Pendakap gigi yang 'halal' atau yang 'haram'?

Assalamualaikum & salam sejahtera....
Salam hari Jumaat, salam sayyidul ayyam. Jom kita perbanyakkan berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad saw..
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya
Terbaca laporan mengenai pengamal pergigian haram yang berani tawarkan perkhidmatan pergigian kosmetik seperti pasang pendakap gigi walaupun tak bertauliah. Macam mana lah agaknya perasaan individu ini. Tawarkan khidmat walaupun tak bertauliah dah terbukti salah, tambah lagi dengan tak fikir apa kesannya pada pelanggan yang gunakan khidmat mereka itu.
Tak dinafikan ada segelintir orang yang pasang pendakap gigi sebab nak bergaya. Saya pun tak pasti bahagian mana di gigi itu yang nampak bergaya bila pakai pendakap gigi ini. Disebabkan nak bergaya itu lah kini telah ada pula pendakap gigi palsu. Macam-macam!
Ketika saya memakai pendakap gigi @braces suatu ketika dahulu (sudah tersangat lama), ia bukanlah satu proses yang mudah. Daripada mencabut gigi, mencetak acuan (moulding), memakai braces dan pemeriksaan gigi setiap bulan semuanya satu proses yang panjang. Untuk proses mencabut gigi itu 4 batang gigi saya yang sihat walafiat perlu dicabut untuk beri ruang pada gigi yang kurang tersusun. Dua gigi dicabut untuk satu temujanji dan dua lagi pada temujanji yang berikutnya. Dua gigi atas dan dua gigi bawah. Bergoyang jugalah kepala dibuatnya. Bukan mudah ya proses mencabut gigi yang sikit pun tak bergoyang itu. Tak dapat nak bayangkan proses ini dilakukan oleh doktor gigi yang tak bertauliah.
Pemeriksaan setiap bulan untuk periksa keadaan gigi dan ketatkan metal braces itu juga bukan suatu proses yang seronok. Setiap kali lepas pemeriksaan itu memang rasa tak selesa nak makan. Belum ditambah lagi dengan cara nak menjaga kebersihan gigi yang dah dikelilingi dengan besi itu. Dua tahun memakai braces adalah satu pengalaman yang penuh suka duka 😁😁
"Eh, you tak puasa ke? I nampak ada sayur dekat gigi you!"
Begitulah komen seorang rakan seuniversiti non muslim yang menegur saya ketika kami sedang menunggu masuk ke dewan kuliah pada bulan puasa. Teguran yang lebih kepada 'pengumuman' disebabkan suara beliau yang agak kuat itu. Puas juga lah menahan malu bila orang di sekeliling memandang-mandang.
'Sayur' hijau yang dilihatnya itu bukanlah sayur sebenarnya. Ia adalah getah braces yang berwarna hijau.
Bagaimana ada orang yang boleh terlibat dengan doktor gigi haram ini? Mungkin juga disebabkan harga perkhidmatan yang ditawarkan agak murah. Kos pemakaian pendakap gigi saya dahulu jika tidak silap dalam lingkungan RM1500 - RM2500 di klinik swasta. Kini harga pendakap gigi jauh lebih mahal daripada itu. Niat asal nak guna khidmat klinik kerajaan terbantut selepas diberitahu ada senarai menunggu yang panjang.
Berbaloi ke guna khidmat pengamal pergigian haram hanya sebab nak dapatkan harga yang lebih murah?
Kalau ikutkan penerangan di atas memang sangat-sangat tak berbaloi!
Jadi kalau anda ada rancangan nak pakai pendakap gigi pastikan anda dapatkan khidmat doktor gigi yang betul. Periksa juga anggaran harga perkhidmatan membuat pendakap gigi (google pun boleh) yang terkini dan bandingkan dengan klinik yang anda pilih itu. Jika harganya tidak logik iaitu sangat murah berbanding harga semasa, maka pilihan terletak di tangan anda. Nak harga yang murah dan risiko hadapi kesan buruk di tangan pengamal pergigian tak bertauliah atau pilih jalan selamat (dan duit lebih sedikit) dengan memilih doktor yang betul?
Pilihan di tangan anda. Braces yang 'halal' atau yang 'haram'?
Buat pengamal pergigian yang menjalankan perkhidmatan secara haram, ketahuilah anda mungkin akan menyebabkan kesengsaraan kepada individu yang lain disebabkan 'perkhidmatan lebih murah' yang anda tawarkan itu...

"Kesan buruk atau komplikasi yang boleh berlaku adalah seperti kesakitan, infeksi, ulser mulut, gigi longgar, pergerakan gigi yang luar biasa, karies gigi, kehilangan gigi dan gusi yang bengkak serta bernanah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
"Lebih membimbangkan, kata Dr Noor Hisham, risiko dijangkiti virus HIV dan Hepatitis adalah tinggi kerana pembasmian kuman ke atas peralatan tidak dilakukan dengan sempurna." (Sumber : astroawani.com)

0 comments: