Apa cerita hari ini?

Tuesday, March 31, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...



Cerita debaran menanti GST esok hari?

Cerita idea-idea bisnes dan cara-cara nak tambah duit?

Cerita nak berhenti kerja yang akan jadi kenyataan insyaAllah dalam.masa 3 bulan lagi?

Cerita pasal apa agaknya yang difikirkan copilot germanwings masa nak junamkan pesawat?

Cerita nak makan apa tengahari ni?

Cerita cara-cara nak kuruskan badan yang semakin tembam?

Cerita pasal politik pejabat yang semakin menggila?

Cerita pasal Lana Nordin yang akan kahwin tak lama lagi?

Cerita mengenai Rashid Sidek nak tinggalkan BAM?

Cerita pasal accident Awal Ashaari Ahad lepas?

Cerita pasal spekulasi harga minyak naik tak lama lagi?

Cerita tak sabar menantikan gerhana bulan Sabtu ni?

Macam-macam cerita sekarang ni.

Selagi hidup, selagi itulah cerita kita akan berterusan.

Selagi itulah kita akan terus berlakon. Berlakon di pentas dunia. Dengan pelbagai watak yang berbeza.

Cerita saya, cerita awak, cerita kita.







0 comments:

Ulangkaji Kitab Teknik SEO Merah Jambu

Saturday, March 28, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Apa citer hari ini?

Hari ni saya agak 'rajin' membaca. Sementara rajin tu saya mengulang baca 'Kitab Teknik SEO Merah Jambu' karangan En Titan yang saya beli 2/3/15 yang lepas. Masa beli semangat berkobar-kobar lepas tu sibuk memanjang (alasan je tu!), saya tak sempat nak aplikasikan petua-petua yang diturunkan dalam kitab ini.

Anda ada blog? Blog anda ada trafik pengunjung harian yang tinggi? Anda baru nak buat blog? Nak tahu cara buat blog yang boleh menarik ramai pengunjung?  Impikan blog yang popular dan digemari ramai? Terbayang pendapatan sampingan daripada blog anda yang popular itu??

Ok. Inilah kitabnya. Kitab ini amat sesuai untuk semua soalan di atas.

Apa yang best nya dengan kitab ni? Yang paling saya suka ialah cara penyampaian yang santai. Bahasa tak terlalu tinggi tahap dewa dan tak terlalu teknikal. Mudah nak difaham oleh semua orang rasanya.Ada 7 teknik penting yang perlu anda tahu kalau nak tarik ramai pengunjung ke blog anda. Ramai pengunjung = lebih trafik = lebih peluang jana pendapatan affiliate = lebih banyak duit = lebih kaya!!.  Dalam banyak-banyak teknik tu, yang saya rasa paling menarik ialah:


Menarik kan? Tulis dengan jiwa. Macam mana nak tulis dengan jiwa? Nak tau caranya, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan kitab padat sendat  dengan info ini.



Dapatkan Kitab Teknik SEO Merah Jambu di sini!


Selain menulis dengan jiwa, teknik membuat ayat-ayat KACAK (hahhahaha) dan umpan yang SEKSI dan MENGGODA pun ada dibincangkan. Teknik SEO dengan 7 lagi ciri-ciri penting turut dikupas habis oleh En Titan. Saya dah cuba salah satu daripadanya iaitu teknik pemilihan keyword, ada lah nampak sikit peningkatan dalam trafik pengunjung. Itu pun masih merangkak lagi (sebab belum khatam lagi kitab ni!). Dalam kitab ni bukan setakat penerangan, tapi ada juga disertakan dengan contoh-contoh dalam blog En Titan sendiri yang boleh dijadikan rujukan. En Titan kata nak tiru blog dia pun boleh, takde masalah! ☺ (err lupa nak pesan, pastikan anda ada blog sebab kitab ni fokus membincangkan promosi artikel di blog)

Tak cukup dengan 65 mukasurat yang terangkan secara detail teknik-teknik promosikan artikel blog, ditambah pula lagi dengan 16 lagi mukasurat BONUS! Dalam bahagian BONUS ni ada lebih lagi teknik-teknik mengancam menarik tertarik da bom! macam kat bawah ni:

a. Teknik Silap Mata
b. Teknik Magic SEO
c. Tips nak update blog (saaaaangat sesuai dan berguna untuk orang yang macam saya yang kadang-kadang selalu ada mental block dan takde idea nak tulis apa!
d. Contoh Plugin yang sesuai
e. Teknik Permalink


Ok, En Titan seorang yang sangat baik hati. Tak cukup dengan bonus-bonus, ada lagi pesanan dan nasihat dari En Titan dalam The Missing Chapter! Wah, apa yang ada dalam The Missing Chapter ni?? Nak tau, kena la dapatkan kitab yang hangat di pasaran ni!

Saya sendiri masih dalam proses belajar teknik-teknik menarik ni. Merangkak macam kura-kura. Takpe, kayuh pelan-pelan (betul ke takpe?). Jeles juga bila baca pasal blogger lain yang dah mahir dengan teknik En Titan ni macam Hafiz Rahim, Hasrul Hassan, akubiomed dan ramai lagi. Ok, sebut pasal blogger-blogger yang dah berjaya buatkan saya insaf. Kayuhan dipercepatkan  SEKARANG!


0 comments:

7 hari menjelang GST

Wednesday, March 25, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Tak sabar menantikan 1 April 2015?


countdown gst 1 april 2015
Countdown ke tarikh 1 April 2015 di laman kastam...sungguh mendebarkan..


Ya, 7 hari lagi GST yang telah lama dinanti-nantikan diimpi-impikan diperdebatkan akan mula dilaksanakan. Apa itu GST? (Ok, sila google). Tarikh 1 April tidak lagi menjadi hari gurauan April Fool day, tapi menjadi hari yang serius buat rakyat Malaysia. Apa yang bestnya dengan GST ni? Yang penting dan bestnya ialah, GST Malaysia lebih rendah dari negara-negara yang lain.

gst malaysia lebih rendah


Niat kerajaan hendak melaksanakan sistem cukai barang dan perkhidmatan yang lebih mahal  telus dan efisien adalah satu niat yang murni. Yang menjadi persoalannya sekarang adakah rakyat Malaysia telah memahami secara total cara perlaksanaan GST itu? Adakah ada jaminan tiada pihak yang akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang dengan alasan GST? Saya sendiri telah mengalami kenaikan harga mendadak roti yang dijual di Papparoti cawangan Aeon Setiawangsa. Daripada harga asal rm2, tiba-tiba mencanak naik sehingga rm3.20!!! Dan lebih mengejutkan lagi, kenaikan harga itu berlaku sebelum bulan Jan 2015 lagi!! Bila ditanyakan alasan kenaikan harga kepada si penjual, alasan mudahnya ialah 'Tak tau kak, kilang suruh naikkan harga!'. Memang jika dikira daripada kenaikan harga itu, jelas kenaikan 6%, , jelas kenaikan disebabkan GST! Memang itu lah kali terakhir saya membeli Papparoti. Rotiboy yang lebih enak itu pun masih mengekalkan harga rm2.50!

Hari ini, air sirap bandung dalam secawan kertas dibeli di Restoran Sate Kajang Haji Samuri cawangan Taman Melati. Harga secawan: rm1.80. Dua helai duit seringgit saya hulurkan dengan harapan mendapat baki pulangan 20 sen. Baki yang kembali di tangan saya : 10 sen. Tanpa banyak soal saya melihat kepada resit. Cukai 6%. Harga air menjadi rm1.91. Lagi 4 sen menghampiri harga minyak petrol. Err...petrol dikenakan GST tak? Tak kena? Pasti?? Mungkinkah selama ini pun telah ada 6% dikenakan pada air sirap bandung tapi saya saja yang tak perasan? Saya menjadi lebih emosional perasan dan over sensitive sempena dengan ketibaan GST??

Menonton berita di tv tadi, saya mendapat info baru. Mulai 1 April, pastikan anda tidak menggunakan kerap menggunakan perkhidmatan MEPS. Apa itu MEPS?  Perkhidmatan MEPS yang selalu digunakan ialah MEPS ATM dan MEPS EPOS. Contoh mudah bagi MEPS ATM ialah anda pemegang kad debit Maybank. Anda hendak keluarkan duit di mesin ATM. Sampai di mesin anda lihat orang beratur terlalu panjang. Anda lihat di sebelahnya ada mesin ATM CIMB. Barisan pendek. Anda tidak mahu membuang masa beratur panjang lalu anda keluarkan duit menggunakan kad debit Maybank di mesin ATM CIMB. Itulah dinamakan perkhidmatan MEPS ATM. Sekarang ni bagi perkhidmatan sebegini, charge rm1 dikenakan bagi setiap transaksi (kecuali pertanyaan baki). Selepas 1 April, jeng jeng jeng! Ada tambahan 6 sen bagi setiap transaksi, menjadikan charge nya rm1.06. Jangan terkejut jika nampak 60 sen tambahan di buku akaun anda selepas 1 April nanti, cuba ingat kembali, ada tak anda gunakan MEPS ATM dalam 10 kali beberapa hari yang lalu??

Apa-apa pun perubahan yang bakal kita semua hadapi dengan perlaksanaan sistem ciptaan manusia ini, beringatlah dan berbelanjalah dengan berhemah. Segalanya di tangan anda (ya saya tahu, cakap memang mudah, dalam hati Tuhan saja yang tahu!)

layari gst.customs.gov.my untuk lebih info mengenai gst

0 comments:

Isteri Separuh Masa?

Tuesday, March 24, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Baru sahaja habis tengok Majalah 3 dengan cerita menarik mengenai Sultan Johor sempena Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor (sangat interesting cerita Sultan Johor ni, sangat berjiwa rakyat, semua benda Sultan ambil tahu, daripada sekecil-kecil perkara seperti susunan senduk di dapur, cara-cara mengilat koleksi kereta Sultan sehinggalah sebesar-besar perkara seperti urusan pentadbiran negeri. Baru saya tahu yang setiap pelabur yang nak melabur di Johor perlu mengadap Sultan dulu untuk dapat restu. Syukur juga bila Sultan tegaskan selagi memerintah takkan ada satu pun pusat perjudian akan dibuka di Johor...Alhamdulillah. Sultan pun seorang yang amat mengetahui selok belok negeri Johor, setiap sungai, kawasan di Johor semua di bawah pengawasannya. Sultan pun seorang yang sporting, open sangat cerita pasal mula-mula kenal isteri, sangat sweet. Rapat dengan anak-anak, dan tabah dengan usaha mencari jalan menyembuhkan kanser Tunku Laksamana Abdul Jalil. Menarik betul pengisian Majalah 3 kali ini, sampai saya rasa macam eh cepat sangat pula habis rancangan ni.


Habis tengok Majalah 3, tercari-cari stesen lain, terbuka pula saluran 104. Wah, cerita apa ni, Isteri Separuh Masa? Macam-macam pula tajuk drama/filem sekarang ni. Suami Sebelah Rumah, Isteri Untuk Dijual ( tak sedap benar bunyi tajuk ni), Teman Lelaki Upahan, dan banyak lagi. Aiman Hakim berganding dengan Emma Maembong. Dulu pernah berlakon sekali dalam Projek Memikat Suami (drama ni saya tak tengok sangat, tengok bila ada ditunjukkan selingan/sedutan, macam tak gemar sebab banyak adegan yang berdukung berpeluk bagai). Diharap Emma dapat menjaga batasan dalam lakonannya setelah berhijab ini. Melihat kepada jalan cerita nya, hampir sama dengan jalan-jalan cerita drama yang lain sejak kebelakangan ini. Kalau tak silap, semenjak meletupnya drama I Love You Mr Arrogant, hampir kesemua drama selepas itu mengikut konsep yang sama (kahwin terpaksa, mula-mula benci lepas tu suka), seperti Sebenarnya Aku Isteri Dia, Playboy Itu Suami Aku, Rindu Awak 200%, Suamiku En Sotong, Maaf Jika Aku Tak Sempurna, Aku Isterinya dan banyak lagi yang saya tak ingat. Mungkin melihatkan sambutan yang menggalakkan daripada penonton, semakin ramai penerbit yang memilih drama genre sebegini.

Isteri Separuh Masa, aiman hakim, emma maembong


Pada saya yang jarang berkesempatan menonton drama, mungkin lebih menarik jika penerbit dapat mempelbagaikan jalan cerita (bukan hanya memilih adaptasi novel), sebagai contoh drama Antidot. Pada saya drama ini sangat menarik kerana jalan ceritanya yang suspen (penonton tidak dapat mengagak apa yang akan berlaku seterusnya). Walaupun drama ini mengingatkan saya kepada filem Zombie Kampung Pisang dan KL Zombie, tetapi drama ini diolah sedikit menjadikan jalan ceritanya lebih menarik dan mendebarkan.


Antidot, remy ishak, kamal adli, nabila huda, nad zainal

0 comments:

Dengan Basikal Aku Menjelajah - Cantiknya Aurora Burealis....

Sunday, March 22, 2015 Ana 0 Comments



Dengan Basikal Aku Menjelajah - Cantiknya Aurora Burealis....


Assalamualaikum & salam sejahtera..

Baru selesai tengok pengembaraan Zahariz dalam dokumentari Dengan Basikal Aku Menjelajah kat tv Al-Hijrah. Saya memang dari mula tengok kembara Zahariz sangat kagum dengan semangat kental dan gigihnya Zahariz mengembara seorang diri. Memang bukan calang-calang orang boleh buat macam tu. Sanggup melalui hujan panas, ribut taufan dan salji dengan tawakal yang tinggi berhadapan dengan segala cabaran sepanjang perjalanan. Siapa yang sanggup tidur dalam khemah kat tepi sungai, kat tengah padang menghijau, kat tengah kesejukan salji dan kawasan yang saya sendiri tak terfikir dan terbayang di fikiran.

Yang paling saya kagum sekali ialah kembara Zahariz menyaksikan ciptaan Allah swt yang sangat menakjubkan, fenomena Aurora Burealis. Kalau tak kerana Zahariz saya pun tak tahu mengenai kewujudan Aurora Burealis ni.Saya sangat kagum. Tak terkata apabila melihat  rakaman yang sangat menakjubkan itu. Saya seringkali membayangkan macam mana agaknya perasaan saya kalau saya yang berada di tempat Zahariz ketika itu. Apa rasanya melihat cahaya berwarna di langit malam. Melihatkan bintang di langit sudah cukup membuatkan saya cukup kagum, apatah lagi melihat langit dihiasi cahaya-cahaya kehijauan yang bergerak-gerak melatari langit.




Adakah saya mampu mencapai impian menyaksikan sendiri keindahan Aurora Burealis...?



Menambahkan kekaguman saya apabila menonton video rakaman Zahariz mengenai Aurora Burealis ni. Klik link di bawah untuk melihat keindahan Aurora Burealis yang disaksikan sendiri oleh insan bertuah seperti Zahariz. Bila la agaknya saya akan bertuah begitu!!




Sangat cantik!!!

0 comments:

Dah hantar borang cukai pendapatan 2014?

Sunday, March 22, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Tarikh akhir hantar Borang BE 30 April 2015


Saya baru saja selesai buat e-filing untuk cukai pendapatan 2014. Sungguh tak sangka banyak pula lebihan cukai terlebih bayar kali ini. Terlebih bayar rm2k lebih! Macam tak percaya pun ada. Apa-apa pun Alhamdulillah...rezeki.



Bagi yang belum lagi hantar borang atau buat e-filing/borang cukai  pendapatan online,masih ada masa lagi sampai 21 Mac ini. Jangan tunggu last minit, nanti mungkin sistem e-filing akan slow kalau ramai yang akses untuk buat e-filing  saat-saat akhir. Tapi biasa lah, rakyat Malaysia memang rakyat yang kebal stress, sanggup mengharungi stress buat perkara last minit. Mungkin stress system slow atau beratur panjang untuk cara mengisi borang pendapatan di pejabat LHDN itu sesuatu yang seronok dan mencabar untuk sesetengah orang...hehehe...


Untuk maklumat lanjut atau sebarang kemusykilan mengenai cukai pendapatan boleh lah layari www.hasil.gov.my

0 comments:

T E R B A I K !

Saturday, March 21, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera....


Renung-renungkan lah..











0 comments:

Jom bongkar rahsia bisnes tudung!

Saturday, March 21, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Anda hijabista? Pencinta wanita tudung fesyen terkini? Tudung Neelofa?  Tudung Che Ta?  Tudung Dato Siti?  JelitaSara? Radiusite? Sugarscarf? Fareeda?  Ariani?  Aidijuma? Hajra? Pearl Haya?


                              


                   Macam-macam jenis tudung ada!


Kat ofis pun dah semakin rancak dengan pelbagai jenis gaya tudung. Kat surau ofis tadi hebat jualan tudung Neelofa oleh sorang akak ni. Laris macam pisang goreng panas.

Semua wanita nak nampak cantik, nak pakai tudung yang matching dan up to date!

Buka je la kat mana-mana media sosial, baik blog, facebook mahupun instagram, kalau jual tudung memang jarang lah tak dapat sambutan. Kalau tak dapat sambutan tu, samada tudung yang dijual tu hodoh sangat , ataupun memang tuan punya bisnes tak pandai nak promote kan tudung-tudungnya. Bisnes tudung untung ke?  Jangan terkejut kalau ada peniaga tudung online mampu capai pendapatan bulanan sebanyak 4 angka! Malah mungkin lebih daripada pekerja-pekerja kerajaan ataupun swasta. Bestkan dapat jana pendapatan dan dijadikan side income. Tudung memang dekat di hati perempuan, jadi memang seronok kalau buat bisnes benda yang kita minat. Sekarang pun memang dah ramai yang buat bisnes tudung online kan.


Susah ke nak promosikan tudung?

Nak promotekan tudung pun ada caranya. Ada cara mudah , ada cara susah. Saya tengok akak kat surau tadi letak je susun- susun tudung depan dia, orang secara automatik datang berebut nak tengok dan belek. Pastu akak tu explain sikit-sikit pasal tudung yang menarik tertarik tu, sekejap dah laku dan duit bertukar tangan. Tak payah nak susah-susah panggil orang datang tengok ataupun buat iklan macam dato terlajak laris (ops sori dato!. Saya suka sebenarnya iklan dato sebab senang ingat, melekat dalam kepala). Tapi itu la, tak semua orang ada skill atau magnet menarik perhatian orang macam tu. Skill menarik perhatian satu hal, satu hal lagi nak memikat hati orang untuk beli tudung yang kita jual.

Kalau sekarang kita setakat mampu menjadi penjual tudung-tudung yang glamour ini, suatu hari nanti kita pula yang keluarkan tudung jenama kita sendiri. Bisnes tudung jenama sendiri! InsyaAllah...


Anda ada tips bisnes tudung nak dikongsikan bersama? Sudi-sudi lah share, sharing is caring! 😊




0 comments:

Elfira Loy....Diana Danielle..

Sunday, March 15, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Yang menarik mengenai dunia hiburan tanahair sepanjang minggu lepas

Elfira Loy berhijrah pada hari jadi yang ke 21.

Alhamdulillah, telah terbuka hati pelakon kecil molek ini untuk berhijab baru-baru ini. Manis sungguh Elfira bertudung, asyik mata saya memandang foto-foto terkini Elfira bertudung ketika majlis sambutan hari jadinya. Semoga menjadi contoh dan membuka hati anak-anak seni yang lain. Diharapkan Elfira akan istiqamah dan bijak memilih peranan yang lebih sesuai setelah penghijrahannya ini. Difahamkan Elfira sendiri mengatakan yang dia akan lebih menumpukan kepada bidang pengacaraan dan pengajiannya selepas ini, memperlahankan penglibatan dalam lakonan agar tidak menyusahkan pihak produksi dengan imej barunya. Berfikiran jauh anak muda ini. Bukan apa,  agak terkilan juga melihat satu telemovie baru-baru ini lakonan seorang pelakon muda wanita yang telah bertudung, tapi masih bersalaman dengan bukan mahramnya dalam telemovie tersebut. Mungkin masih dalam proses menyesuaikan diri dengan penghijrahannya barangkali? Anggap yang baik-baik saja sudah lah ye..

Selain Elfira, artis lain seperti pelakon jelita Che Ta dan pengacara tinggi lampai Hanis Zalikha juga turut terbuka hati untuk berhijrah...Alhamdulillah...semoga istiqamah...



Elfira Loy bertudung, harijadi ke 21, http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/ArticleID/149261/Elfira-Loy-Nekad-Bertudung-Sempena-Hari-Jadi-Ke-21.aspx

Manis sungguh Elfira bertudung
Sumber : Astro Gempak

Yang tidak menarik mengenai dunia hiburan tanahair sepanjang minggu lepas

Diana Danielle bergambar kurang sopan dalam majalah Esquire Malaysia.

Berbeza dengan berita semakin ramai artis wanita kita telah berhijrah, berita sensasi yang ditimbulkan oleh pelakon cantik, Diana Danielle amat mengejutkan saya. Pada pandangan saya (ini pandangan peribadi) , Diana adalah antara artis yang saya kategorikan sebagai artis yang bijak pandai (selain Neelofa dan Lisa Surihani). Apabila membaca berita sensasi ini, saya cuba untuk menyelami isi hati seorang wanita yang telah bergelar isteri dan ibu kepada seorang anak, apakah agaknya perasaan mahupun fikiran Diana ketika membuat srsi fotografi dengan pakaian sebegitu.

Saya cuba menyelami perasaan itu.

Tiada satu pun sebab yang logik mahupun munasabah yang terlintas di fikiran saya untuk keperluan berpakaian begitu.

Saya cuba menyelami dengan lebih dalam.

Gagal.

Hanya Diana sahaja yang dapat memberikan jawapannya.


0 comments:

Emergency Leave hari ni...

Friday, March 13, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera..


Hari ni terpaksa ambil emergency leave...sebab apa?

Cermin pintu kereta rosak, tak boleh tutup!

Macam-macam hal pula kereta ni sejak kebelakangan ni. Mula dari hari Sabtu lepas lagi, brek kereta berbunyi 'screechhhhh' bila ditekan. Lepas tu kadang-kadang bunyi macam bunyi angin. Lepas tu bukan nya setiap kali, ikut suka hati bila nak berbunyi.

Cermin pintu kereta tu memang sejak ada problem dah risau dah takut tak boleh tutup bila dah buka. Setiap kali lalu tol tak buka tingkap, buka pintu bila nak bayar. Kadang-kadang cuba juga buka separuh je tingkap tu, ok, takde problem. Kadang-kadang buka habis pun ok lagi.

Pagi ni tingkap tu buat hal. Bila start enjin tiba-tiba tingkap terbuka sendiri. Lepas tu saya pun cuba tutup. Cermin tertutup terus. Saya buka balik, sebab nak lambai mak. Cermin terbuka habis. Lepas siap lambai mak, saya pun cuba tutup cermin tingkap.

Tak boleh.

Cermin tak boleh tutup.

Puas saya tekan-tekan suis cermin tingkap tu, tetap cermin tak mahu naik.

Alamak, macam mana ni???

Nak teruskan juga pergi kerja, kalau on the way nanti hujan macam mana??

Kalau tak hujan pun, nanti kat tempat letak kereta takkan nak tinggal kereta macam tu je? Dengan cermin tingkap terbuka??

Jadi, takde pilihan nampaknya. Terpaksa la saya ambil emergency leave hari ni. Kalau ambil half day takut tak sempat siap.

Mahal ke kalau nak ganti suis tingkap kereta ni? Memang dah masanya pun suis tu rosak, dah 12 tahun usia kereta kelisa saya yang comel dan banyak berjasa tu..

Kalau anda pernah alami masalah yang sama, sudi-sudilah kongsi-kongsi kan berapa kos nak ganti suis tingkap ni ye!

0 comments:

---------- MH370 ----------

Sunday, March 08, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...

MH370 Sentiasa Dalam Ingatan



http://freeislamiccalligraphy.com/portfolio/fatihah-centered/


Semoga waris penumpang dan krew penerbangan MH370 tabah menghadapi hari yang mendatang.
InsyaAllah, suatu hari kebenaran akan muncul jua...


#MH370Setahun
#MH370AYearOn
#MH370
#PrayForMH370
#RememberingMH370



MH370 dalam kenangan, setahun tanpa berita




0 comments:

MH370 Dijumpai - Harapan yang tak pernah padam, doa yang tak pernah putus...

Sunday, March 08, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hari ini 7 Mac 2015.

Esok. 8 Mac 2015.

Genap setahun.

Genap setahun MH370 hilang tanpa berita pada 8 Mac 2014. Oh, sungguh cepat masa berlalu.


Fikiran kembali mengimbas masa setahun yang lalu. Masih saya ingat waktu itu saya baru sahaja membuka tv. TV3. Terus terlihat seseorang membuat pengumuman. Macam kenal. Kalau tak silap ini CEO MAS, Ahmad Jauhari. Ada beberapa orang pegawai berdiri di belakangnya. Terlihat ada caption Berita Terkini. Saya masih belum dapat menangkap apa yang sedang diumumkan. Kemudian saya terbaca satu ayat yang menyentap perasaan. Lebih kurang begini ayatnya:


'Pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dalam penerbangan ke Beijing hilang dari radar'

Hilang? Macam mana boleh hilang? Dalam.hati terasa debar yang tak dapat digambarkan.

Ah, mungkin ada kesilapan teknikal. Tak mungkin MH370 hilang begitu saja. Jika hilang dari radar sekali pun, mungkin pesawat itu mengalami masalah teknikal menyebabkan ia tidak dapat dikesan , tapi telah selamat mendarat di tempat lain. Tunggu saja sekejap lagi, pasti ada berita pesawat MH370 telah ditemui selamat mendarat.

Berita gembira itu tidak pernah kunjung tiba.

Sejak hari pertama MH370 hilang, saya tidak pernah ketinggalan mengikuti segala yang berkaitan dengan usaha pencariannya. Ternanti-nanti sidang media setiap hari. Saluran Astro Awani 24 jam terpasang di rumah saya. Ternanti-nanti agenda Awani, Awani 7.45. Ternanti-nanti Che Kem, Ashwad Ismail dan Rizal Zulkapli menyampaikan berita terkini dan mengulas kehilangan MH370. Saya mula tahu akan segala macam istilah penerbangan dan komunikasi(ping, immarsat, transponder) kenal individu-individu penting dunia penerbangan (terutama bekas kapten MAS Ahmad Huzlan), dan tahu segala macam teori yang ada kalanya tidak masuk akal langsung. Hari demi hari, harapan semakin menggunung dan doa semakin kerap dipanjatkan kepada yang Maha Kuasa. Sungguh, air mata tidak dapat ditahan-tahan setiap kali meletakkan diri saya di tempat waris penumpang MH370 yang hilang itu.

Setelah 30 hari berlalu, harapan semakin pudar. Kotak hitam tidak lagi mengeluarkan isyarat ping. Pencarian diteruskan, namun semakin sukar.

'Good night Malaysian 370'


Sukar untuk membayangkan apa yang berlaku selepas pilot mengucapkan kata-kata itu.

Apa agaknya yang berlaku? Masalah teknikal? Isyarat kecemasan tidak dapat dihantar ke menara kawalan? Pesawat hilang kawalan?

Bagaimana keadaan dalam pesawat ketika itu? Penumpang cemas? Anak-anak kecil menangis?

Segalanya kekal misteri sehinggalah MH370, insyaAllah ditemui satu hari nanti.

Satu hari nanti...


MH370, genap setahun kehilangannya


'MH370, please come back'

😦

0 comments:

4 Cara Tambah Pendapatan - Jom Bisnes!

Wednesday, March 04, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Anda ingin tambah pendapatan? Risau dengan pendapatan sekarang yang tak mencukupi? Baru awal bulan tapi gaji dah habis?

Jangan bimbang, anda tidak keseorangan, ramai lagi yang senasib dengan anda. Termasuklah saya!

Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini, ramai yang telah mencuba pelbagai cara untuk menambah pendapatan sampingan. Saya baru saja terbaca cerita seorang kenalan yang bercadang-cadang hendak tambah pendapatan dengan memulakan bisnes van sekolah. Menarik juga idea tu. Bermula dengan menghantar anak-anak kepada kawannya, kini telah ramai pula orang luar yang bertanyakan dan berminat dengan servisnya itu.

Setelah merayau-rayau di alam maya, berikut saya senaraikan idea-idea menarik untuk anda fikirkan jika anda bercadang untuk tambah pendapatan yang anda ada sekarang:

1. Belajar buat kek dan jual!
Walaupun harga barang semakin naik dan agak mystahil untuk turun, permintaan terhadap barang makanan tidak pernah berkurangan. Harga mahal walau macam mana pun kita tetap perlu makan, ye tak? Jadi, selain dapat menjimatkan wang setiap kali anak anda (atau isteri anda!) merengek dibelikan kek coklat yang sedap itu, anda juga dapat tambah pendapatan anda jika kek anda itu sedap, menarik, tertarik da boom untuk dijual! Err, apa-apa pun yang penting kerjasama anda perlulah belajar cara-cara membuat kek yang sedap itu. Saya pernah suatu ketika dulu membuat muffin dan menjual di pejabat, dan pernah juga menerima tempahan untuk majlis Hari Guru di sebuah sekolah. Tapi bisnes saya tak bertahan lama kerana kekangan masa. Untuk tempahan Hari Guru itu, saya tidak tidur malam untuk menyiapkannya. Balik kerja terus mengadap oven hingga esok pagi. Esoknya terus hantar tempahan ke sekolah dan kemudian terus ke pejabat. Memang boleh pengsan dibuatnya!

Ok, ok kembali kepada idea buat kek tadi. Jika anda ingin mulakan langkah membuat kek yang sedap, jangan tunggu lagi.
Anda boleh pilih samada klik sini untuk cara buat kek coklat yang sedap hingga menjilat jari, atau sini jika anda ingin mempelajari pelbagai resepi membuat kek cheese yang meleleh itu. Atau anda oleh juga belajar buat muffin (dan teruskan perjuangan saya yang terhenti separuh jalan) dengan cara mudah buat puding dan dessert yang disukai ramai yang ditunjukkan di sini.


2. Bisnes burger yang menguntungkan!
Tak perlu contoh yang susah, tengok saja pada artis Fizo Omar yang berjaya dengan bisnes Hot Burger nya. Tidak kira lah samada Hot Burger, Burger Bakar, Burgerbyte mahupun burger-burger yang sewaktu dengannya, bisnes burger ni ternyata dapat memberikan pulangan yang lumayan kerana burger memang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.
Boleh tengok panduan dan tips yang disediakan di bawah ini.


bisnes burger



3. Baju kurung baru untuk hari raya?
Baju kurung baru sudah semestinya ada dalam shopping list setiap insan bergelar perempuan setiap kali menjelang lebaran. Apa kata kali ini kita tukarkan shopping list tu menjadi order list? Bayangkan anda menjadi pembekal baju kurung yang menjadi idaman dan rebutan setiap wanita. Anda tidak putus-putus menerima tempahan sehinggakan anda kehabisan stok dan senarai panjang pelanggan yang menunggu-nunggu ketibaan stok baju yang baru?  Jakel Mall pun dah mulakan jualan hebat untuk persediaan lebaran, anda bila lagi?

Jakel Mall, diskaun, lebaran


Tidak perlu risau jika tidak pandai menjahit, cume perlu pelajari selok belok berniaga baju kurung di sini, dan anda akan menjadi orang tersenyum tidak henti-henti di hari raya ini setelah anda mampu tambah pendapatan dari bisnes baju kurung ini. Upah menjahit pun agak mahal kan sekarang. Kali terakhir saya menghantar baju untuk dijahit di sebuah kedai di Ampang Park, upahnya rm120 untuk sepasang baju kurung. Ok. Itu kali pertama dan terakhir saya hantar baju untuk dijahit di situ.



4. Roti canai? Putu?
Anda gemar roti canai? Apa kata daripada gemar makan roti canai, kita tukar kepada gemar buat roti canai. Kan lebih menguntungkan? Kalau anda (dan juga saya) tahu cara-cara buat roti canai, tidak perlu lagi beratur panjang atau menunggu lama di kedai mamak untuk breakfast setiap hari. Anda (dan juga saya!)boleh tebar roti canai sendiri! Setelah anda menjadi pakar dalam menebar roti canai, bolehlah kita bagi free testing kepada kawan-kawan @ jiran sebelah rumah. Setelah mereka semua terpukau dengan keenakan rasa roti canai anda yang lain daripada yang lain dan tiada tolok bandingnya, bolehlah anda mula menerima tenpahan untuk bisnes roti canai anda itu!

Setelah berjaya membuat roti canai yang sedap, lebarkan pula kehebatan anda dengan menguasai cara-cara membuat putu. Putu piring memang menjadi pilihan saya untuk minum petang. Putu bambu pula jadi pilihan ketika bulan puasa, dan yang selalu saya beli ialah putu bambu world. Tak kiralah sama ada putu bambu, putu piring mahupu putu-putu yang lain, jangan pandang rendah pada putu kerana putu mempunyai peminatnya yang tersendiri. Klik di sini dan kuasai cara membuat roti canai dan aneka jenis roti dan jadikan ia salah satu cara untuk tambah pendapatan anda!


Jika dilihatkan senarai di atas memang idea makanan yang menjadi pilihan. Kalau ikutkan saya mungkin idea baju kurung dan kek itu yang lebih dekat di hati. Banyak lagi idea-idea yang boleh anda terokai untuk menambah pendapatan, pokok rambutan pangkalnya usaha.

Kongsikan idea menarik anda di ruangan komen jika sudi! ☺


    

0 comments: