Kelayakan Piala Dunia : Malaysia lawan Arab Saudi - pemenangnya Ultras Malaya?

Wednesday, September 09, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera....

Niat di hati nak tulis mengenai sambungan 'Beli barang online - selamatkah? (di sebalik tabir)' yang saya tulis di entry lepas, tapi dalam kepala masih teringat-ingat asap oren dalam perlawanan Malaysia menentang Arab Saudi di stadium Shah Alam malam tadi....

Saya menonton siaran langsung di Astro Arena malam tadi tanpa sebarang harapan untuk Harimau Malaya menang dalam game tu. Cukup la sekadar tak dibolosi pihak  lawan dengan jaringan yang terlalu besar macam lawan dengan UAE Khamis lepas. Di awal perlawanan, saya nampak stadium macam kosong. Dalam hati berkata-kata juga, mungkin penyokong-penyokong (especially Ultras Malaya) dah merajuk dengan Harimau Malaya, dah tak nak datang stadium untuk menyokong lagi. Tak boleh juga nak salahkan penyokong, mereka dah berdiri teguh di belakang pemain selama ini, tapi itu lah, hanya kekecewaan demi kekecewaan yang mereka dapat sebagai balasan. Menghampiri minit-minit terakhir separuh masa pertama, saya nampak macam penyokong beramai-ramai memenuhi satu bahagian stadium, dan mula menyanyi kan sesuatu. Pada sangkaan saya, mesti la nyanyian membakar semangat pemain untuk terus berjuang. Lewat malam tadi baru saya tahu yang rupa-rupanya mereka menyanyikan kata-kata mengutuk FAM.....

Berakhir separuh masa pertama tanpa jaringan. Lega? Lega sebab masih bertahan walaupun pada pandangan saya yang tak pandai main bola ni, nampak pemain-pemain sangat struggle, bertungkus lumus, kelam kabut, tunggang langgang untuk mempertahankan gawang daripada dibolosi. Gol oleh Safiq Rahim pada minit ke 70 hasil umpanan cantik Amri Yahyah dan Wan Zack Haikal sedikit mengubat kerisauan di hati. Dalam hati dah mula berkata-kata, tolonglah defend je lepas ni, tak payah la ghairah sangat nak cari gol lagi, nanti hilang focus gol bolos lagi.

Dan mimpi ngeri memang jadi kenyataan. Penyakit lama kembali lagi. Dapat rasa happy sekejap je, dah dihancurkan dengan ledakan gol Arab Saudi pada minit ke 73 dan 76.

Dan akhirnya, segala perasaan tak puas hati peminat bolasepak tempatan yang telah terbuku sekian lama, diluah kan pada minit ke 88.

ultras malaya baling suar
Gambar kredit www.siakapkeli.my

Melihat kepada tajuk laporan akhbar-akhbar utama dan yang viral di media sosial pagi ini, "Ultras Malaya bakar suar", "Ultras Malaya melampau", "Ultras Malaya protes FAM", apakah agaknya hala tuju dan masa depan bolasepak negara kita? Ramai yang mengatakan tindakan membakar suar adalah memalukan negara, tetapi mungkinkah ini saja caranya yang tinggal untuk menunjukkan protes kepada FAM?


Pemain-pemain memang dah kerah tenaga 200% dalam perlawanan malam tadi. Tapi adakah semuanya telah terlewat ? 



0 comments: