Tahniah Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-7!

Friday, May 11, 2018 Ana 0 Comments


Tahniah Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-7!


Assalamualaikum & salam sejahtera....


Rakyat Malaysia mahu kan perubahan dan kini rakyat Malaysia telah bersuara. Apa yang paling membanggakan, rakyat Malaysia sehati sejiwa memilih jalan yang betul melalui prinsip demokrasi dalam menuntut perubahan demi melihat Malaysia yang baru. Rakyat Malaysia tidak memilih kekerasan, tidak memilih tunjuk perasaan di jalanan. Rakyat Malaysia dengan penuh semangat menzahirkan tanggungjawab dalam memilih barisan kepimpinan baru yang diharapkan melalui saluran yang betul. Berduyun-duyun pulang ke kampung, beramai-ramai turun ke tempat mengundi dan sanggup berbaris panjang menanti giliran, semata-mata untuk menggunakan kuasa jari keramat memangkah calon pilihan.

Tahniah rakyat Malaysia!


Pilihanraya yang paling bersejarah untuk Malaysia dan juga untuk saya. Dalam pilihanraya-pilihanraya yang lepas saya berjaga juga hingga lewat malam tapi untuk pilihanraya kali ini gagah juga bersengkang mata hingga jam 3:30 pagi menonton satu demi satu keputusan yang mengejutkan ramai pihak. Selepas jam itu memang saya menyerah kalah'  lah dan masuk tidur. Memang tak mampu tandingi Tun Dr Mahathir yang mungkin tak tidur agaknya malam itu. Hebat Tun!









Ramai yang tak menjangkakan kerajaan Malaysia akan bertukar dalam pilihanraya kali ini. Malah ada saya terbaca di Facebook seorang individu yang mempunyai syarikat penerbitan yang berjanji akan memberikan diskaun sehingga 90 peratus untuk setiap buku terbitannya jika kerajaan bertukar dalam pilihanraya kali ini. Diskaun itu pula bukan hanya untuk tempoh tertentu tapi untuk selama-lamanya! Beliau berani berjanji sedemikian rupa kerana begitu yakin peralihan kuasa tidak akan berlaku. Adakah penerbit itu berani untuk menunaikan janji tersebut? 😎😎😎


Selamat berkhidmat kepada barisan kepimpinan yang baru. Semoga harapan dan kepercayaan rakyat tidak dikhianati dan semoga rakyat sentiasa didahulukan dalam apa jua tindakan dalam kepimpinan nanti!



0 comments: