oh lhdn...bayaran cukai terlebih bayar ku....

Sunday, September 30, 2012 Ana 0 Comments

assalamualaikum & salam sejahtera....

hari khamis yang lepas saya telah menghubungi lembaga hasil dalam negeri..bertanyakan tentang cukai terlebih bayar saya...daripada surat lhdn bertarikh jun lepas, katanya kalo selepas tiga bulan masih tak dapat bayaran balik tu, sila la hubungi lhdn....saya pun dengan baiknya menunggu hingga tiga bulan.....


yang hampanya, bila saya call..."oh borang cik ni ada kesilapan dalam mengisi maklumat...cik salah isi....cik ada bayar zakat ke?....cik patut isi dalam ruangan zakat ni...saya akan hubungkan cik dengan bahagian audit....beritahu masalah cik....".....

kecewa la juga, tiga bulan berlalu, tapi borang hanya di semak bila saya call.....saya pun menjadi agak laser..."oh..takde surat pun yang bagitau ada kesilapan dalam borang saya....saya kena call baru borang saya akan dicheck dan baru tau ada silap isi ke?"...."memang cik...kami ada banyak borang untuk diproses..."....dalam hati saya..."kalo macam tu jangan la tulis selepas tiga bulan...sangka saya selepas tiga bulan tu kiranya dah settle la diproses.....hmmmmmm....."

time tengah kurang duit ni la teringat kat duit cukai terlebih bayar tu.....tu yang frust bila tau borang baru nak diproses....tapi yang melegakan bila bahagian audit tu sudi tolongkemaskinikan borang saya...dan bila saya "dipass" balik ke bahagian cukai terlebih bayar tu...."ok cik , borang dah dikemaskini...kami akan teruskan dengan proses untuk bayaran balik......"

legaaa......:D

0 comments: