3 panduan atasi masalah beli barang online

Sunday, September 13, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Salam hujung minggu. Di hujung-hujung minggu begini, bagi sesetengah orang masa yang terluang dihabiskan bersama keluarga tercinta ataupun rakan-rakan. Hujung minggu ni biasanya akan berlalu sekejaaaap je. Pejam celik pejam celik dah hari Isnin!

Hari ni saya nak sambung tulis mengenai tajuk yang lepas 'Beli barang online - selamatkah? (di sebalik tabir)'. Selain daripada anda perlu hati-hati beli barang online, iaitu pastikan daripada peniaga atau laman yang boleh dipercayai sahaja, kali ni saya nak kongsi antara masalah-masalah lain yang biasa kita hadapi semasa membeli barang secara online.

1. Beli barang secara online di Internet sememangnya selamat, InsyaAllah , dengan adanya ciri-ciri keselamatan tambahan yang telah diperkenalkan (rujuk tulisan yang lalu). Masalahnya boleh berlaku bila anda kehilangan beg tangan (contoh bagi golongan wanita) atau diragut. Dalam beg tangan tu pula anda simpan handphone dan kad kredit anda sekali. Untung la bagi peragut tu kalau dia pandai bab beli barang online ni. Peragut tu boleh terus beli tiket kapal terbang secara online (contohnya) menggunakan kad kredit anda. Mudah bagi peragut sebab dia dah ada kedua-duanya, handphone dan kad kredit. Nombor pin/kod yang dihantar ke handphone sewaktu membuat transaksi pembelian akan terus dapat kepada peragut. Jadi jika anda diragut atau kehilangan barang-barang penting sebegini, yang paling penting anda perlu cepat-cepat buat laporan polis dan maklumkan kepada pihak bank untuk batalkan kad kredit anda.

2. Masalah beli barang online juga akan berlaku bila anda tak update nombor telefon terkini anda dengan pihak bank. Nombor pin/kod yang diperlukan semasa proses beli barang online akan dihantar ke nombor telefon anda yang lama. Untuk mengatasi masalah ni, mudah sahaja, anda boleh mengemaskini nombor telefon samada di mesin ATM atau pun menghubungi pusat panggilan bank terbabit.

3. Pernah tak anda beli barang online dan tiba-tiba anda tak dapat nak teruskan beli barang online sebab browser anda tiba-tiba keluarkan skrin putih kosong (blank screen) je? Masalah ni sangat umum, sebab ada banyak perkara yang boleh menjadi penyebabnya. Antaranya ialah talian Internet anda mungkin sangat perlahan sehinggakan mengambil masa yang terlalu lama untuk display atau proses transaksi sampai time-out! Time-out di sini bermaksud telah melebihi masa maksimum yang diperuntukkan untuk lengkapkan sesuatu proses. Contohnya, setelah mengisi maklumat pembayaran dan anda menekan butang 'Pay' atau 'Bayar', masa itu lah pula talian Internet anda jadi perlahan, dan proses mengambil masa yang lebih lama daripada yang sepatutnya (contoh mungkin laman web tersebut telah menetapkan proses sepatutnya mengambil masa kurang dari 15 saat). Bagi masalah ini, anda perlu menghubungi pihak laman web (website yang menjual barangan itu), untuk memastikan samada traksaksi itu berjaya atau tidak, Jangan sesekali cuba mengulangi proses pembelian sebelum anda mendapat kepastian daripada pihak tersebut. Ini untuk mengelakkan kad kredit anda di charge beberapa kali!

Anda pernah hadapi masalah-masalah lain semasa beli barang online? Kalau sudi, kongsilah masalah anda di sini! Jumpa lagi di entry akan datang, InsyaAllah...

0 comments: