7 hari menjelang GST
Tak sabar menantikan 1 April 2015?
Countdown ke tarikh 1 April 2015 di laman kastam...sungguh mendebarkan..
Ya, 7 hari lagi GST yang telah lama dinanti-nantikan diimpi-impikan diperdebatkan akan mula dilaksanakan. Apa itu GST? (Ok, sila google). Tarikh 1 April tidak lagi menjadi hari gurauan April Fool day, tapi menjadi hari yang serius buat rakyat Malaysia. Apa yang bestnya dengan GST ni? Yang penting dan bestnya ialah, GST Malaysia lebih rendah dari negara-negara yang lain.
Niat kerajaan hendak melaksanakan sistem cukai barang dan perkhidmatan yang lebih mahal telus dan efisien adalah satu niat yang murni. Yang menjadi persoalannya sekarang adakah rakyat Malaysia telah memahami secara total cara perlaksanaan GST itu? Adakah ada jaminan tiada pihak yang akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang dengan alasan GST? Saya sendiri telah mengalami kenaikan harga mendadak roti yang dijual di Papparoti cawangan Aeon Setiawangsa. Daripada harga asal rm2, tiba-tiba mencanak naik sehingga rm3.20!!! Dan lebih mengejutkan lagi, kenaikan harga itu berlaku sebelum bulan Jan 2015 lagi!! Bila ditanyakan alasan kenaikan harga kepada si penjual, alasan mudahnya ialah 'Tak tau kak, kilang suruh naikkan harga!'. Memang jika dikira daripada kenaikan harga itu, jelas kenaikan 6%, , jelas kenaikan disebabkan GST! Memang itu lah kali terakhir saya membeli Papparoti. Rotiboy yang lebih enak itu pun masih mengekalkan harga rm2.50!
Hari ini, air sirap bandung dalam secawan kertas dibeli di Restoran Sate Kajang Haji Samuri cawangan Taman Melati. Harga secawan: rm1.80. Dua helai duit seringgit saya hulurkan dengan harapan mendapat baki pulangan 20 sen. Baki yang kembali di tangan saya : 10 sen. Tanpa banyak soal saya melihat kepada resit. Cukai 6%. Harga air menjadi rm1.91. Lagi 4 sen menghampiri harga minyak petrol. Err...petrol dikenakan GST tak? Tak kena? Pasti?? Mungkinkah selama ini pun telah ada 6% dikenakan pada air sirap bandung tapi saya saja yang tak perasan? Saya menjadi lebih emosional perasan dan over sensitive sempena dengan ketibaan GST??
Menonton berita di tv tadi, saya mendapat info baru. Mulai 1 April, pastikan anda tidak menggunakan kerap menggunakan perkhidmatan MEPS. Apa itu MEPS? Perkhidmatan MEPS yang selalu digunakan ialah MEPS ATM dan MEPS EPOS. Contoh mudah bagi MEPS ATM ialah anda pemegang kad debit Maybank. Anda hendak keluarkan duit di mesin ATM. Sampai di mesin anda lihat orang beratur terlalu panjang. Anda lihat di sebelahnya ada mesin ATM CIMB. Barisan pendek. Anda tidak mahu membuang masa beratur panjang lalu anda keluarkan duit menggunakan kad debit Maybank di mesin ATM CIMB. Itulah dinamakan perkhidmatan MEPS ATM. Sekarang ni bagi perkhidmatan sebegini, charge rm1 dikenakan bagi setiap transaksi (kecuali pertanyaan baki). Selepas 1 April, jeng jeng jeng! Ada tambahan 6 sen bagi setiap transaksi, menjadikan charge nya rm1.06. Jangan terkejut jika nampak 60 sen tambahan di buku akaun anda selepas 1 April nanti, cuba ingat kembali, ada tak anda gunakan MEPS ATM dalam 10 kali beberapa hari yang lalu??
Apa-apa pun perubahan yang bakal kita semua hadapi dengan perlaksanaan sistem ciptaan manusia ini, beringatlah dan berbelanjalah dengan berhemah. Segalanya di tangan anda (ya saya tahu, cakap memang mudah, dalam hati Tuhan saja yang tahu!)
0 comments: