Isteri Separuh Masa?
Baru sahaja habis tengok Majalah 3 dengan cerita menarik mengenai Sultan Johor sempena Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor (sangat interesting cerita Sultan Johor ni, sangat berjiwa rakyat, semua benda Sultan ambil tahu, daripada sekecil-kecil perkara seperti susunan senduk di dapur, cara-cara mengilat koleksi kereta Sultan sehinggalah sebesar-besar perkara seperti urusan pentadbiran negeri. Baru saya tahu yang setiap pelabur yang nak melabur di Johor perlu mengadap Sultan dulu untuk dapat restu. Syukur juga bila Sultan tegaskan selagi memerintah takkan ada satu pun pusat perjudian akan dibuka di Johor...Alhamdulillah. Sultan pun seorang yang amat mengetahui selok belok negeri Johor, setiap sungai, kawasan di Johor semua di bawah pengawasannya. Sultan pun seorang yang sporting, open sangat cerita pasal mula-mula kenal isteri, sangat sweet. Rapat dengan anak-anak, dan tabah dengan usaha mencari jalan menyembuhkan kanser Tunku Laksamana Abdul Jalil. Menarik betul pengisian Majalah 3 kali ini, sampai saya rasa macam eh cepat sangat pula habis rancangan ni.
Habis tengok Majalah 3, tercari-cari stesen lain, terbuka pula saluran 104. Wah, cerita apa ni, Isteri Separuh Masa? Macam-macam pula tajuk drama/filem sekarang ni. Suami Sebelah Rumah, Isteri Untuk Dijual ( tak sedap benar bunyi tajuk ni), Teman Lelaki Upahan, dan banyak lagi. Aiman Hakim berganding dengan Emma Maembong. Dulu pernah berlakon sekali dalam Projek Memikat Suami (drama ni saya tak tengok sangat, tengok bila ada ditunjukkan selingan/sedutan, macam tak gemar sebab banyak adegan yang berdukung berpeluk bagai). Diharap Emma dapat menjaga batasan dalam lakonannya setelah berhijab ini. Melihat kepada jalan cerita nya, hampir sama dengan jalan-jalan cerita drama yang lain sejak kebelakangan ini. Kalau tak silap, semenjak meletupnya drama I Love You Mr Arrogant, hampir kesemua drama selepas itu mengikut konsep yang sama (kahwin terpaksa, mula-mula benci lepas tu suka), seperti Sebenarnya Aku Isteri Dia, Playboy Itu Suami Aku, Rindu Awak 200%, Suamiku En Sotong, Maaf Jika Aku Tak Sempurna, Aku Isterinya dan banyak lagi yang saya tak ingat. Mungkin melihatkan sambutan yang menggalakkan daripada penonton, semakin ramai penerbit yang memilih drama genre sebegini.
Pada saya yang jarang berkesempatan menonton drama, mungkin lebih menarik jika penerbit dapat mempelbagaikan jalan cerita (bukan hanya memilih adaptasi novel), sebagai contoh drama Antidot. Pada saya drama ini sangat menarik kerana jalan ceritanya yang suspen (penonton tidak dapat mengagak apa yang akan berlaku seterusnya). Walaupun drama ini mengingatkan saya kepada filem Zombie Kampung Pisang dan KL Zombie, tetapi drama ini diolah sedikit menjadikan jalan ceritanya lebih menarik dan mendebarkan.
0 comments: