mh370


"Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi"

"It is therefore with deep sadness and regret that I must inform you that, according to this new data, flight MH370 ended in the southern Indian Ocean."

Bait-bait kata Perdana Menteri Malaysia semasa sidang media pada tanggal malam 24 Mac 2014 itu tidak pernah gagal mengundang genangan air mata bagi saya. Itu bagi saya yang tiada kaitan terus dengan mangsa yang terlibat dengan tragedi. Saya tak tahu macam mana nak bayangkan perasaan waris mangsa ketika mendengar pengumuman tersebut...

😢😢😢

Hari demi hari, penemuan cebisan demi cebisan bahagian pesawat MH370 masih belum mampu merungkai misteri apa sebenarnya berlaku ke atas pesawat itu dan di mana lokasi kehilangannya.

Tidak pernah putus doa dan harapan, MH370 sentiasa dalam ingatan.

Good night Malaysian Three Seven Zero.....

 

0 comments: