Hari ini 9 Mei 2018, Malaysia Memilih...

Wednesday, May 09, 2018 Ana 0 Comments


Hari ini 9 Mei 2018, Malaysia Memilih...



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba.

Inilah hari nya.

Hari ini Malaysia memilih.

Hari ini, 9 Mei 2018, seramai 14.9 juta rakyat Malaysia yang berdaftar sebagai pengundi di seluruh negara akan membuat pilihan di 8253 pusat mengundi.

Pilihan yang akan menentukan siapa yang bakal menduduki 222 buah kerusi Parlimen dan 505 buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pilihan yang akan menentukan hala tuju negara Malaysia untuk tempoh 5 tahun akan datang.


Malaysia memilih 2018

Malaysia memilih 2018



Pilihanraya umum ke 14

Saya dah selesai mengundi seawal jam 8.45 pagi tadi. Sampai di pusat mengundi Sekolah Rendah Agama Integrasi Taman Keramat jam 7.50 pagi. Dengan yakinnya terus melangkah dan beratur di saluran 5 sebaik saja dapat masuk ke pusat mengundi yang dibuka jam 8 pagi. Jiran sebelah rumah beratur di belakang saya di barisan yang sama. Suami beliau bertugas sebagai pemerhati di saluran 2. "Berapa nombor siri?" tanya si jiran. "Alamak kena ingat nombor siri ke?" Cuak pula saya dengan soalan akak jiran itu. "Senang sikit kalau ada nombor siri, cepat sikit nak semak. Nah, amik hp ni check" kata akak jiran sambil hulurkan hp beliau yang dah tersedia terpampang aplikasi MySPRSemak itu. Tak lama menunggu dalam barisan dan akhirnya tiba giliran saya. Kerani pertama menyemak nombor siri dan nombor kad pengenalan. Dipandangnya MyKad saya dan wajah saya bergilir-gilir (banyak kali 😃) hingga akhirnya kami sama-sama tersenyum 😁😁😊. Dipegangnya kedua-dua belah tangan saya untuk pastikan tiada jari yang dah bertanda.

Bergerak pula ke kerani kedua.

"Tulis guna tangan kanan kan?"  Saya mengangguk lantas dicelupnya jari telunjuk kiri saya ke dalam bekas dakwat. "Tak pekat pun dakwat ni, senang hilang ni" Saya mengomel sendiri dalam hati (tunggu lama sikit nanti dakwat itu akan jadi pekat seperti inai di jari 😁😁😁) Bergerak pula ke kerani ketiga sambil pada masa yang sama nama dan nombor MyKad saya dibaca kuat oleh kerani pertama. Kertas undi kini di tangan dan saya bergerak ke tempat memangkah undi.  Kertas undi dibuka dan mata mencari-cari kotak calon 'pilihan hati' untuk dipangkah. Tak sampai 2 minit, kertas undi selamat dipangkah dan selamat masuk ke dalam kotak undi.


Malaysia memilih 2018



Done mengundi.

Menurut SPR, setakat jam 12 tengahari tadi seramai 47% pengundi berdaftar telah keluar mengundi (jam 1 petang sudah mencapai 55%). Ya, rakyat Malaysia begitu teruja untuk mengundi pada pilihanraya kali ini.

Debaran menantikan keputusan pilihanraya ke 14 dijangka bermula seawal jam 8 malam nanti. Sama-sama kita nanti siapa yang kena akan menjadi pilihan rakyat.

Saya dah tunaikan tanggungjawab saya. Anda bagaimana?

Undi saya. Undi anda. Undi kita.

Setiap undi amat berharga.

Undi lah dengan bijak.

👍👍👍

0 comments: