Malaysia Airlines #keepflying .....Maxis #ThisIsMyName ...
Setiap kali musim perayaan, pasti kita tidak akan terlepas menonton iklan-iklan yang sarat dengan mesej-mesej yang menarik. Baik iklan yang berbentuk humor, sehinggalah kepada iklan yang menyayat hati dan menyentuh perasaan..
Saya sempat menonton 2 buah iklan yang dimuatnaik ke YouTube dari 2 syarikat gergasi yang sarat dengan mesej di sebalik iklannya......iaitu Malaysia Airlines dan Maxis..
Iklan Malaysia Airlines bertajuk 'Blessings - A Malaysian Story - #keepflying' yang berdurasi 11 minit 52 saat itu mengisahkan seorang doctor gigi yang terlalu focus kepada tugasnya akhirnya sedar yang perkara paling utama dan bernilai dalam kehidupan adalah kasih sayang dan penghargaan.
Filem pendek karya Linus Chung dan Mohd Hisham Saleh
"If we focus on being a blessing, we are always blessed in abundance"
(Jika kita fokus kepada mencari keberkatan/kebaikan, kita akan sentiasa dilimpahi dengan keberkatan/kebaikan...)
Kata-kata yang amat bermakna dan menyentuh hati...nilai yang semakin dilupai dalam kehidupan moden hari ini....
Iklan Malaysia Airlines ini turut dibintangi oleh pelakon terkenal tanahair, Adibah Noor dan Fauziah Nawi..
Iklan Maxis bertajuk #ThisIsMyName pula mengisahkan seorang budak lelaki yang pada awalnya malu dengan nama yang diberikan oleh ibu bapanya kerana maksud namanya dianggap bertentangan dengan sifat dirinya...pengalaman yang dilalui akhirnya membuatkannya memahami erti sebenar di sebalik namanya...mesej di sebalik cerita ini ialah kita seharusnya berbangga dengan jati diri kita sendiri dan tidak perlu berlakon untuk menjadi orang lain....
"Your name means more than words. It carries your parents' hopes"
(Nama anda membawa erti yang lebih besar daripada sekadar perkataan. Ia membawa harapan ibu bapa anda")
Lesson learnt...orang lain tidak akan memandang rendah kepada kita melainkan kita yang membenarkan mereka memandang rendah kepada kita.....
**Bangga dengan iklan Malaysia yang bermesej sebegini....kalau bole diperbanyakkan lagi iklan-iklan seperti ini dan tidak perlu menunggu untuk tontonan di musim perayaan sahaja....
0 comments: