4 Cara Tambah Pendapatan - Jom Bisnes!
Anda ingin tambah pendapatan? Risau dengan pendapatan sekarang yang tak mencukupi? Baru awal bulan tapi gaji dah habis?
Jangan bimbang, anda tidak keseorangan, ramai lagi yang senasib dengan anda. Termasuklah saya!
Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini, ramai yang telah mencuba pelbagai cara untuk menambah pendapatan sampingan. Saya baru saja terbaca cerita seorang kenalan yang bercadang-cadang hendak tambah pendapatan dengan memulakan bisnes van sekolah. Menarik juga idea tu. Bermula dengan menghantar anak-anak kepada kawannya, kini telah ramai pula orang luar yang bertanyakan dan berminat dengan servisnya itu.
Setelah merayau-rayau di alam maya, berikut saya senaraikan idea-idea menarik untuk anda fikirkan jika anda bercadang untuk tambah pendapatan yang anda ada sekarang:
1. Belajar buat kek dan jual!
Walaupun harga barang semakin naik dan agak mystahil untuk turun, permintaan terhadap barang makanan tidak pernah berkurangan. Harga mahal walau macam mana pun kita tetap perlu makan, ye tak? Jadi, selain dapat menjimatkan wang setiap kali anak anda (atau isteri anda!) merengek dibelikan kek coklat yang sedap itu, anda juga dapat tambah pendapatan anda jika kek anda itu sedap, menarik, tertarik da boom untuk dijual! Err, apa-apa pun yang penting
Ok, ok kembali kepada idea buat kek tadi. Jika anda ingin mulakan langkah membuat kek yang sedap, jangan tunggu lagi.
Anda boleh pilih samada klik sini untuk cara buat kek coklat yang sedap hingga menjilat jari, atau sini jika anda ingin mempelajari pelbagai resepi membuat kek cheese yang meleleh itu. Atau anda oleh juga belajar buat muffin (dan teruskan perjuangan saya yang terhenti separuh jalan) dengan cara mudah buat puding dan dessert yang disukai ramai yang ditunjukkan di sini.
2. Bisnes burger yang menguntungkan!
Tak perlu contoh yang susah, tengok saja pada artis Fizo Omar yang berjaya dengan bisnes Hot Burger nya. Tidak kira lah samada Hot Burger, Burger Bakar, Burgerbyte mahupun burger-burger yang sewaktu dengannya, bisnes burger ni ternyata dapat memberikan pulangan yang lumayan kerana burger memang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.
Boleh tengok panduan dan tips yang disediakan di bawah ini.
3. Baju kurung baru untuk hari raya?
Baju kurung baru sudah semestinya ada dalam shopping list setiap insan bergelar perempuan setiap kali menjelang lebaran. Apa kata kali ini kita tukarkan shopping list tu menjadi order list? Bayangkan anda menjadi pembekal baju kurung yang menjadi idaman dan rebutan setiap wanita. Anda tidak putus-putus menerima tempahan sehinggakan anda kehabisan stok dan senarai panjang pelanggan yang menunggu-nunggu ketibaan stok baju yang baru? Jakel Mall pun dah mulakan jualan hebat untuk persediaan lebaran, anda bila lagi?
Tidak perlu risau jika tidak pandai menjahit, cume perlu pelajari selok belok berniaga baju kurung di sini, dan anda akan menjadi orang tersenyum tidak henti-henti di hari raya ini setelah anda mampu tambah pendapatan dari bisnes baju kurung ini. Upah menjahit pun agak mahal kan sekarang. Kali terakhir saya menghantar baju untuk dijahit di sebuah kedai di Ampang Park, upahnya rm120 untuk sepasang baju kurung. Ok. Itu kali pertama dan terakhir saya hantar baju untuk dijahit di situ.
4. Roti canai? Putu?
Anda gemar roti canai? Apa kata daripada gemar makan roti canai, kita tukar kepada gemar buat roti canai. Kan lebih menguntungkan? Kalau anda (dan juga saya) tahu cara-cara buat roti canai, tidak perlu lagi beratur panjang atau menunggu lama di kedai mamak untuk breakfast setiap hari. Anda (dan juga saya!)boleh tebar roti canai sendiri! Setelah anda menjadi pakar dalam menebar roti canai, bolehlah kita bagi free testing kepada kawan-kawan @ jiran sebelah rumah. Setelah mereka semua terpukau dengan keenakan rasa roti canai anda yang lain daripada yang lain dan tiada tolok bandingnya, bolehlah anda mula menerima tenpahan untuk bisnes roti canai anda itu!
Setelah berjaya membuat roti canai yang sedap, lebarkan pula kehebatan anda dengan menguasai cara-cara membuat putu. Putu piring memang menjadi pilihan saya untuk minum petang. Putu bambu pula jadi pilihan ketika bulan puasa, dan yang selalu saya beli ialah putu bambu world. Tak kiralah sama ada putu bambu, putu piring mahupu putu-putu yang lain, jangan pandang rendah pada putu kerana putu mempunyai peminatnya yang tersendiri. Klik di sini dan kuasai cara membuat roti canai dan aneka jenis roti dan jadikan ia salah satu cara untuk tambah pendapatan anda!
Jika dilihatkan senarai di atas memang idea makanan yang menjadi pilihan. Kalau ikutkan saya mungkin idea baju kurung dan kek itu yang lebih dekat di hati. Banyak lagi idea-idea yang boleh anda terokai untuk menambah pendapatan, pokok
Kongsikan idea menarik anda di ruangan komen jika sudi! ☺
0 comments: