Jom whatsapp dan menang di Petronas!

Monday, September 28, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Macam mana saya boleh tak perasan ada peraduan ni?


kedai mesra



Nampak sangat ketidakpekaan saya kan. Padahal memang tak pernah terlepas masuk kedai Mesra PETRONAS itu setiap kali isi minyak. Eh, tapi ada ke iklan ni kat kedai Mesra? Macam mana saya boleh tak perasan? Tak mengapa, esok saya akan pastikan saya perhatikan betul-betul segala apa iklan/pengumuman yang ada dalam kedai Mesra tu. (Sebut pasal kedai Mesra, teringat pula pasal kad Mesra mak saya yang hilang suatu ketika dahulu.Tak ingat hilang di mana, sekali tiba-tiba dapat sms mengatakan point kad Mesra itu telah ditebus di PETRONAS di sekian-sekian tempat. Hmm..siapa lah yang tidak berperikemanusiaan itu ya. Guna hak orang lain, tunggu saja lah balasan nya di sana nanti)


Peraduan ini nampak mudah, rujuk cara penyertaan di bawah. Bermula pada 01/09/2015 (wah, dah 3 minggu terlepas peluang nak menang!) dan berakhir pada 31/10/2015 (sempat lagi ni), peraduan ini menawarkan hadiah untuk tiga peringkat iaitu hadiah mingguan, hadiah bulanan dan hadiah utama. Sudah pasti hadiah utama itu jadi sasaran utama kita kan.Tapi hadiah mingguan dan bulanan pun tidak kurang menariknya. Kemungkinan besar saya akan lebih kerap ke kedai Mesra PETRONAS untuk memborong produk Nestle selepas ini!

kedai mesra


Setiap pembelian berharga RM5 adalah bersamaan dengan satu penyertaan. Tips atau kuncinya ialah semakin banyak penyertaan dan pembelian anda, peluang anda untuk menang adalah lebih tinggi! (untuk maklumat atau pertanyaan lebih lanjut boleh check di FB Nestle Bliss).

Jadi, sambil-sambil mengisi minyak di PETRONAS itu, jom kita whatsapp dan menang!


Ada tak dengar pasal hadiah edisi terhad PETRONAS ini? Jangan terlambat, dapatkan cepat!

0 comments: