Anda suka selfie, upload kat FB dan dapat banyak Like?

Saturday, February 28, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...





Senyum...☺☺☺ tak perlu kata apa-apa...anda suka selfie pastu upload gambar kat FB?

Saya sharekan di sini dari FB...petikan dari ceramah Ustaz Zaharudin Abd Rahman di 'Seminar Sebelum Bernikah' pada 14 Februari 2015...jawapan kepada soalan kawan-kawan saya yang bertanyakan kenapa saya upload gambar bercuti ke Perth baru-baru ni di FB, tapi kalau upload gambar sorang tak nampak muka...nampak gambar dari belakang atau dari jauh saja...tapi saya ada juga upload gambar beramai-ramai bersama ahli keluarga yang lain...😊 takpe kot?

Ada banyak pendapat orang ramai...ada yang kata gambar beramai-ramai atau wefie tak mengapa...contoh gambar kat kenduri kahwin ke..kat majlis di pejabat ke...gambar masa kursus/seminar ke...yang tak bolehnya ialah gambar yang agak mengada-ngada...contohnya..selfie buat mata juling ke...selfie buat muka itik/duck face ke...selfie buat gaya-gaya yang ala-ala macam comel je..macam cantik je....pastu upload kat FB dengan tujuan nak dapat banyak LIKE....

Semoga kita semua menjadi orang yang lebih baik...insyaAllah....😊😊😊😊😊




 

0 comments:

Refinance rumah anda...

Friday, February 27, 2015 Ana 59 Comments


Refinance rumah anda...


Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hari ini saya nak kongsikan pengalaman saya membuat urusan pembiayaan semula rumah (refinancing). Saya telah membuat refinance untuk rumah teres satu tingkat saya yang terletak di Bangi. Sebelum buat keputusan nak refinance, puas juga saya merayau-rayau ke blog-blog pakar hartanah yang expert dalam hal-hal refinance ni...macam blog Abang Ensem , blog Farid Punya Blog , blog Eyriqazz.com , blog matjoe dan banyak lagi blog yang lain. Banyak juga urusan yang terlibat dalam proses refinance ni. Dari proses nak pilih bank, urusan dengan lawyer, valuer, pejabat tànah dan bank asal pinjaman.

Baca juga :
Harga rumah akan turun?
Buat duit dengan rumah sewa
Hak milik strata, deposit rumah dan pinjaman bank yang tak diluluskan...

Bermula dari 12/12/14, saya menghantar dokumen yang diperlukan ke Bank Islam (boleh rujuk imoney.com untuk senarai dokumen...tapi lebih baik confirmkan dengan bank yang anda nak buat refinance tu supaya tak payah nak berulang alik ke bank banyak kali). Hampir sebulan, selesai urusan dengan Bank Islam, sign Letter Offer pada 06/01/15...bermula pula urusan dengan lawyer dan valuer...dengan valuer dah settle pada 24/01/15 (saya ingatkan settle valuer dulu baru sign doc dengan bank..rupanya sign dulu sebab nak cepatkan urusan)... sekarang ni tinggal urusan dengan lawyer...lawyer kena settlekan dengan pejabat tanah dan uruskan pembayaran baki loan dengan bank asal...kata pejabat lawyer tu..insyaAllah hujung bulan 3 boleh settle dan dapat baki cash...kalau betul boleh settle hujung bulan 3 baguslah...seiring dengan surat berhenti kerja saya nanti...☺


Langsaikan pinjaman perumahan dalam tempoh 5 tahun atau kurang? Boleh ke? Tuan Azizi Ali kongsikan tips nya dalam buku beliau 'Langsaikan Pinjaman Perumahan Anda Dalam Tempoh 5 Tahun Atau Kurang - Edisi Ketiga'. Dapatkan di sini! 




Dugaan juga sebenarnya nak buat refinancing ni..panjang prosesnya..selain tu, dugaan lain ialah bila nak tentukan harga refinance tu...ini berbalik kepada tujuan kita nak buat refinance..ada yang refinance untuk dapat duit lebih nak renovate rumah, nak buat modal bisnes...ada yang refinance untuk dapat modal buat pelaburan hartanah lain...dugaan bagi saya bila nak decide nak refinance pada harga yang mana...ikut market value atau harga yang lebih rendah...akhirnya saya buat keputusan refinance pada harga yang lebih rendah bila memikirkan saya pun tiada punca pendapatan bila saya insyaAllah berhenti kerja bulan depan....harapkan duit refinance itu untuk membayar loan monthly sementara saya mem finalkan satu plan projek sebagai ganti gaji bulanan saya nanti...besar harapan saya projek itu akan berjalan lancar...aminnn...

 

59 comments:

Saya nak berhenti kerja...saya dah penat...

Thursday, February 26, 2015 Ana 3 Comments

assalamualaikum & salam sejahtera...

Berhenti kerja makan gaji bulan depan? Ya. Saya nekad berhenti kerja bulan depan.

Saya sekarang bekerja di sebuah bank di ibu kota. IT Department. Jawatan? Ada banyak nama untuk jawatan saya. Manager. Assistant Vice President. Specialist. Senior Executive. Itu semua tidak penting bagi saya. Ia hanyalah nama jawatan. 13 tahun saya bekerja di bank yang sama. Masuk hari ini, secara tepatnya, 13 tahun 22 hari. Bagi saya itu sudah cukup lama. Bagi sesetengah orang, itu baru setahun jagung.

13 tahun, dengan pendapatan terkini belum mencapai 5 angka. Sepadan kah gaji dengan kerja? Mungkin saya tidak cukup cemerlang untuk mendapat kenaikan gaji yang lebih tinggi?? Saya redha. Ada orang yang lebih baik. Yang lebih layak mendapat kenaikan gaji yang tinggi setiap tahun.

Saya dah penat. Saya nak berhenti kerja.

Penat dengan tugas adalah perkara biasa. Masih boleh diterima. Itu adat. Tetapi saya lebih penat dengan keadaan tempat kerja. Semakin hari semakin menyesakkan. Sesak pemikiran. Sesak dengan pelbagai karenah birokrasi. Sesak dengan pelbagai peraturan baru yang diwujudkan dengan alasan untuk menambah baik sistem sedia ada. Adakah sistem menjadi lebih baik? Lebih kurang masalah berbanding dulu?

Tidak.

Semakin ramai yang tidak berpuas hati. Semakin ramai yang berhenti dan berhijrah ke tempat lain. Adakah kami tidak boleh menerima pembaharuan? Adakah kami begitu rigid?

Saya dah penat. Saya nak berhenti kerja.

Penat dengan tugas yang semakin tidak masuk akal. Tugas yang memerlukan saya sentiasa alert..sentiasa on call. Sentiasa ada bersedia untuk menjawab panggilan pada bila-bila masa diperlukan. Saya bukan doktor. Doktor yang bergaji besar pun tidak bertugas seperti saya. Adakah saya MENYESAL ambil course Sains Komputer dan bekerja di bidang IT?
Tidak. Saya tidak menyesal.

Tapi saya dah penat. Saya nak berhenti kerja.
berhenti kerja, i quit, saya dah penat


Saya tidak larat lagi menanggung beban kerja seorang diri. Saya tiada team kah? Macam mana pula seorang berjawatan managet tidak ada orang bawahan? Ya. Saya ada team member. Saya ada orang bawahan. Tapi mereka tidak berminat dengan kerja. Setakat membuat ikut arahan. Jika tidak disuruh, kerja tidak akan dibuat. Jika ada masalah, mereka tidak dapat selesaikan. Masih perlu merujuk saya. Call centre masih terus menelefon saya walaupun yang bertugas minggu itu adalah orang lain. Kenapa? Kerana orang itu tidak menjawab panggilan. Orang itu balik kampung. Tiada coverage di kampungnya.


Saya dah penat. Saya nak berhenti kerja.


Saya tidak mampu lagi membuat keputusan sendiri. Sebarang masalah dengan sistem, saya yang perlu fikirkan sendiri penyelesaiannya. Tiada yang benar-benar ada pengetahuan yang sama seperti saya yang mampu saya bawa berbincang bersama. Saya harus fikirkan semuanya sendiri.


Saya dah penat. Saya nak berhenti kerja.


Saya penat melatih team member yang baru. Curahkan segala ilmu tetapi kemudian mereka berhenti kerja. Curahkan segala ilmu tetapi saya saja yang beria-ia. Mereka hanya menunggu disuap. Tidak ada inisiatif bertanya. Hanya berminat selesaikan tugas di pejabat kemudian balik. Sebarang masalah dengan sistem tetapi jika berlaku luar waktu pejabat, mereka serahkan kepada saya. Saya ada untuk selesaikan. Itu yang tertanam di kepala mereka. Generasi kini (bukan semua) ambil mudah semua perkara. Tiada inisiatif. Tiada minat untuk mendalami tugas mereka. Kenapa? Kerana saya ada. Mereka tahu saya ada sebagai tempat bergantung. Inilah SIKAP generasi kini (bukan semua ya)!


Saya dah penat. Sangat penat. Saya nak berhenti kerja.


Ya Allah, tetapkan hati ini supaya nekad dengan keputusan untuk berhenti. Tiada lagi langkah ke belakang. Rezeki ada di mana-mana. Berusahalah untuk mencari. Wang ringgit bukan keutamaan saya di saat ini. Apa yang lebih utama adalah ketenangan hati.

Saya berdoa dan berharap saya mampu menulis surat berhenti kerja itu bulan depan. Doakan saya.


Saya dah penat.



3 comments:

Anugerah MeleTOP ERA - Aman AF ada harapan menang Artis Baharu Meletop

Sunday, February 22, 2015 Ana 2 Comments

*** update: tahniah Ayda Jebat yang menang kategori ni...takpe Aman..cuba lagi kategori lain tahun depan...☺ ***


assalamualaikum & salam sejahtera...




Aman AF Artis Baru Anugerah MeleTOP ERA, ada harapan menang sebab Without You best
Without You - Aman AF2014

Indah, indahnya hatimu
Lembut namamu membuat aku
Tenang atas jalan terang
Mudah, mudahnya caramu
Membuka pintu hati aku
Kau bukakan semua nyata
Jangan, jangan pernah pergi
Tolong datang kembali
Ku kan tetap mencari
Untuk membalas baikmu
Untuk menjaga dirimu

Without you
Aku hilang keliru
Without you
Aku diam membisu
Siapalah diriku
Yang berdiri tanpamu
Hilang, hilang dalam diri
Kotak hatimu dibelai sepi
Malam mu nantikan hariku
Jangan, jangan pernah pergi
Tolong datang kembali
Ku kan tetap mencari
Untuk membalas baikmu
Untuk menjaga dirimu

Without you
Aku hilang keliru
Without you
Aku diam membisu
Siapalah diriku
Yang berdiri tanpamu
Without you
Aku hilang keliru
Without you
Aku diam membisu
Siapalah diriku
Yang berdiri tanpamu



Aman AF Artis Baru Anugerah MeleTOP ERA, Without You & Cinta Suci Jadi Saksi
Aman calon feveret anda untuk kategori Artis Baru MeleTOP malam ini? Aman sendiri tak sangka akan tercalon untuk kategori itu sebab Aman pun masih baru dalam industri hiburan kan...itulah dikatakan tuah ayam nampak di kaki...tuah manusia siapa yang tau...dah rezeki Aman tercalon...kalau menang pun rezeki dan jadi satu bonus buat Aman...☺ Sebagai peminat Aman yang tak berapa nak aktif ni (saya tak aktif sangat..sekadar ikuti perkembangan Aman di media sosial...kecuali ada sekali tu terover excited pegi Alamanda Putrajaya, jumpa Aman n sempat snap gambar Aman 10-20 kali...hahahhhah)..mestilah saya pun harap Aman menang malam ni...walau macam mana pun tak boleh nak dinafikan kan persaingannya sengit....Firman AF, Ayda Jebat, Atikah Suhaimie dan Amyra Rosli..rasanya lebih baik kalau diasingkan artis baru kategori pelakon dan artis baru kategori penyanyi...senang sikit buat pilihan.. ye tak? ...àpa-apa pun kita nantikan Anugerah MeleTOP Era 2015 jam 8.30pm di saluran Astro Ria, Astro Prima dan Maya HD....👍


Anda rasa Aman boleh menang malam ni? Kongsikan ramalan anda di ruangan komen, timakaseh...





2 comments:

Cinta Ilahi...kasihan Hud kecewa....frust menonggeng..!

Friday, February 20, 2015 Ana 0 Comments

assalamualaikum & salam sejahtera...

Hari ni busy dengan aktiviti mengemas rumah...banyaaaak betul baju kurung lama yang dah tak boleh dipakai disebabkan kain telah mengecil (ok..ok...badan dah membesar...@ dalam kata lain, dah gemuk!)...mula-mula ingat nak iklan kan prelove baju kurung kat carousell...lepas tu fikir-fikir balik malas pula...ye la, kalau dah mengadap carousell tu memang sampai ke sudah la tak siap saya mengemas! Memang tak siap pun...kena sambung esok....

Tengah lepak-lepak sambil mengupdate blog ni...saya pun layan la drama Cinta Ilahi kat TV3....lakonan Johan A'saari dengan Diana Amir....

Cinta Ilahi TV3, Johan A'sari, Diana Amir, despatch, Hud, Maryam


Selalu nya saya tengok gitu-gitu je drama ni...tap malam ni ter focus sikit...sebab kasihan tengok watak Hud lakonan Johan yang frust menonggeng bila tahu gadis pujaannya Maryam (lakonan Diana Amir) rupa-rupanya dah bertunang...tak baik tau Maryam ni..dah bertunang , tapi layan Hud macam nak beri harapan pada mamat tu..tengok la scene-scene Hud frust sepenuh jiwa raga ni....

Cinta Ilahi TV3, Johan A'sari, Diana Amir, despatch, Hud, Maryam


Cinta Ilahi TV3, Johan A'sari, Diana Amir, despatch, Hud, Maryam


Memang saya pun kurang pasti dan kurang faham...apa rasionalnya Maryam dan keluarganya (ayah Maryam ialah seorang ustaz, lakonan Shamsul Ghau Ghau) merahsiakan yang Maryam dah bertunang....mereka pun tahu dan nampak perasaan Hud pada Maryam...tapi tak seorang pun yang memaklumkan kepada Hud...yang tambah saya tak faham...mak Hud pun tahu yang Maryam dah bertunang..tapi merahsiakan daripada Hud....mungkin saya ada ter miss episode-episode lepas yang berkaitan dengan misi pe rahsia an ini...

Cinta Ilahi TV3, Johan A'sari, Diana Amir, despatch, Hud, Maryam

Sakit nya hati Hud tu saya boleh faham....macam mana rasanya bila harapan yang tinggi diletakkan pada seseorang...dan bila kebenaran muncul...harapan itu hancur ranap sekelip  mata....


Jangan letak harapan kepada manusia kerana anda mungkin akan terluka dan dilukai...letakkan harapan kepada Allah kerana Allah tidak akan sesekali menghampakanmu..


Cinta Ilahi TV3, Johan A'sari, Diana Amir, despatch, Hud, Maryam

Cinta Ilahi TV3, Johan A'sari, Diana Amir, despatch, Hud, Maryam

Cinta Ilahi TV3, Johan A'sari, Diana Amir, despatch, Hud, Maryam

Jangan pula jadikan ujian ini sebagai pematah semangat...dan berputus asa dengan rahmat Allah....teruskan berharap kepada-Nya...

Cinta Ilahi TV3, Johan A'sari, Diana Amir, despatch, Hud, Maryam

Cinta Ilahi TV3, Johan A'sari, Diana Amir, despatch, Hud, Maryam

Disebabkan saya dah terfokus tengok episode drama ni kali ni...maknanya 'terpaksa' lah saya focus sekali lagi minggu depan...itu la bahayanya drama bersiri....once dah follow ...forever kena follow.....:P

Anda pernah frust macam Hud? Sudi sudi lah kongsi pengalaman anda di sini ☺


0 comments:

Malaysia Airlines #keepflying .....Maxis #ThisIsMyName ...

Friday, February 20, 2015 Ana 0 Comments

assalamualaikum & salam sejahtera...

Setiap kali musim perayaan, pasti kita tidak akan terlepas menonton iklan-iklan yang sarat dengan mesej-mesej yang menarik. Baik iklan yang berbentuk humor, sehinggalah kepada iklan yang menyayat hati dan menyentuh perasaan..

Saya sempat menonton 2 buah iklan yang dimuatnaik ke YouTube dari 2 syarikat gergasi yang sarat dengan mesej di sebalik iklannya......iaitu Malaysia Airlines dan Maxis..


Iklan Malaysia Airlines bertajuk 'Blessings - A Malaysian Story - #keepflying' yang berdurasi 11 minit 52 saat itu mengisahkan seorang doctor gigi yang terlalu focus kepada tugasnya akhirnya sedar yang perkara paling utama dan bernilai dalam kehidupan adalah kasih sayang dan penghargaan.

iklan Tahun Baru Cina Malaysia Airlines, #keepflying


iklan Tahun Baru Cina Malaysia Airlines, #keepflying


Filem pendek karya Linus Chung dan Mohd Hisham Saleh

iklan Tahun Baru Cina Malaysia Airlines, #keepflying

"If we focus on being a blessing, we are always blessed in abundance"
(Jika kita fokus kepada mencari keberkatan/kebaikan, kita akan sentiasa dilimpahi dengan keberkatan/kebaikan...)

iklan Tahun Baru Cina Malaysia Airlines, #keepflying

iklan Tahun Baru Cina Malaysia Airlines, #keepflying

 

Kata-kata yang amat bermakna dan menyentuh hati...nilai yang semakin dilupai dalam kehidupan  moden hari ini....

Iklan Malaysia Airlines ini turut dibintangi oleh pelakon terkenal tanahair, Adibah Noor dan Fauziah Nawi..

iklan Tahun Baru Cina Malaysia Airlines, #keepflying, dbintangi Fauziah Nawi dan Adibah Nor

iklan Tahun Baru Cina Malaysia Airlines, #keepflying, dbintangi Fauziah Nawi dan Adibah Nor


Iklan Maxis bertajuk #ThisIsMyName pula mengisahkan seorang budak lelaki yang pada awalnya malu dengan nama yang diberikan oleh ibu bapanya kerana maksud namanya dianggap bertentangan dengan sifat dirinya...pengalaman yang dilalui akhirnya membuatkannya memahami erti sebenar di sebalik namanya...mesej di sebalik cerita ini ialah kita seharusnya berbangga dengan jati diri kita sendiri dan tidak perlu berlakon untuk menjadi orang lain....

Maxis, iklan Tahun Baru Cina, #ThisIsMyName, iklan malaysia yang bermesej

Maxis, iklan Tahun Baru Cina, #ThisIsMyName, iklan malaysia yang bermesej


Maxis, iklan Tahun Baru Cina, #ThisIsMyNameMaxis, iklan Tahun Baru Cina, #ThisIsMyName, iklan malaysia yang bermesej

Maxis, iklan Tahun Baru Cina, #ThisIsMyName, iklan malaysia yang bermesej
 
Maxis, iklan Tahun Baru Cina, #ThisIsMyName, iklan malaysia yang bermesej

Maxis, iklan Tahun Baru Cina, #ThisIsMyName, iklan malaysia yang bermesej

Maxis, iklan Tahun Baru Cina, #ThisIsMyName, iklan malaysia yang bermesej

Maxis, iklan Tahun Baru Cina, #ThisIsMyName, iklan malaysia yang bermesej
 

"Your name means more than words. It carries your parents' hopes"
(Nama anda membawa erti yang lebih besar daripada sekadar perkataan. Ia membawa harapan ibu bapa anda")

Maxis, iklan Tahun Baru Cina, #ThisIsMyName, iklan malaysia yang bermesej

Maxis, iklan Tahun Baru Cina, #ThisIsMyName, iklan malaysia yang bermesej

Maxis, iklan Tahun Baru Cina, #ThisIsMyName, iklan malaysia yang bermesej

Lesson learnt...orang lain tidak akan memandang rendah kepada kita melainkan kita yang membenarkan mereka memandang rendah kepada kita.....


**Bangga dengan iklan Malaysia yang bermesej sebegini....kalau bole diperbanyakkan lagi iklan-iklan seperti ini dan tidak perlu menunggu untuk tontonan di musim perayaan sahaja....

0 comments:

Happy Chinese New Year 2015..

Thursday, February 19, 2015 Ana 0 Comments

Happy Chinese New Year 2015, Year of the Goat, Gong Xi Fa Cai!

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hujan lebat kat luar malam ni, tapi mercun berdentum-dentam tak berhenti...special sikit mercun kali ni...bunyi meletup kuatnya macam bunyi bom!

Apa-apa pun...Selamat Tahun Baru Cina, Happy Chinese New Year, Gong Xi Fa Cai bagi yang merayakannya....tahun ni tahun kambing...tahun lahir saya termasuk dalam tahun kambing...tapi yang pasti saya takde kaitan dengan kambing ye!

Gong xi, gong xi, gong xi ni ya gong xi, gong xi, gong xi ni....

Antara banyak-banyak lagu tahun baru cina, bagi saya lagu ni yang paling best sekali...puas saya cari liriknya (hahaha macam la tau nak nyanyi kan! hmmm...kan best kalo pandai cakap Mandarin...)...akhirnya jumpa kat satu blog ni. Mari kita nyanyi sama-sama!


Credits to :
http://shanghaiexpatlife.blogspot.com/2008/02/that-gong-xi-gong-xi-gong-xi-ni-song.html


Gong Xi Gong Xi Ni

每条大街小巷
mei tiao da jie xiao xiang
每个人的嘴里
mei ge ren di zhui li
见面第一句话
jian mian di yi ju hua
就是恭喜恭喜
jiu si gong xi gong xi
恭喜恭喜恭喜你呀
gong xi gong xi gong xi ni a
恭喜恭喜恭喜你
gong xi gong xi gong xi ni

冬天已到尽头
dong tian yi dao jing tou
真是好的消息
zhen shi hao di xiao xi
温暖的春风
wen nuan di chun feng
就要吹醒大地
jiu yao chui xing da di
恭喜恭喜恭喜你呀
gong xi gong xi gong xi ni a
恭喜恭喜恭喜你
gong xi gong xi gong xi ni

浩浩冰雪融解
hao hao bing xue rong jie
眼看梅花吐蕊
yan kan mei hua tu rei
漫漫长夜过去
man man chang ye guo qu
听到一声鸡啼
ting dao yi shen ji ti
恭喜恭喜恭喜你呀
gong xi gong xi gong xi ni a
恭喜恭喜恭喜你
gong xi gong xi gong xi ni

经过多少困难
jing guo duo shao kun nan
历经多少磨练
li jing duo sao mo lian
多少心儿盼望
duo shao xin er pan wang
盼望春的消息
pan wang chun de xiao xi
恭喜恭喜恭喜你呀
gong xi gong xi gong xi ni a
恭喜恭喜恭喜你
gong xi gong xi gong xi ni

1
In every avenue and street
From the mouth of everyone
The first sentence when we meet
is congratulations
Congratulations, congratulations, congratulations to you
Congratulations, congratulations, congratulations to you

2
The winter has come to an end
That's really good news
The warm breeze of the spring
will wake up the earth
Congratulations, congratulations, congratulations to you
Congratulations, congratulations, congratulations to you

3
The heavy snow has melted
The plums are about to blossom
The endless dark night is over
We hear the crowing of a rooster
Congratulations, congratulations, congratulations to you
Congratulations, congratulations, congratulations to you

4
After so much difficulty
with so much discipline
How many hearts are looking forward
To the news of spring
Congratulations, congratulations, congratulations to you
Congratulations, congratulations, congratulations to you


**Baru tau yang Gong Xi Fa Cai tu maksudnya Congratulations....teramatlah ketinggalan zaman betul saya ni!

0 comments:

Siapa nak kaya??

Wednesday, February 18, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Anda nak kaya? Nak ada simpanan 2.5 juta setelah anda pencen nanti?

Apa punya soalan la ni kan..? Siapa yg tak nak kaya? Semuaaaaa org nak kaya!



Saya baru je dikunjungi ejen unit trust saya untuk menambah bilangan unit amanah...biasa le..saya menambah pun mengharapkan duit epf....masa sembang2 dgn ejen tu dia sempat la bagi sepatah dua nasihat kewangan nih...ejen tu pada saya seorang yg berjaya tau...bijak urus kewangan (kalo bandingkan dgn saya la...kalo dgn org lain, ada yg lagi hebat)...

Ejen tu asalnya vendor IT kat ofis saya ni...itu pun freelance...kontrak sekejap2 je...dia lebih seronok buat keje as ejen unit trust...selain tu ada gak buat part time photographer...rumah dah ada 3 bijik...2 disewakan kat orang..loan rumah semua dah settle..loan kereta pun dah abis bayar...dalam setahun ada la 2-3 kali dia melancong overseas...credit card takde...beli semua guna cash...katanya misi nak ada 3 juta atau lebih once dah bersara...bila saya tanyakan sekarang dah byk ke simpanan? Mesti dah sampai 1 juta kan? Selamba je dia jawab blum sejuta lg...skrg baru 1/3..wah dah 300k tu...hebat-hebat....kaya-kaya....

"Cuba awak fikirkan harga nasi lemak 20 tahun yg lepas, 50 sen boleh dapat sebungkus kan? Kalo skrg? Skrg harga sebungkus dah 2 @ 3 kali ganda...awak bayangkan lah harga nasi lemak 20 thn yg akan datang"

Analogi nasi lemak yg diterangkan ejen tu membuatkan saya berfikir panjang.....rasanya jual nasi lemak jika kena caranya pun bole buat seseorang itu jadi kaya....hendak atau tak nak je...di mana ada kemahuan di situ ada jalan kan....setakat niat nak kaya tapi takde usaha...memang hampeh le...blum terlewat lagi nak mulakan langkah agresif mengumpul kekayaan nih (nak kaya camana nye kalo sumber pendapatan dari makan gaji je )...kena usaha dan usaha lagi dan lagi untuk cari jalan tambah sumber rezeki....byk je caranya...online bisnes...pelaburan emas...main saham..unit trust...jualbeli hartanah....dan macam2 lagi....(setakat tulis idea kat sini buatnya tidak 😁)

Bila saya hadiri seminar percuma Dr Azizan Osman Kuasai Potensi Diri kat Wisma Mca 25 Jan yg lepas...memang berkobar-kobar la nak kaya...lebih2 lagi bila Dr cakap dia baru je beli 54 buah rumah (ternganga kejap bila dengar Dr cakap camtu). Saya sebiji rumah pun tak abis2 bayar lagi nih...tapi memang byk la yg dikongsikan Dr dalam seminar tu...nak tau lebih lagi kena hadiri kursus Intensif Magnet Kejayaan & Kekayaan...saya dah miss yg baru dibuat 5-8 Feb lepas....ye la time tu kat Australia lagi....

Saya pun tengah menyusun langkah ni....nak cari sumber rezeki lain untuk capai matlamat berhenti keje makan gaji....nak kaya tu memanglah impian semua orang tapi masih jauh lagi dari genggaman...takpe.. slow n steady  (steady ke??)..

Yang penting, selain usaha menjemput rezeki dan tawakal...doa pada Yang Maha Kuasa yg paling utama....insyaAllah...rezeki ada di mana-mana....☺
Dalam satu buku menjemput rezeki yg saya baca...mudahnya menjemput rezeki sebenarnya...laksanakan tugas kita sebagai hamba...nescaya akan dipermudahkan segalanya untuk kita...insyaAllah....

Di bawah ini salah satu buku yang boleh dijadikan panduan dalam mencari kekayaan dunia yang diberkati...rezeki yg berkat ni penting tau...kalo rezeki tak berkat memang kita akan selalu rasa tak pernah cukup dgn apa yg ada...masalah bertimpa-timpa...hidup haru biru..byk juga yg dikongsikan dalam buku ini...amalan dan petua menambah rezeki...punca2 rezeki sempit..dan byk tips2 yg lain...dapatkan buku ini dan terokailah sendiri rahsia2 rezeki yg belum anda ketahui.....

Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini!






0 comments:

Cinta Suci Jadi Saksi-Aman AF2014 & Elfira Loy

Sunday, February 15, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Memang teruja nak tengok telemovie ni...nak tengok camane la Aman yg pemalu tu berlakon...☺


Aman AF2014, Elfira Loy dalam Cinta Suci Jad Saksi...Without You memang sesuai jadi lagu tema!
Comel ☺☺


Aman AF2014
Comel lagi☺☺☺☺☺


As a beginner, ok la lakonan Aman tu...cuma kadang2 expression muka tu cam sama je utk situasi yg berlainan...hehe cam bagus je nak komen lakonan org ek...nanti kena serang dgn peminat Aman...gurau jek! ☺

Aman AF2014, Elfira Loy dalam Cinta Suci Jad Saksi...Without You memang sesuai jadi lagu tema!
Beria Aman makan ☺

Aman AF2014, Elfira Loy dalam Cinta Suci Jad Saksi...Without You memang sesuai jadi lagu tema!
Suka part tgh beli seluar ni ☺

Aman AF2014, Elfira Loy dalam Cinta Suci Jad Saksi...Without You memang sesuai jadi lagu tema!
Selepas adegan kuyup dibasahi hujan

Aman AF2014, Elfira Loy dalam Cinta Suci Jad Saksi...Without You memang sesuai jadi lagu tema!
Bahagia bersama walaupun Fira tak pandai masak ☺


Aman AF2014, Without You :(
Serius 😐


Aman AF2014 - Without You
Sedih 😂


Aman AF2014
Lagi sedih 😂

Aman AF2014
Tak sangka last2 hero mati...😢...ingatkan happy ending....




                                                        

0 comments: