Drama Aku Bukan Bimbo : Watak Azad best!




Assalamualaikum & salam sejahtera...

Sangat suka watak Azad dalam drama Aku Bukan Bimbo!

Watak Azad yang dilakonkan oleh Zahiril Adzim ialah seorang yang sangat cool dan relax. Dalam babak marah pun masih cool. Dan yang paling best tak kelam kabut dan mendesak macam watak Dani Ikram! Azad lakonan Zahiril Adzim nampak lebih matured berbanding Dani. Zahiril Adzim memang sangat sesuai bawa watak Azad. Sangat sesuai. Berjaya buat penonton rasa apa yang Azad rasa.

Saya suka drama yang ada  'sesuatu' peristiwa yang penting, dan penonton dibawa hingga ke akhir episod untuk tahu ending peristiwa penting itu. Macam drama Aku Bukan Bimbo ini, isi penting nya ialah siapa orang sebenar yang bersalah dalam kemalangan yang mengakibatkan Elsuraya kehilangan ibu bapanya. Kemuncak drama ini terletak di situ, Ada beberapa drama dalam slot yang sama di Astro sebelum ini yang tiada isi penting ini, jadi dari mula episod hingga ke akhir episod penonton hanya dihidangkan dengan babak-babak yang lebih kurang serupa, contohnya dari episod pertama hingga akhir, isi utamanya hanyalah babak cemburu, bergaduh, berbaik semula yang diulang beberapa kali. Tiada something yang buat penonton tertunggu-tunggu episod seterusnya. Wah, saya dah jadi pengkritik drama yang tak bertauliah!

Antara babak-babak cool watak Azad:

watak Azad dalam Aku Bukan Bimbo

watak Azad dalam Aku Bukan Bimbo

watak Azad dalam Aku Bukan Bimbo




Satu lagi drama yang ada isi jalan cerita yang dibawa hingga ke episod-episod seterusnya ialah drama Tundukkan Playboy Itu. Sama macam drama Aku Bukan Bimbo, saya pun tak berapa suka dengan tajuk sebegini. Yang tak bestnya drama Tundukkan Playboy Itu disiarkan bermula jam 7 malam, jadi ada clash dengan waktu orang nak solat maghrib. Jadi saya pun tak berapa nak tonton drama ini, kecuali 'tertonton' satu episod. Kemuncak drama ini saya rasa ialah bila watak utama nya Harraz Naufal tahu identiti model misteri yang dicari-carinya itu.

harraz naufal dalam tundukkan playboy itu


Sekian sahaja kritikan daripada pengkritik drama tak bertauliah!

Baca juga :
Drama Aku Bukan Bimbo : Elsuraya bukan bimbo!
OST Aku Bukan Bimbo : Jatuh (Faizul Sany)




Bahan letupan berbentuk balang ditemui di KLCC?



Assalamualaikum & salam sejahtera....

"2 bahan letupan berbentuk balang di KLCC berjaya dimusnahkan" - Siakapkeli.my

Seram baca berita di atas.  Siapakah yang letakkan balang-balang itu?


bahan letupan ditemui di klcc
Setiap kali lalu depan KLCC memang rasa nak ambil gambar.

Rasa cemas bila baca berita ini bertukar lega bila disahkan 2 balang tersebut ialah bahan ujikaji yang ditinggalkan @ tertinggal oleh pelajar yang membuat lawatan ke Aquaria KLCC. Baca laporan di Astroawani.com di sini dan laporan Siakapkeli di sini/


Sangat membumbangkan jika 2 balang tersebut merupakan bahan letupan. Aquaria merupakan tempat tumpuan ramai dan kebanyakan pengunjungnya mungkin boleh dikatakan ialah golongan kanak-kanak bersama ibu bapa mereka atau pun rombingan pelajar sekolah. Tak dapat nak dibayangkan apa yang akan berlaku jika bahan letupan itu tidak ditemui dan dimusnahkan.

Balang tersebut ditemui oleh seorang petugas Aquaria KLCC yang kemudiannya meletakkannya di tong sampah berhampiran Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Convention Centre) itu, Difahamkan malam ini akan diadakan konsert artis antarabangsa, Richard Marx di pusat tersebut. Bila membaca mengenai 2 bahan letupan berbentuk balang ditemui dan dilaporkan pula mengenai konsert yang akan diadakan malam ini, saya tidak dapat mengelak daripada terus teringat insiden serangan di dewan Bataclan di Paris ketika konsert rock sedang diadakan.

Na'uzubillahi Min Zalik, moga dijauhkan oleh Allah daripada perkara tersebut...

Dunia hari ini memang sentiasa penuh dengan kejutan, Jika 2 balang tersebut bukan bahan ujikaji dan benar-benar bahan letupan, tajuk utama suratkhabar esok pastinya mengejutkan semua. Membaca suratkhabar pada zaman ini seumpama menonton kisah-kisah yang selama ini hanya digambarkan dalam filem (letupan sana sini, pembunuhan beramai-ramai, penindasan etnik, kebuluran di mana-mana, perang di sana sini, ibu campak anak dari tingkat 18, and the list goes on and on....).

Doakan yang baik-baik saja untuk semua...





Subhanallah...cantiknya fenomena gerhana matahari (9 Mac 2016)



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Fenomena gerhana matahari separa yang sempat saya rakamkan pagi tadi dari luar tingkap rumah..

Memang kalau pandang terus ke arah matahari nampak jelas matahari jadi bentuk bulan sabit sebab terlindung dengan bulan.


Subhanallah...


gerhana matahari separa 9 mac 2016

gerhana matahari separa 9 mac 2016

gerhana matahari separa 9 mac 2016






Kalau panjang umur, 26 Disember 2019 kita akan saksikan sekali lagi fenomena gerhana matahari ciptaan Tuhan ini...InsyaAllah.....



Fenomena gerhana matahari dapat dilihat esok (9 Mac 2016)



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Esok akan berlaku gerhana matahari.

Untuk info, gerhana matahari berlaku apabila bulan berada di kedudukan antara bumi dan matahari. Gerhana matahari penuh berlaku apabila bumi, bulan dan matahari berada dalam kedudukan sebaris, iaitu penjajaran garisan bumi, bulan dan matahari berlaku secara tepat. Ini akan menyebabkan matahari yang sedang bersinar akan perlahan-lahan menjadi gelap kerana dihalang oleh bulan yang berada di antara matahari dan bumi. Bumi juga akan menjadi gelap kerana cahaya matahari terhalang daripada sampai ke permukaan bumi kerana terlindung oleh bulan.

Di Malaysia, menurut Agensi Angkasa Negara, gerhana matahari separa dapat dilihat paling jelas di Kuching, Sarawak. Rakyat negeri itu berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa bermula dari jam 7:24 pagi dan berakhir pada 9:31 pagi.

Jika terlepas untuk menyaksikan fenomena gerhana matahari separa ini esok. anda perlu menunggu sehingga 26 Disember 2019 untuk menyaksikannya sekali lagi.

gerhana matahari esok 9 mac 2016


Fenomena gerhana matahari penuh dijangka dapat dilihat di Indonesia, bermula dari Sumatera di barat hingga ke kepulauan Maluku di Timur. Dilaporkan bilik-bilik hotel di kawasan tersebut telah habis ditempah oleh pelancong yang berminat untuk menyaksikan fenomena gerhana matahari penuh itu. Fenomena gerhana matahari penuh kali terakhir ialah pada 20 Mac 2015 yang lalu dan hanya dapat dilihat di Kepulauan Faroe Islands dan Norway.  Kawasan yang mengalami gerhana matahari penuh akan menjadi gelap seperti malam. Teringin pula rasanya nak berada di Indonesia dan alami sendiri keadaan gerhana matahari penuh ini.

Adalah dinasihatkan untuk tidak melihat secara terus ke arah matahari ketika fenomena gerhana matahari ini berlaku kerana boleh mengakibatkan buta kekal.

gerhana matahari separa di malaysia


Bagi umat Islam, marilah kita bersama-sama menghayati fenomena ciptaan Tuhan ini dengan mengerjakan solat sunat gerhana matahari. Boleh rujuk kaifiat atau cara mengerjakan solat sunat gerhana matahari yang disediakan di FB Bahagian Dakwah Jakim (klik sini)

Waktu afdal mengerjakan solat sunat gerhana matahari ini ialah sebaik sahaja berlaku gerhana sehingga berakhirnya gerhana dan keadaan kembali seperti biasa.

"Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah. Tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat gerhana, maka dirikanlah solat dan berdoalah sehingga kembali terang (hilang gerhana)" - Hadis Riwayat Muslim-

cara menunaikan solat sunat gerhana matahari


Baca juga : Subhanallah...cantiknya fenomena gerhana matahari (9 Mac 2016)


Menjelang genap 2 tahun kehilangan MH370...




Assalamualaikum & salam sejahtera...


2 hari lagi akan genaplah 2 tahun misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 239 penumpang beserta anak kapal berlepas dari KLIA pada jam 12:41 pagi dan dijadualkan tiba di Beijing, China pada 6:30 pagi hari yang sama.

Namun, MH370 tidak tiba di Beijing sehingga hari ini.

misteri kehilangan mh370
Sumber : Google

Sumber : Google


Pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri pada 24 Mac 2014 menyatakan bahawa penerbangan MH370 berakhir di kawasan Lautan Hindi di barat Perth Australia.

* Sewaktu memandang lautan yang luas terbentang saujana mata memandang ketika berada di Perth tahun lalu, hanya satu yang terlintas di fikiran saya - betulkah di sini berakhirnya penerbangan MH370? - *






Saya percaya bukan sahaja ahli keluarga waris yang terlibat menitiskan air mata ketika mendengar pengumuman itu dibuat. Saya pun sama. Masa dengar pengumuman itu, saya rasa macam tak percaya, rasa macam tak mungkin tak jumpa pesawat yang sebesar itu, rasa macam pasukan mencari dan menyelamat tidak cukup berusaha untuk mencari, dan rasa macam mustahil lah tak jumpa!

Tapi akhir sekali, walaupun pahit untuk diterima, sesungguhnya tiada apa yang mustahil jika sudah itu yang tertulis. Kun faya kun. Al-Fatihah untuk semua anak kapal dan penumpang yang terlibat...

Selepas flaperon yang disahkan milik pesawat MH370  ditemui di Pulau Reunion pada 29 Julai 2015, diharap satu lagi  penemuan terkini serpihan pesawat berkemungkinan milik MH370 di Mozambique pada 2 Mac 2016 yang lalu serta satu lagi penemuan serpihan kedua di Pulau Reunion pada 3 Mac 2016 diharap dapat mencerahkan lagi peluang merungkai misteri kehilangan MH370....InsyaAllah....











Drama Aku Bukan Bimbo : Elsuraya bukan bimbo!




Assalamualaikum & salam sejahtera....

Dengan keadaan kegawatan ekonomi dan politik tanahair yang tidak menentu, masih berminat nak tengok drama 'Aku Bukan Bimbo'?

drama aku bukan bimbo


Seperti yang saya baca di post PU Rahmat, dalam kegawatan ekonomi, filem di panggung masih catat jualan yang tinggi kerana orang sudah stress dengan kehidupan dan mencari ketenangan dan kegembiraan. Memang jalan terbaik hilamgkan stress ialah dengan kembali kepada ubat hati itu sendiri,iaitu dengan solat dan zikir sebagai makanan rohani.

berhibur untuk cari ketenangan?


Memang betul tak akan hilang stress dengan tonton drama, tapi dapat lupakan sekejap rasa stress itu, mungkin?

Drama 'Aku Bukan Bimbo' merupakan adaptasi novel 'Bimbo' karya Rin Ahmad. Saya tak berkenan dengan tajuk 'Aku Bukan Bimbo' ini sebenarnya. Perkataan bimbo itu sendiri berbunyi negatif. - beauty without brain. Dan setelah saya baca sedikit sinopsis online novel 'Bimbo' , rasanya macam tak banyak cerita mengenai bimbo pun dalam novel itu.

Watak utama Elsuraya (lakonan Nadiya Nisaa) itu sendiri ialah seorang arkitek, jadi agak mustahil arkitek without brain kan. Watak sepupu Elsuraya iaitu adik beradik kembar Jenna dan Jemima lakonan Ardella Aryana dan Falisha Crossley itu tak berani nak menjadi, nampak macam dibuat-buat karektornya. Mungkin juga sebab saya yangselalu membandingkan lakonan dalam drama dengan watak kembar dalam novel Bimbo itu sendiri. Turut berlakon dalam Aku Bukan Bimbo ialah Afifah Nasir (adik kepada pelakon Anzalna Nasir) yang memegang watak Diana, adik kepada Dani Ikram.Watak Dani Ikram lakonan Shaheizy Sam tak banyak beza dengan lakonan Sam dalam drama yang lain. Yang saya suka tonton ialah lakonan Zahiril Adzim yang memegang watak Azad, yang menjadi mangsa salah sangka Elsuraya. Cool saja watak Azad ini.

Kelainannya dalam drama 'Aku Bukan Bimbo' ini ialah tiada kisah kahwin sebab terpaksa atau kahwin tanpa cinta atau kahwin dengan pilihan keluarga  dan yang sewaktu dengannya macam dalam kebanyakan drama adaptasi novel yang lain. Episod yang menarik pastinya episod bila Elsuraya tahu yang orang yang patut dibencinya ialah Dani, bukannya Azad. Tak sabar nak tahu ending drama Aku Bukan Bimbo ini kerana dari review novel yang saya baca endingnya Elsuraya kahwin dengan Dani dan lepas itu dapat tahu yang Dani ada penyakit *. Betul ke?

Selamat menonton!

*update: Penyakit Dani ialah Bell's Palsy. Rujuk sini apa itu Bell's Palsy.

Baca juga :
Drama Aku Bukan Bimbo: Watak Azad best!
OST Aku Bukan Bimbo : Jatuh (Faizul Sany)


Deklarasi Rakyat @ Citizen's Declaration ditandatangani hari ini



Assalamualaikum  & salam sejahtera....


Deklarasi Rakyat atau Citizen's Declaration bagi memberi tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ditandatangani hari ini oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama dengan beberapa bekas pemimpin kanan negara, pemimpin pembangkang, aktivis politik dan ketua badan bukan kerajaan (NGO).

deklarasi rakyat
Credit : sinarharian.com.my

Saya tak pandai berpolitik dan kalau boleh tak nak blog ini bincang mengenai politik.

Sebagai rakyat biasa, kekalutan yang saya lihat dalam senario politik tanahair yang sudah berlarutan dan melarat sekian lama, perlu dicari penyelesaiannya. Perlu ada kesudahan dan penghujungnya supaya rakyat tidak terus terheret sama dengan kekalutan ini. 

Sudah cukup rasanya rakyat berdepan dan terbeban dengan kegawatan ekonomi dan sosial yang tidak berpenghujung,  perlukah ditambah dengan polemik politik yang celaru ini?

Adakah akan ada sinar di hujung terowong dengan tertandatangannya Deklarasi Rakyat hari ini?

Siapa yang  benar dan siapa yang salah, hanya Tuhan dan tuan punya diri yang tahu. Pihak yang bersalah semakin giat menyorokkan kesalahan dan pihak yang benar semakin dihimpit daripada terus mencari kebenaran.

deklarasi rakyat
Credit : FB Deklarasi Rakyat


Menonton jalan cerita keadaan politik Malaysia terasa seperti menonton kisah misteri di televisyen.

Tak sabar menanti misteri terungkai. Tak sabar nak tahu kesudahannya.