7 Tips Bisnes Fotografi yang anda perlu tahu!

Tuesday, September 15, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Salam jerebu untuk semua. Sekolah-sekolah di W.P, Putrajaya, Selangor, Melaka dan N. Sembilan ditutup hari ini berikutan IPU dah mencapai 200 malam tadi. Sambung terus cuti Hari Malaysia esok nampaknya. Tapi hari ni nampaknya jerebu dah berkurangan sikit. Alhamdulillah..

Cuti sekolah pun akan bermula 19 September ini. Sebut pasal cuti sekolah, apa yang akan muncul dalam fikiran anda? Haa.. apa lagi...kenduri kahwin lah kan!

Antara perkara penting dalam persiapan perkahwinan adalah mencari jurufoto perkahwinan. Maklumlah, perkahwinan sekali seumur hidup (ye ke?) semestinya ingin diabadikan dalam foto-foto yang indah sebagai kenang-kenangan.

Saya ada seorang kawan yang terlibat secara langsung menjadi jurufoto perkahwinan. Walaupun secara part time dalam bisnes fotografi,  kata kawan saya ni, tugas mengambil foto pengantin dan majlis perkahwinan itu secara keseluruhannya memang suatu yang menyeronokkan. Selain daripada dapat tambah pendapatan dengan bayaran yang agak lumayan untuk tugas mengambil gambar untuk 2 atau 3 hari,  kita juga dapat berkongsi keseronokan dan kemeriahan majlis perkahwinan tersebut. Satu kepuasan juga katanya bila pasangan pengantin berpuas hati dengan hasil tangkapan  fotografi kita. Dan yang paling penting menurut kawan saya ni (kawan saya ni perempuan), dengan adanya jurufoto perempuan, dapat juga mengelakkan rasa kurang selesa si pengantin perempuan untuk beraksi di hadapan kamera!

Sebagai jurufoto, anda boleh mempelbagaikan servis untuk ditawarkan, tidak terhad kepada jurufoto perkahwinan sahaja. Majlis bertunang, majlis harijadi, seminar, majlis makan malam, majlis graduasi atau konvokesyen atau ada juga trend baru kebelakangan ini yang memerlukan khidmat jurufoto untuk mengabadikan potret keluarga ketika sambutan perayaan seperti hari raya dan sebagainya.

jurufoto perkahwinan

Anda ada kamera DSLR dan minat ambil gambar hanya untuk suka-suka? Tukarkan minat anda menjadi pendapatan sampingan! Menjadi jurufoto yang bijak mengambil gambar yang menarik tidaklah begitu mudah, namun tidak sukar jika anda dipandu oleh mereka yang pakar dalam bidang ini.

Anda bernasib baik kerana sekumpulan pasukan photographer profesional dari syarikat Lightwork PictureLightworks Picture™ kini telah menghasilkan e-book 'Panduan Memulakan Bisnes Fotografi' yang sesuai untuk anda yang berminat untuk mencari pendapatan sampingan sebagai jurufoto! Selain majlis perkahwinan dan pertunangan, krew Lightworks Picture™ telah banyak terlibat dalam projek fotografi dan videografi majlis-majlis besar seperti ekspo pertanian MAHA dan majlis pelancaran album artis tempatan.

E-book bisnes fotografi ini lengkap dan sesuai untuk semua peringkat kerana dengan 7 tips bisnes fotografi yang dikongsikan, anda akan tahu bagaimana cara untuk bermula dari A-Z dengan risiko paling minima, tidak kira samada anda:




  • baru habis sekolah dan sedang tunggu keputusan SPM
  • masih belajar di sekolah, kolej atau universiti
  • siswazah yang masih terkial-kial mencari pekerjaan tetap
  • ada pekerjaan tetapi mahu cari peluang tambah pendapatan
  • ibu bapa yang mahu anak mereka menjadi usahawan part-time dengan satu kemahiran hebat.
  • Minat dengan fotografi tetapi tak tahu langsung bagaimana untuk jadikannya satu sumber pendapatan.
  • ataupun sedang cari idea bisnes untuk bermula.

  • Ebook ini sesuai untuk orang yang berminat nak jana pendapatan dengan kamera DSLR yang mereka miliki atau yang "akan" mereka miliki.



    Anda masih tidak yakin dengan peluang BisnesFotografi sebagai jurufoto?
    Mungkin angka-angka di bawah dapat menukar fikiran anda!

    Anggaran purata bayaran fotografi yang dikenakan di Malaysia:

    • EngagementRM600 – RM1,000
    • Wedding (basic)RM800 – 1,200
    • Wedding (standard)RM1,500 – RM2,500
    • Wedding (vip)RM3,500 - RM7,000
    • Birthday party (basic)RM600
    • Birthday party (standard)RM1,200
    • Potrait (per session/2 hours)RM500 – RM1,000
    • Product (per item)RM100 – RM300
    • Product (full set)RM1,000 – RM 5,000
    • Event (half-day)RM400
    • Event (full-day)RM800
    • Universities/colleges graduation (per student) - RM150 – RM300
    • Kindergarten graduation (per student)RM50 – RM80
    • Staff profile (per staff)RM50 – RM100

    Menarik kan? Itu baru angka untuk satu majlis! Dan semua ini dapat anda lakukan mengikut masa anda yang fleksible serta tidak memerlukan modal yang besar. Yang penting anda perlu tahu7 tips yang akan membuatkan anda teruja untuk memulakan bisnes fotografi!
    • Apakah motivasi paling penting untuk menjadi seorang photographer?
    • Bagaimana cara nak dapatkan peralatan fotografi dengan harga 30-50% lebih murah berbanding harga di pasaran
    • Belajar fotografi dengan percuma dan cepat
    • Bemahiran membina kredibiliti anda dengan pantas
    • Kepentingan portfolio fotografi
    • Bagaimana mengembangkan perniagaan fotografi ke tahap professional
    • Mengembangkan kerjaya dan mencipta nama dengan fotografi
    jurufoto perkahwinan

    Dengan keadaan semasa yang mana jurufoto masih kekurangan di Malaysia, pendek kata, bukan jurufoto yang mencari klien tetapi sebaliknya klien yang mencari jurufoto. Dapatkan e-book 'Panduan Memulakan Bisnes Fotografi' sementara stok masih ada dan InsyaAllah berpandukan 7 tips yang dikongsikan, jangan terkejut jika anda tak menang tangan untuk terima kerja fotografi daripada ramai klien setiap minggu selepas ini! :)





    0 comments: