Akademi Fantasia 2015 - betul ke Che Ta tarik diri?

Sunday, September 20, 2015 Ana 0 Comments


Assalamualaikum & salam sejahtera..

Salam hari Ahad...apa aktiviti anda malam Ahad ni?

Selalunya bagi yang bekerja, Ahad malam Isnin terasa cepat saja berlalu kan. Pejam celik dah hari Isnin. Jadi malam ini selalunya golongan ini lebih suka berada di rumah berehat. Tapi tak dinafikan ada juga yang masih ambil kesempatan dengan melakukan aktiviti-aktiviti luar macam lepak dengan kawan-kawan kat kedai mamak, atau makan-makan di restoran bersama ahli keluarga.

Bagi yang melepak kat rumah, menonton tv sudah semestinya acara wajib.  Apa yang menarik di tv malam ini? Kalau anda melanggan Astro banyak saluran yang boleh jadi pilihan. Di stesen tv normal (tv normal?? maksud saya yang tak berbayar la), yang hot malam minggu macam ni yang saya tahu ialah Da'i di TV3 atau pun Akademi Fantasia (AF) di Astro Ria.


Sumber : akademifantasia.org


Ya, saya tahu, mesti ada yang tanya,

'Relevan lagi ke Akademi Fantasia ni? Ada lagi ke yang tengok AF ni?'

Entah lah, saya pun tak tahu jawapan yang setepatnya.

Saya masih menonton AF (kadang-kadang), tapi rasa 'teruja' nak menontonnya dah lama berkurangan. Masih ingat lagi zaman 'teruja' dengan  persembahan pelajar, 'teruja' dengan saat penyingkiran, 'teruja' dengan kejutan-kejutan dan segala macam drama dalam akademi. Sekarang dah kurang semua elemen-elemen ni. Yang ada pun drama  kejutan terkini Che Ta kata nak tarik diri daripada menjadi juri lepas dikritik oleh Pengetua Edry. Last sekali saya teruja bila menonton AF ialah time Shahir dulu (itu pun saya tak menonton final konsertnya!). Kalau tanya kan pasal AFUNDI, oh sudah tentu saya tidak meng AFUNDI!. Duluuuuu pernah lah afundi, suatu ketika dulu.......

Antara yang pernah saya afundi (jangan gelak ye) ialah Khai, Kaer, Mawi, Lotter (ya, Lotter), Aril, Nubhan, dan ada lagi yang saya tak ingat. Saya lebih seronok menonton AF dengan pelajar yang struggle. Struggle?

A'ah, struggle. Maksud saya, pada pandangan peribadi saya, saya lebih seronok tengok AF jika saya lihat ada pelajar yang bermula dari kosong. Yang tiada pengetahuan muzik langsung. Pelajar yang 'raw'. Dan bila masuk AF, mereka belajar bersungguh-sungguh hingga menjadi bintang. Contoh mudah, ialah Aman AF2014. Tapi Aman last minit baru nak bersungguh-sungguh, lambat sikit.

Kalau pelajar yang memang dah terer, dah pernah jadi juara sana sini, macam tak adil pula bila join akademi dengan pelajar-pelajar yang raw ni. Nanti pelajar yang raw akan nampak agak lemah dan ketinggalan. Apa-apa pun , ini cuma pandangan peribadi saya saja ya.

Siapa yang akan tersingkir malam ni agaknya? Atau ada kah kejutan yang menanti? Che Ta ada tak agaknya malam ni?

Saspen...saspen...

0 comments: