Elfira Loy....Diana Danielle..

Sunday, March 15, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Yang menarik mengenai dunia hiburan tanahair sepanjang minggu lepas

Elfira Loy berhijrah pada hari jadi yang ke 21.

Alhamdulillah, telah terbuka hati pelakon kecil molek ini untuk berhijab baru-baru ini. Manis sungguh Elfira bertudung, asyik mata saya memandang foto-foto terkini Elfira bertudung ketika majlis sambutan hari jadinya. Semoga menjadi contoh dan membuka hati anak-anak seni yang lain. Diharapkan Elfira akan istiqamah dan bijak memilih peranan yang lebih sesuai setelah penghijrahannya ini. Difahamkan Elfira sendiri mengatakan yang dia akan lebih menumpukan kepada bidang pengacaraan dan pengajiannya selepas ini, memperlahankan penglibatan dalam lakonan agar tidak menyusahkan pihak produksi dengan imej barunya. Berfikiran jauh anak muda ini. Bukan apa,  agak terkilan juga melihat satu telemovie baru-baru ini lakonan seorang pelakon muda wanita yang telah bertudung, tapi masih bersalaman dengan bukan mahramnya dalam telemovie tersebut. Mungkin masih dalam proses menyesuaikan diri dengan penghijrahannya barangkali? Anggap yang baik-baik saja sudah lah ye..

Selain Elfira, artis lain seperti pelakon jelita Che Ta dan pengacara tinggi lampai Hanis Zalikha juga turut terbuka hati untuk berhijrah...Alhamdulillah...semoga istiqamah...



Elfira Loy bertudung, harijadi ke 21, http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/ArticleID/149261/Elfira-Loy-Nekad-Bertudung-Sempena-Hari-Jadi-Ke-21.aspx

Manis sungguh Elfira bertudung
Sumber : Astro Gempak

Yang tidak menarik mengenai dunia hiburan tanahair sepanjang minggu lepas

Diana Danielle bergambar kurang sopan dalam majalah Esquire Malaysia.

Berbeza dengan berita semakin ramai artis wanita kita telah berhijrah, berita sensasi yang ditimbulkan oleh pelakon cantik, Diana Danielle amat mengejutkan saya. Pada pandangan saya (ini pandangan peribadi) , Diana adalah antara artis yang saya kategorikan sebagai artis yang bijak pandai (selain Neelofa dan Lisa Surihani). Apabila membaca berita sensasi ini, saya cuba untuk menyelami isi hati seorang wanita yang telah bergelar isteri dan ibu kepada seorang anak, apakah agaknya perasaan mahupun fikiran Diana ketika membuat srsi fotografi dengan pakaian sebegitu.

Saya cuba menyelami perasaan itu.

Tiada satu pun sebab yang logik mahupun munasabah yang terlintas di fikiran saya untuk keperluan berpakaian begitu.

Saya cuba menyelami dengan lebih dalam.

Gagal.

Hanya Diana sahaja yang dapat memberikan jawapannya.


0 comments: