Beli barang online - selamat kah? ( di sebalik tabir...)
Anda selalu beli barang online? Beli barang online memang dah jadi trend sekarang ni. Selain menjimatkan masa, kita tak perlu lagi bersusah payah nak pergi dari satu ke kedai ke kedai yang lain untuk cari barang yang berkenan di hati. Tak payah nak bersusah nak cari parking apa lagi nak bersesak-sesak dengan orang ramai terutamanya time musim perayaan. Anda cuma perlu pergi ke laman web, pilih barang yang berkenan, bayar dan tunggu saja barang sampai di depan pintu rumah. Senang kan?
Tapi kan, anda tahu tak apa sebenarnya proses yang berlaku di sebalik tabir beli barang online ni? Haaa... kalau anda nak tau, di sebalik mudahnya anda klik-klik memilih dan membayar secara online, ada baaaaaaaaanyak proses yang berlaku di belakangnya.
Secara mudahnya, macam ni. Saya ambil contoh bila anda beli tiket melalui laman web syarikat penerbangan FlyXYZ kat FlyXYZcom. Ok, dah selesai pilih destinasi, isi maklumat penumpang dan segala macam maklumat yang wajib, anda akhirnya akan sampai ke laman bayaran kan. Di laman ni, saya andaikan anda pilih untuk bayar guna kad kredit Visa. Maka bermula la proses panjang lebar (seperti di bawah) yang mesti tak pernah anda bayangkan sebelum ni.
Saya akan terangkan secara umum saja ye, kalau detail sangat nanti samada anda pening atau anda akan sampai tertidur sebelum habis baca.
- Bila anda pilih kad kredit Visa, server syarikat FlyXYZ akan menghubungi (tak perlu kot saya terangkan macam mana cara hubungi tu) server Visa , atau di kenali dengan Directory Server (DS). Antara maklumat yang dihantar ke DS ni ialah 6 nombor terawal kad kredit tadi. Melalui nombor ini, DS akan check samada kad kredit ni adalah kad 3d atau tidak. Secara mudahnya kad 3d adalah kad yang mana bank pengeluarnya adalah berdaftar dengan Visa sebagai bank 3d. Ok, pening tak? Hahahha saya pun kurang pandai nak jelaskan dalam bahasa yang lebih mudah. Anda boleh Google mengenai 3d atau 3 domain (issuer, acquirer, interoperability)
- Bila DS dah check dan confirm yang kad tu adalah kad 3d, server DS ni akan contact pula server bank pengeluarnya kad tu. Contoh macam ni, 6 nombor terawal kad adalah 123456. Bila sampai kat DS, DS akan check ada tak nombor ni dalam senarai di DS. "Ok, dah jumpa, ini nombor bank ABC", lebih kurang camtu la ayatnya bila DS jumpa nombor tu dalam listnya. Di DS ni juga ada simpan URL ACS bank pengeluar (URL saya pasti anda tahu apa bendanya kan. ACS pula ialah Access Control Server). Contoh, URL ACS bank ABC ialah ABC.com, jadi lepas je confirm nombor kad tadi milik bank ABC, maka DS pun hantar la maklumat ke bank ABC dengan memanggil URL ACS tadi (saya rasa agak teruk penerangan teknikal dalam bahasa melayu ni!)
- Bila ACS bank ABC dapat maklumat dari DS, ACS bank ABC akan mula proses. Ha, dari sini lah yang anda semua dapat page untuk isi nombor pin/kod tu. Alah, nombor pin yang dihantar ke handphone anda tu. Ini adalah salah satu ciri keselamatan 3d, yang mana dapat pastikan hanya pemilik kad yang sebenarnya boleh guna kad tu untuk buat transaksi online. Setelah anda isikan nombor pin tu, barulah pembelian anda akan diproses.
Dah habis dah ke? Ha, itu baru bahagian pengesahan (authentication), untuk sahkan pemilik kad. Ada part 2 ok! Bahagian kedua ni adalah bahagian authorisation (saya tak tahu perkataan melayu yang sesuai untuk ini). Dalam bahagian ini lah di mana pihak bank akan check samada kad anda tu aktif atau tak, dah terlebih had atau tak dan sebagainya.
Panjaaaaaang kan prosesnya? Itu pun saya tak terangkan secara detail. Ada banyak bahagian yang saya skip tu. Kalau sebagai pembeli anda rasa macam sekejap je (bergantung pada kelajuan internet anda juga). Paling cepat dan bagus jika semua proses boleh dilengkapkan dalam masa bawah 10 saat. Sebenarnya nak tau lebih mendalam apa yang jadi masa anda beli barang online, boleh je Google "3d process" atau "Visa 3d secure", atau " MasterCard Secure code" atau "American Express Safekey", saya rasa lagi jelas kot baca penerangan dalam bahasa Inggeris...Jadi jika anda tertanya-tanya selamatkah beli barang online, jawapannya selamat jika anda peka dan tahu apa yang sedangkan berlaku ketika membeli online. Bukanlah perlu tahu secara terperinci, tapi cukup untuk tahu yang anda akan di minta untuk masukkan pin/kod untuk pengesahan ketika pembelian (bukan semua pembelian akan meminta kod ini, tetapi kebanyakan syarikat Malaysia adalah syarikat yang berdaftar sebagai syarikat 3d dan akan meminta kod ketika proses belian), cukup untuk anda tahu yang proses beli barang online adalah sangat panjang dandan melibatkan banyak pihak sebenarnya (peniaga/syarikat, pembelian, pengeluar kad (seperti Visa, MasterCard dan American express), pihak bank, pihak talian telefon/internet anda).
Banyak lagi yang menarik dalam proses beli barang online ni sebenarnya. Ini baru bahagian prosesnya, belum masuk lagi bahagian masalah-masalah yang biasa dihadapi semasa beli barang online macam contohnya masa beli dapat response transaction failed tapi bila check tengok kad kredit dah di charge, barang pun tak dapat. Macam mana pula jika anda tengah beli barang tiba-tiba blackout, nak kena ulang semula ke proses membeli? Atau macam mana jika kad anda selalu kena reject bila beli barang online tapi jika jiak beli barang di kedai OK pula? Ha, kalau kes macam ni nak buat macam mana? Nak check dengan siapa?
Nanti kalau rajin saya kongsi lagi di entry akan datang ya...insyaAllah...
0 comments: