Dengan Basikal Aku Menjelajah - Cantiknya Aurora Burealis....
Dengan Basikal Aku Menjelajah - Cantiknya Aurora Burealis....
Assalamualaikum & salam sejahtera..
Baru selesai tengok pengembaraan Zahariz dalam dokumentari Dengan Basikal Aku Menjelajah kat tv Al-Hijrah. Saya memang dari mula tengok kembara Zahariz sangat kagum dengan semangat kental dan gigihnya Zahariz mengembara seorang diri. Memang bukan calang-calang orang boleh buat macam tu. Sanggup melalui hujan panas, ribut taufan dan salji dengan tawakal yang tinggi berhadapan dengan segala cabaran sepanjang perjalanan. Siapa yang sanggup tidur dalam khemah kat tepi sungai, kat tengah padang menghijau, kat tengah kesejukan salji dan kawasan yang saya sendiri tak terfikir dan terbayang di fikiran.
Yang paling saya kagum sekali ialah kembara Zahariz menyaksikan ciptaan Allah swt yang sangat menakjubkan, fenomena Aurora Burealis. Kalau tak kerana Zahariz saya pun tak tahu mengenai kewujudan Aurora Burealis ni.Saya sangat kagum. Tak terkata apabila melihat rakaman yang sangat menakjubkan itu. Saya seringkali membayangkan macam mana agaknya perasaan saya kalau saya yang berada di tempat Zahariz ketika itu. Apa rasanya melihat cahaya berwarna di langit malam. Melihatkan bintang di langit sudah cukup membuatkan saya cukup kagum, apatah lagi melihat langit dihiasi cahaya-cahaya kehijauan yang bergerak-gerak melatari langit.
Adakah saya mampu mencapai impian menyaksikan sendiri keindahan Aurora Burealis...?
Sangat cantik!!!
0 comments: