Dah hantar borang cukai pendapatan 2014?
Tarikh akhir hantar Borang BE 30 April 2015
Saya baru saja selesai buat e-filing untuk cukai pendapatan 2014. Sungguh tak sangka banyak pula lebihan cukai terlebih bayar kali ini. Terlebih bayar rm2k lebih! Macam tak percaya pun ada. Apa-apa pun Alhamdulillah...rezeki.
Bagi yang belum lagi hantar borang atau buat e-filing/borang cukai pendapatan online,masih ada masa lagi sampai 21 Mac ini. Jangan tunggu last minit, nanti mungkin sistem e-filing akan slow kalau ramai yang akses untuk buat e-filing saat-saat akhir. Tapi biasa lah, rakyat Malaysia memang rakyat yang kebal stress, sanggup mengharungi stress buat perkara last minit. Mungkin stress system slow atau beratur panjang untuk cara mengisi borang pendapatan di pejabat LHDN itu sesuatu yang seronok dan mencabar untuk sesetengah orang...hehehe...
Untuk maklumat lanjut atau sebarang kemusykilan mengenai cukai pendapatan boleh lah layari www.hasil.gov.my
0 comments: