Jadi lebih kaya selepas diberhentikan kerja?

Thursday, September 17, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...

"10,000 pekerja diberhentikan normal dalam pasaran buruh" ~ Menteri Sumber Manusia
(Sumber : Berita Harian)

"Kilang Naza buang 42% pekerja" ~ Pengurus Kanan Komunikasi Korporat dan Perhubungan Prinsipal Naza Corporation Holdings Sdn. Bhd. (NCorp)
(Sumber : Kosmo)


Agak menyedihkan baca berita-berita seperti yang di atas ketika kita sedang bergelut dengan keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu dan kejatuhan ringgit yang agak teruk kebelakangan ini. Golongan pekerja yang terlibat merangkumi kesemua peringkat kemahiran, seperti yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia, pagi ini.



Sumber : Utusan Malaysia 16/09/2015


Saya turut berkongsi perasaan anda yang terlibat dengan pemberhentian pekerja ini. Walaupun bagi kes saya agak berbeza kerana saya sendiri yang memilih untuk berhenti (dan tidak mengambil apa-apa skim pemberhentian), tapi perasaan hilang sumber pendapatan bulanan yang tetap tu memang agak sukar digambarkan. Ye lah, selama ini setiap hujung bulan pergi ATM cucuk kad akan keluar duit. Bagaimana pula selepas berhenti kerja/diberhentikan?

Jangan risau. Diberhentikan kerja bukanlah penghujung segala-galanya. Dunia belum kiamat. Sekarang ni ada baaaanyak cara untuk mencari sumber kewangan selain daripada makan gaji.

Ya, ianya mungkin sukar pada permulaannya. Tapi bak kata orang, alah bisa tegal biasa kan?

Ketika terbaca statistik di atas, saya terus teringatkan apakah jalan-jalan punca rezeki lain yang boleh membantu di kala anda menjadi sebahagian daripada angka dalam statistik di atas. Cari rezeki dengan berniaga? Berniaga online? Bagaimana nak mula? Boleh kah saya yang tak pernah berniaga ni tiba-tiba nak mula berniaga? Bisnes apa? Apa yang saya nak jual? Laku ke nanti? Ada ke orang nak beli barang yang saya jual?

Anda pernah dengar mengenai berniaga online barang borong dari China?

Saya pernah menulis mengenai e-book 'Rahsia Taobao Panduan Import Barang Dari China Secara Online' dalam entry terdahulu, rujuk di sini. Percayalah, e-book ini sangat mudah difahami, InsyaAllah boleh dijadikan panduan, walaupun anda tak pernah berniaga sebelum ini.


E-book ini ditulis oleh Nigel Ong, yang tergerak untuk menulisnya setelah mendengar kata-kata Dr Azizan Osman , "Sehebat-hebat seorang jutawan adalah apabila beliau berjaya melahirkan seorang lagi jutawan"...

Mengapa berniaga online?
- Modal yang sangat kecil
- Tidak melibatkan kos operasi yang besar
- Pengurusan yang sangat mudah dan ringkas
- Capaian pasaran yang lebih luas
- Tidak berisiko besar

E-book ini akan membantu anda langkah-demi-langkah memborong barang dari China (tanpa perlu tempah tiket kapal terbang dan pergi ke China!) dari hujung jari anda sahaja!

Antara tips yang dikongsikan dalam e-book ini:
- Tips produk yang baik untuk diborong!
- Tips produk yang jangan sesekali anda borong!
- Tips teknik mudah menjual secara online barang yang telah anda borong!


Rahsia Taobao Panduan Borong Barang dari China
Contoh penerangan terperinci dalam e-book hebat ini, siap dengan gambarajah dan langkah demi langkah


Rebutlah peluang untuk memiliki e-book 'Rahsia Taobao Panduan Import Barang Dari China Secara Online' hari ini. Cubalah, mana tahu, hikmah di sebalik diberhentikan kerja, anda menjadi usahawan online yang berjaya! (lebih berjaya daripada makan gaji, dan lebih masa untuk diri sendiri, InsyaAllah)...

 Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan!



P/S: Saya pun dah usha-usha barang di Taobao.com yang berpotensi untuk dijual ...:)




0 comments: