Cinta Ilahi...kasihan Hud kecewa....frust menonggeng..!
Hari ni busy dengan aktiviti mengemas rumah...banyaaaak betul baju kurung lama yang dah tak boleh dipakai disebabkan kain telah mengecil (ok..ok...badan dah membesar...@ dalam kata lain, dah gemuk!)...mula-mula ingat nak iklan kan prelove baju kurung kat carousell...lepas tu fikir-fikir balik malas pula...ye la, kalau dah mengadap carousell tu memang sampai ke sudah la tak siap saya mengemas! Memang tak siap pun...kena sambung esok....
Tengah lepak-lepak sambil mengupdate blog ni...saya pun layan la drama Cinta Ilahi kat TV3....lakonan Johan A'saari dengan Diana Amir....
Selalu nya saya tengok gitu-gitu je drama ni...tap malam ni ter focus sikit...sebab kasihan tengok watak Hud lakonan Johan yang frust menonggeng bila tahu gadis pujaannya Maryam (lakonan Diana Amir) rupa-rupanya dah bertunang...tak baik tau Maryam ni..dah bertunang , tapi layan Hud macam nak beri harapan pada mamat tu..tengok la scene-scene Hud frust sepenuh jiwa raga ni....
Memang saya pun kurang pasti dan kurang faham...apa rasionalnya Maryam dan keluarganya (ayah Maryam ialah seorang ustaz, lakonan Shamsul Ghau Ghau) merahsiakan yang Maryam dah bertunang....mereka pun tahu dan nampak perasaan Hud pada Maryam...tapi tak seorang pun yang memaklumkan kepada Hud...yang tambah saya tak faham...mak Hud pun tahu yang Maryam dah bertunang..tapi merahsiakan daripada Hud....mungkin saya ada ter miss episode-episode lepas yang berkaitan dengan misi pe rahsia an ini...
Sakit nya hati Hud tu saya boleh faham....macam mana rasanya bila harapan yang tinggi diletakkan pada seseorang...dan bila kebenaran muncul...harapan itu hancur ranap sekelip mata....
Jangan pula jadikan ujian ini sebagai pematah semangat...dan berputus asa dengan rahmat Allah....teruskan berharap kepada-Nya...
Disebabkan saya dah terfokus tengok episode drama ni kali ni...maknanya 'terpaksa' lah saya focus sekali lagi minggu depan...itu la bahayanya drama bersiri....once dah follow ...forever kena follow.....:P
Anda pernah frust macam Hud? Sudi sudi lah kongsi pengalaman anda di sini ☺
0 comments: