#WW 2 : Realiti Kehidupan : Nilai Nyawa Berbeza Mengikut Tempat

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Wordless Wednesday WW #2
Realiti Kehidupan : Nilai Nyawa Berbeza Mengikut Tempat




















Malaysia 1 - UAE 2 : Tanda kebangkitan semula Harimau Malaya?


Assalamualaikum & salam sejahtera...

 
Tadi saya sempat menonton aksi Malaysia lawan UAE dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 di Astro Arena.

Keputusan lepas wisel penamat : Malaysia 1 - UAE 2.

malaysia lawan uae
Sumber : FB HarimauMalaya
Perlawanan ini lebih sekadar kepada perlawanan mempertahankan maruah selepas dikalahkan oleh UAE dengan jaringan besar 10-0 pada pusingan yang lepas. Untuk mara ke pusingan ketiga, peluang sudah tertutup selepas keputusan seri 0-0 Palestin melawan Arab Saudi.

Perlawanan diadakan di Stadium Shah Alam yang kosong sebagai hukuman insiden baling suar ketika perlawanan menentang Arab Saudi September yang lalu.

Selepas baru saja kalah 6-0 (sekali lagi!) dengan Palestin baru-baru ini, memang tiada harapan diletakkan kepada team Harimau Malaya untuk mencipta sebarang kejutan.

Jadi, adakah maruah berjaya dipertahankan dalam perlawanan tadi?

Nampak lah kesungguhan pemain dalam percubaan mendapatkan gol dan juga usaha mempertahankan gawang daripada dibolosi dengan jaringan yang lebih besar.

Tapi cara gol pertama yang berjaya diperolehi UAE itu memang agak mengecewakan, sebab berpunca daripada kesilapan Azamudin Akil yang ter 'pass' bola kepada pemain lawan, Omar Abdul Rahman yang sepak dengan mudah ke gawang Malaysia.

Gol tunggal Malaysia dijaringkan oleh Baddrol Bakhtiar, hasil sepakan percuma cantik daripada kapten Safiq Rahim. Rezeki 'pengantin baru' Baddrol Bakhtiar yang baru saja melangsungkan perkahwinan.

Apa-apa pun, berdasarkan perlawanan tadi, mungkin masih ada sinar harapan untuk pasukan Harimau Malaya memperbaiki lagi dan lagi dan lagi mutu perlawanan dan penguasaan bola di tengah padang. Dan sedikit keberanian diperlukan untuk mencuri bola dengan cara tarik-tarik baju atau siku-siku pemain lawan berhemah. Corak permainan pun perlu diperkemaskan lagi sebab kadang-kadang nampak kelam kabut kalau nak dibandingkan dengan UAE.

Yang pastinya, legaaaa sebab tidak bolos dengan 10-0 lagi!

Hello Soda - Ayaq Botoi - Achtung Coffee KL

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Jom kita cuba 3 jenama kreatif minuman segera yang diilhamkan oleh anak muda hari ini.


Ayaq Botoi

Siapa pernah terfikir nak buat jenama tempatan untuk air kopi yang dibotolkan? Mungkin ada tetapi saya yang tak perasan kan. Jenama tempatan 'Ayaq Botoi' memang suatu idea yang menarik dan segar. Kalau selama ini kita beli air kopi yang dibungkus dalam plastic dan diikat tepi atau diikat mati, kini Ayaq Botoi tampil dengan idea yang bersesuaian dengan zaman moden yang serba serbi nya hendak mudah dan pantas.


ayaq botoi
Sumber : MASSES

Menurut pengasasnya, Asyraf Suhaimi, jenama Ayaq Botoi ini timbul daripada ilham untuk memasarkan kopi Warung Tok Wan yang terkenal di Bagan Serai, Perak. Resepi kopi istimewa ini kemudiannya dipasarkan dengan lebih meluas sebagai minuman segera dalam botol. Kini penggemar kopi dan teh boleh menikmati Ayaq Botoi yang terdiri daripada 3 jenis minuman iaitu kopi O, kopi susu dan teh susu.

Jom follow Instagram @ayaqbotoi !



Achtung Coffee KL

Satu lagi jenama kreatif juga untuk produk kopi ialah Achtung Coffee KL. Jika resepi istimewa Ayaq Botoi datang dari Perak, kali ini resepi istimewa Achtung Coffee KL pula dibawa khas dari tempat asal pemilik jenama ini, Badrul Rashid, iaitu dari negeri Kedah.



achtung coffee kl
Sumber : FB Tempatan Fest


Achtung Coffee KL yang menggunakan biji kopi Robusta dalam ramuan istimewa itu, turut menyediakan biji kopi yang telah dikisar dan belum dikisar yang dibungkus dalam kemasan yang khas untuk pencinta kopi yang ingin menikmati kopi dengan cara mereka sendiri.

Jom follow Instagram @achtungcoffeekl untuk info-info menarik Achtung Coffee KL!




Hello Soda

Jika Ayaq Botoi dan Achtung Coffee KL menyediakan kopi dalam jenama yang baru dan kreatif, Hello Soda pula menawarkan kelainan dalam air soda yang dibotolkan dalam bekas kaca yang menggabungkan warna mengikut perisa air tersebut.

Penggemar soda boleh memilih daripada 7 perisa soda yang ditawarkan oleh Hello Soda, iaitu perisa  kola, strawberi, pisang, sarsi, mangga, anggur dan perisa asli.


hello soda
Sumber : FB MY HELLO SODA


Menariknya, menurut pengasasnya, Ruzita Sahid, botol Hello Soda ini dijual dalam botol yang berbentuk panjang dan runcing pada hari-hari biasa manakala untuk acara-acara tertentu, rekabentuk botol adalah mengikut jenis acara atau majlis yang diadakan.

Jom follow Instagram @myhellosoda !


Kreatif kan? Siapa sangkan, daripada benda/keperluan asas saja, iaitu minuman, boleh dijadikan sumber pendapatan dan buat duit dengan diolah idea kreatif untuk hasilkan sesuatu yang segar dan baru.

Apa lagi ek keperluan asas yang boleh dijenamakan dengan idea kreatif yang boleh memikat pelanggan?



Lazada Malaysia

Astro Oh Astro !

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Siaran Astro buat hal sejak hari Jumaat lepas. Sesetengah channel siarannya tak jelas, gambar pecah-pecah macam gambar time hujan sebelum dapat 'Service is currently not available' tu.

Ingatkan sekejap saja, sebab lepas 3atau 4 jam (lebih kurang), gambar di channel-channel yang terjejas nampak ok. Jadi saya tak call customer service Astro untuk buat aduan.

Tapi hari ini dah masuk hari ke-3 masalah ni berlarutan. Tak boleh jadi ni, kena juga call customer service Astro.

Saya: Hello Astro, saya nak tanya kenapa sesetengah channel Astro saya ni siaran gambar nya tak cantik, gambar macam pecah-pecah lepas tu kadang-kadang dapat 'Service is currently not available', padahal cuaca elok je kat sini, tak hujan pun?


Astro: Boleh cik berikan no akaun Astro, saya nak buat semakan.

(Lepas 5 saat)

Astro : Dekoder cik ni decoder lama ya cik, mungkin gangguan disebabkan decoder lama cik. Cik nak tukar kepada decoder baru?

Saya : Gangguan sebab decoder lama? Kenapa sesetengah channel saja yang problem?

Astro : Saya pun tak pasti cik. Mungkin cik boleh cuba buat...

(Macam-macam langkah diminta untuk buat )

(Masuk ke Menu dan buat Auto Configuration -- gambar sama juga tiada perubahan)
(Ketatkan wayar di belakang decoder --gambar sama juga tiada perubahan)


Saya : Sama juga, gambar masih ada masalah.

Astro : Kalau macam tu, kena panggil technician untuk periksa masalahnya cik. Sama ada panggil technician atau cik boleh tukar ke decoder yang baru.

Saya : Kalau lepas tukar ke decoder baru, masalah ni takkan jadi lagi?

Astro : Itu saya tak boleh jamin cik, ,mungkin akan terjadi lagi bila cuaca hujan. Cik nak saya uruskan untuk hantar technician dan periksa decoder cik? Untuk technician datang check, akan dikenakan bayaran RM XX.

Saya : Kena bayar?

Astro :  Ya cik. Sebab decoder lama dah tiada warranty. Atau cik boleh tukar kepada decoder yang baru dengan bayaran RM XX. Ini disertakan sekali dengan HD selama setahun, kalau cik tak nak HD , cik boleh downgrade kan selepas setahun.

Saya : Kalau tukar decoder saja tanpa HD?

Astro :  Boleh cik, Tapi cik dikenakan bayaran RM XXX.

Wow, pusing ikut mana pun dikenakan bayaran!

Saya : Oh kalau macam tu, tak apa lah, nanti kalau ada apa-apa saya call balik.

Disebabkan saya sangat tidak percaya gangguan itu disebabkan decoder lama, saya pun cuba mencari jika ada orang lain yang mengalami masalah yang sama.

Masuk ke FB Astro, jawapannya ada di sana.

Ramai yang merungut mengenai masalah yang sama! Dan memang pun masalah bermula sejak 2 @ 3 hari yang lepas. Dan yang paling menarik, yang guna decoder baru dan HD pun dapat masalah yang sama!







Customer service Astro yang menjawab panggilan dan admin FB Astro tidak berkongsi maklumat ke? Jika ada berkongsi maklumat, mesti customer service Astro sedar yang ramai pelanggan yang menghadapi masalah yang sama macam saya dan dah komplen di FB Astro, dan ia nya bukan disebabkan oleh decoder ya!

Baca juga:
Masalah gangguan siaran Astro : Dulu, kini dan selamanya...


Esok kebarangkalian sangat tinggi untuk masalah yang sama akan terjadi. Tak tahu nak mengadu pada siapa bila customer service Astro sendiri sangatlah tidak membantu.

Sampai bila begini?

Kepada customer service Astro, diharap dapat bekerjasama dengan mereka yang handle FB Astro supaya lebih updated daripada segi aduan pelanggan.

Kepada FB Astro, diharap dapat kongsi punca masalah ini dan penyelesaian nya di FB untuk manfaat semuaaaaa pelanggan Astro.

Sangat mengecewakan bila dengan mudahnya decoder lama dan cuaca hujan dijadikan alasan untuk mesej popular 'Service is currently not available' nya!  Sangat tidak membantu ok!

Musim tengkujuh ini nampaknya pelanggan Astro banyak 'menderma' kepada Astro, sebab siaran terganggu tapi bil tetap perlu dibayar penuh!







Ke IKEA ke Kita?

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Siapa sini suka pergi IKEA?

Saya!

Tapi dalam suka pergi pun, dalam setahun itu ada lah 2 atau 3 kali saja pergi IKEA.

Saya suka cuci mata (cuci mata tapi setiap kali pergi mesti ada 'hasil tangkapan' yang di bawa balik!) tengok barang-barang di IKEA. Kadang-kadang itu curi idea menghias pun ada juga. Tapi itu lah, tak selalu dapat pergi sebab IKEA di Mutiara Damansara agak jauh dari rumah.

Tapi segalanya akan berubah mulai 19 November ini!

IKEA akan membuka cawangan kedua nya di Cheras pada 19 November 2015 dan akan menjadi premis IKEA yang terbesar di Malaysia!. Sempena hari pembukaan, orang ramai berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik, daripada bag edisi terhad sehinggalah kad hadiah IKEA. Cara-cara untuk memenangi hadiah-hadian menarik ini boleh dilayari di FB IkeaMalaysia.




Dengan pembukaan cawangan kedua ini, bukan saja beri lebih peluang untuk orang ramai membeli belah, tapi juga membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Tinggal 5 hari lagi ke hari pembukaan, jangan lupa simpan dan tanda tarikh 19 November di kalendar anda!

Adakah kemungkinan besar saya akan ke IKEA Cheras setiap hari minggu selepas ini?

#JomShoppingDiIKEA


IKEA Cheras
24, Jalan Cochrane, Maluri, 
55100 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 
Malaysia



5 jenis lelaki di pejabat!

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Kita cerita pasal lelaki ya hari ini.

Ada apa dengan lelaki?

Cerita saya bukannya pasal cara-cara mencari lelaki idaman, cara-cara memikat lelaki atau mengenai ciri-ciri lelaki idaman Malaya, tapi nak cerita jenis-jenis lelaki yang biasa kita jumpa di pejabat.

Masa bekerja pejabat dulu, kebanyakan masa nya saya perlu berurusan dan bekerjasama dengan kaum Adam ini.

Memang selalunya kalau perlu hadiri meeting, saya lah satu-satunya lain jantina yang tersesat dalam meeting itu.



Sepanjang berurusan dengan kaum Adam ini, antara jenis-jenis lelaki yang saya perhatikan adalah:


Lelaki #1 : Jenis yang berlagak dan tunjuk kuasa
- Lelaki ini jenis yang suka 'pass' saja tugas kepada orang bawahan tanpa arahan yang jelas. Kalau ada masalah di kemudian hari, baru nak mengamuk menjerit-jerit bagi satu pejabat dengar. Bagi lelaki ini, selagi orang bawahannya tak pengsan atau masuk wad sebab bebanan tugas melampau, dia akan humbankan segala tugas kepada orang tersebut!
- Lelaki jenis ini agak bahaya juga. Kadang-kadang depan cakap lain, belakang kita cakap lain!


Lelaki #2 :  Jenis yang serba tahu @ buat-buat tahu
- Jenis yang pertama, team member yang agak senior. Lelaki senior ini selalunya mahu jadi orang yang serba tahu. Kadang-kadang kita baru hendak cerita mengenai sesuatu perkara, mereka akan dengan pantasnya kata mereka dah tahu, walaupun sebenarnya mereka tak tahu. Lepas itu, bila saya mula bercerita mereka pun akan bertanya itu dan ini (eh, bukan tadi kata dah tahu ke?). Disebabkan mereka senior, saya layankan saja!
- Jenis yang kedua, team member yang junior. Yang ini agak sakit hati. Jenis ini berlagak tahu semua benda. Bila diberi sesuatu tugasan, (disebabkan mereka berlagak tahu), mereka tidak akan bertanya soalan, dan yang lebih parah, mereka tidak tahu apa soalan nak ditanya sebab mereka sendiri tak tahu apa yang mereka tak tahu! (pening ek!)


Lelaki #3 : Jenis yang terlampau ramah
- Terlampau ramah di sini saya maksudkan sebagai terlebih ramah dalam perbuatan. Contohnya, terpegang tangan kita masa nak pegang mouse komputer (betul ke terpegang??), berdiri dekat-dekat sampai boleh dengar dia bernafas tepi muka kita masa kita nak tunjukkan sesuatu di skrin komputer dan banyak lagi situasi-situasi yang tak berapa nak menyenangkan.


Lelaki #4 : Jenis yang suka perempuan cantik sahaja
- Yang ini tak banyak saya nak komen. Jenis yang ini akan hulurkan pertolongan kepada rakan perempuan sepejabat yang cantik sahaja. Yang paling ketara masa ada pertukaran tempat duduk di pejabat. Kalau perempuan cantik , memang kalau boleh semua benda nak ditolong angkat kan ke tempat duduk yang baru. Kalau yang kurang cantik tu, memang dibiarnya angkat CPU, monitor, kerusi meja tu sendiri!


Lelaki #5 : Jenis yang menyenangkan semua orang
- Jenis yang ini memang menjadi sumber inspirasi dan motivasi saya untuk datang ke pejabat, buah hati di pejabat. Kehadiran nya disenangi, dan kalau satu hari tiada di pejabat, semua orang akan tercari-cari. Hormat pada wanita, boleh geng dengan semua lelaki , ringan tulang, ramah dan segala ciri-ciri yang baik ada pada lelaki jenis ini. Pasti ada seorang lelaki dari jenis ini dalam sesebuah pejabat kan. Dan walaupun setelah 13 tahun berlalu, saya masih lagi tak boleh lupa kan lelaki itu.


Ada tak lelaki-lelaki jenis seperti di atas di pejabat anda?

Ada lagi jenis-jenis lelaki di pejabat yang saya tertinggal kah?



Hanya berlaku di Jepun!

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Lewat sampai ke pejabat memang perkara yang biasa berlaku. Lewat boleh disebabkan oleh macam-macam perkara, macam traffic jam, kereta/motor rosak, anak tak sihat dan banyak lagi.

Sepanjang saya kerja pejabat dulu,setahu saya alasan yang paling banyak digunakan bila lewat sampai ialah LRT rosak atau LRT lewat sampai daripada yang dijadualkan.

Memang pun, banyak kali kawan-kawan saya yang bergantung kepada perkhidmatan LRT terpaksa berdepan dengan masalah LRT kerap rosak/lewat ini. Sampai di pejabat, terpaksa lah tulis sebab lewat : "LRT rosak". Terpulanglah kepada budi bicara boss untuk terima atau tidak alasan itu.

Tapi tahukah anda, apa yang berlaku di Jepun jika tren nya mengalami kelewatan atau kerosakan?



hanya di Jepun
Sumber : FB 9GAG


Baca juga:
Hanya perlukan 7 hari untuk baiki lubang sedalam 30 meter di Jepun!
The Mainichi, suratkhabar yang bertukar jadi pokok!

Di Jepun, adalah jarang sekali tren nya akan sampai lewat. Tetapi apabila kelewatan tren berlaku, pihak pengurusan tren memandang nya sebagai perkara yang serius. Konduktor tren akan bertemu dengan setiap orang yang berada di dalam tren untuk memohon maaf atas kelewatan, bukannya sekadar memohon maaf melalui pengumuman di dalam tren!

Walaupun kelewatan yang berlaku hanya selama 5 minit,  setiap seorang penumpang akan diberikan slip "Bukti Kelewatan" (Proof of Lateness), untuk diserahkan kepada boss di pejabat atau guru di sekolah untuk menunjukkan lewat sampai ke pejabat/sekolah bukanlah disebabkan kesilapan sendiri, seterusnya menyelamatkan orang yang lewat itu daripada terpaksa memberikan alasan!

Bangsa yang sangat kaya dengan budi bahasa!

Hebat kan? Saya tak pasti jika ini benar-benar berlaku di Jepun, tapi melihatkan budaya nya yang amat menghormati antara satu sama lain, memang tak hairan jika ia benar-benar berlaku.

Hanya berlaku di Jepun!

Selepas ke Osaka bulan April tahun lalu, tiba-tiba terasa nak ke Jepun pula sekali lagi.

Jom kita ke Jepun! ☺