Fotografi : Jurufoto wanita lebih romantik?

Sunday, September 27, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...

"Kompang dipalu....pengantin baru...duduk bersanding...tersipu malu..."

Saya masih dalam mood pengantin. Hehehe, bukan saya yang kahwin ye, saya tumpang mood pengantin di kenduri kahwin petang tadi.

Kenduri kahwin di Dewan Berlian LJT, Wisma LJT, Taman Melawati tadi memang best. Best sebab makanannya sedap-sedap belaka! Malangnya, tak sempat nak ambil gambar sebab dengan pantasnya semua dah masuk dalam perut!

Nasi beriyani + Ayam Masak Merah + Ayam Goreng + Gulai Ikan Masin dengan Nanas + Daging Masak Itam + Dalca Sayur + Acar Buah
Yummy!

Saya terlupa nak ambil bisnes kad catering tu. Kalau tak silap , company nya Gezal Minhat Sdn Bhd. Anda boleh la google sendiri ya. Memang sedap lauk pauknya. Nak tambah nasi segan pula!

Sambil makan dan cuci mata tengok pengantin bersanding dan potong kek kahwin, saya teringat pada entry yang saya tulis mengenai jurufoto perkahwinan yang lalu. Memang saya tak lepas pandang jurufoto tu, nampak macam seronok kerjanya merakamkan saat-saat hari bahagia pasangan raja sehari ini. Jurufoto yang saya tengok ni gunakan kamera yang tidak lah nampak canggih sangat, macam kamera simple (hahaha kamera simple, saya tak tahu istilah fotografi untuk kamera biasa). Lepas habis makan nasi, saya tambah lagi lemak di perut dengan kuih-muih, bubur kacang dan kek , sebabnya nak duduk lama dan tengok lagi apa tugas-tugas jurufoto tu. Tercari-cari juga ada tak jurufoto wanita, tapi tak ada pula nampak orang perempuan yang pegang kamera DSLR tu.

Saya tengok tidak lah susah sangat kerja nya (tengok je memang la nampak senang kan!), tapi membayangkan bayaran yang diterima hasil kerja dalam bidang fotografi itu, memang patut lah semakin ramai yang berminat dengan kerja-kerja fotografi sekarang ni.

Jurufoto wanita jumlahnya masih kecil jika hendak dibandingkan dengan jurufoto lelaki. Walaupun tidak ramai wanita yang terlibat dalam bidang fotografi ini, tapi bak kata seorang jurufoto wanita:


"Jurugambar lelaki lebih kepada kreativiti tetapi jurugambar wanita lebih suka gunakan elemen yang menyentuh perasaan dan ia nampak lebih romantik apabila diadaptasikan dalam gambar kahwin"

(Sumber : Sentuhan Fotografi Wanita - Utusan Malaysia)


fotografi

fotografi

fotografi

fotografi

fotografi


Eh, gambar-gambar apa pula ni? Hehehhe ini gambar-gambar pemandangan yang saya rakamkan semasa bercuti di Perth Australia , Februari yang lalu. Cantik kan? Ada nampak macam gambar yang dirakam oleh jurufoto wanita professional tak? Poyo je!

Saya pun minat rakam gambar-gambar pemandangan ni. Tapi kalau nak terlibat secara serius dalam bidang fotografi sebagai jurufoto professional tu memang jauh lagi lah perjalanannya. Tapi tak salah kan kalau nak berangan-angan dulu. Angan-angan dulu lepas tu teruskan dengan usaha. Kita kayuh perlahan-lahan...

Kalau anda pun ada minat dalam bidang fotografi yang sama macam saya, apa kata kembangkan minat anda menjadi sumber pendapatan anda! Panduan 'Bisnes Fotografi' yang padat dengan info dan tips-tips yang mudah untuk anda (dan saya!) yang baru nak bermula dengan bidang fotografi ni.

Jom kita mula Bisnes Fotografi!

:)






0 comments: