Salam Jumaat. sayyidul ayyam....




Assalamualaikum & salam sejahtera.....

Salam hari jumaat, salam sayyidul ayyam, penghulu segala hari....

Dah baca surah Al-Kahfi? Surah Al-Kahfi ada 110 ayat, kalau tak dapat nak baca semua sekaligus. jom kita baca sikit-sikit setiap kali lepas solat fardhu atau sunat. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit!

Kata-kata motivasi hari ini...

Credit : FB Nour Academy





Credit : FB Nour Academy




Credit : FB Nour Academy

Dugaan hari ini : Power stereng rosak




Assalamualaikum & salam sejahtera...

Siapa yang pernah bawa memandu dan tiba-tiba stereng kereta anda jadi keras tak boleh nak pusing?
Siap ada bau terbakar lagi?

Dugaan ketiga saya ketika memandu berlaku hari ini!

Selepas dugaan tayar kereta pancit tengah jalan dan dugaan kereta tak boleh start baru-baru ini, tengahari tadi sekali lagi saya diuji.

Yang paling bersyukurnya saya ialah masalah itu berlaku ketika dah hampir nak sampai ke rumah. Tak dapat saya bayangkan kalau berlaku masa memandu kat tengah jalanraya yang sibuk!

Lagi 5 minit nak sampai ke pintu rumah, saya pun dengan konfidennya belok ke simpang kanan macam biasa. Yang tak macam biasanya ialah stereng kereta saya (kereta mak saya) tiba-tiba jadi keras, tak boleh nak pusing! Saya dah pun separuh masuk ke simpang kanan itu. Ada kereta lain yang hon saya mungkin marah sebab saya tiba-tiba kereta saya berhenti tak bergerak-gerak menghalang laluannya.

Saya ingatkan saya ada terusik gear, dan termasuk gear lain, ataupun handbrake tak angkat (tak logik juga kan sebab dah jauh perjalanan dah nak sampai ke rumah pun), tapi bila check memang tak berlaku pun benda-benda itu.Saya cuba juga sekuat hati pulas stereng itu dan kereta pun bergerak sedikit ke tepi jalan. Terus saya berhentikan enjin tak berani nak teruskan perjalanan,

stereng kereta tak boleh pusing dan ada bau terbakar

Tambah pula ada bau macam benda terbakar, mula lah saya panik. Di kepala terus terfikir takut kereta ini meletup! Terus saya cepat-cepat kemas barang dan minta anak saudara saya keluar dari kereta. Saya tinggalkan kereta di tepi jalan dan saya dan anak saudara pun berjalan kaki lah di tengah-tengah terik matahari itu ke rumah.

Macam biasalah kalau ada problem dengan kereta, memang akan minta bantuan daripada pakcik saya. Pakcik saya kata mungkin ada masalah dengan hos power stereng sebab itu stereng jadi keras. Masa pakcik saya drive bawa balik kereta itu ke rumah pun katanya memang susah nak pulas stereng. Nanti esok kena hantar kereta ke bengkel untuk repair apa yang patut.

Memang panik bila berlaku benda-benda macam itu, tapi sangat bersyukur sebab tiada benda buruk yang berlaku. Yang paling teruk boleh saya bayangkan ialah saya tengah nak masuk simpang tiba-tiba stereng tak boleh nak gerak dan masa yangs ama ada kereta laju datang dari arah bertentangan. Na'uzubillahi Min Zalik, moga dijauhkan oleh Allah daripada perkara tersebut...


Baca juga:
Bateri kereta yang mahal...
Cerita hari ini : Langit tidak selalunya cerah





Tan Sri Muhyiddin Yassin umum kekal dalam UMNO



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Tan Sri Muhyiddin Yassin umumkan kekal dalam UMNO.


Dalam sidang media yang disiarkan secara langsung di Astro Awani jam 11 lebih pagi tadi, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan akan kekal dalam UMNO dan meneruskan perjuangannya menegakkan kebenaran dari dalam UMNO sendiri. Menurut TSMY, tiada sebab untuk beliau meninggalkan UMNO kerana parti itu sendiri tidak bersalah. Yang bersalah adalah pemimpin parti itu yang terlibat dalam melakukan ketidakadilan dalam amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.


Teruskan perjuangan TSMY!

Keputusan ujian darah saya...



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Hari ini saya dapat result ujian darah yang saya buat Sabtu lepas. Doktor minta saya buat ujian darah sebab untuk kali ke-2 nya saya sakit lutut lagi. Sakit lutut kali ini lebih teruk daripada sakit bulan lepas.


Sakit lutut kali ini lagi kronik sampai tak dapat nak update blog selama beberapa hari minggu lepas. Apa kaitan sakit lutut dengan tak dapat nak update blog? Bukannya menaip guna lutut kan? Hehehe, sebab kronik sangat sakit lutut sampai tiada idea nak update blog. (Alasan!)

Disebabkan doktor suspect asid urik tinggi, doktor pun cadangkan saya buat ujian darah. Dan resultnya saya ambil hari ini.

Adakah kadar asid urik dalam darah saya tinggi?

Bacaan asid urik yang rendah tapi patutnya lebih rendah lagi.
Bacaan kolesterol yang sanngat bagus sampai doktor pun jealous!


Tak tinggi pun!

Masih dalam julat kadar yang normal. Tapi....

Tapi kata doktor, untuk umur saya sepatutnya kadar itu lebih rendah daripada yang tercatat dalam result itu, Jadi kiranya tinggi juga lah asid urik saya itu,  Julatnya antara 0.14 hingga 0.34. Result saya 0.22. Tapi bagi umur saya, doktor kata kadar yang lebih baik ialah antara 0.14 hingga 0.16. Kesimpulannya sakit lutut saya disebabkan kadar asid urik ini.

Baca juga: Sakit lutut yang teruk hari ini!

Selain bacaan asid urik,  result ujian darah itu juga menunjukkan bacaan kolesterol dan gula dalam darah, Doktor kata bacaan kolesterol saya sangat bagus! Sampai doktor pun jealous sebab katanya dia pun ambil ubat untuk kawal kolesterol sebab bacaan kolesterol nya tinggi. Bukan sebab doktor tak jaga makan, tapi dah memang keturunan katanya.

Untuk bacaan gula dalam darah pula, julat yang bagus adalah antara 3,9 hingga 6.0 (kalau kita berpuasa sebelum buat ujian darah dan kurang daripada 8 kalau kita tak berpuasa). Bacaan gula dalam darah saya ialah 3.7. Terkurang lah pula daripada bacaan minimum 3,9.  Yang ini tak bagus sebab doktor kata kalau kurang sangat gula dalam darah boleh sebabkan mudah pitam.

Terkurang pula gula dalam darah, Ok lepas ini boleh minum
air manis banyak-banyak!

Harapan saya sakit lutut ini akan sembuh sepenuhnya dan tak berulang lagi bulan depan, Tak sanggup nak menanggungnya setiap bulan.

Tapi kan, mungkin juga sakit lutut ini bukan disebabkan bacaan asid urik tinggi, Entah-entah sebab berat badan dah bertambah!

:P






Petronas lepaskan 1000 orang pekerja & Samsung berhentikan 620 orang pekerja. Apa selepas ini?



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Berita-berita kurang menarik mengenai pemberhentian pekerja di zaman ekonomi tidak menentu ini:

1. Kilang Samsung di Seremban ditutup, 620 orang pekerja terjejas. - Sinar Harian

2. Petronas akan lepaskan maksimum 1,000 pekerja dalam 6 bulan - AstroAwani


Mungkin angka 620 orang dan 1,000 orang itu nampak kecil pada kita, tapi pada pekerja-pekerja yang terlibat pemberhentian itu, berita ini adalah satu dugaan yang besar bagi mereka.


ke mana tujuan selepas diberhentikan kerja


Yang melegakan sedikit mungkin dengan adanya pampasan atau latihan bagi mempersiapkan mereka dengan cabaran yang menanti selepas diberhentikan nanti.

Rakan-rakan sekerja yang tidak terlibat dengan pemberhentian ini juga perlu memberikan sokongan moral kepada mereka yang terlibat. Dan sudah semestinya mereka yang tidak terlibat ini juga perlu mula beringat dan mengorak langkah mencari alternatif pekerjaan lain sekiranya mereka pula yang akan mengalami nasib yang sama nanti.

Saya suka dengan artikel #RetrenchmentBukanKiamat di laman Astroawani.com yang memaparkan kisah bekas kakitangan MAS terlibat dengan pelan penstrukturan semula MAS yang lalu. Daripada seorang jurutera pesawat, kini menjadi pencuci sofa kereta.

Begitu juga dengan kisah viral seorang kru penerbangan MAS yang kini menjadi pemandu teksi.

Bekas jurutera dan kru penerbanan itu telah membuktikan memang benar Retrenchment Bukan Kiamat!

Mungkin mereka yang terlibat dengan pemberhentian kerja ini boleh jadikan kisah bekas jurutera dan kru penerbangan ini sebagai motivasi untuk memulakan hidup baru selepas diberhentikan kerja.

**Viral juga ialah kisah pekerja IT di Disney yang diberhentikan kerja kerana kerjanya akan diserahkan kepada pekerja asing yang berhijrah ke US. Dalam kes ini, berbeza dengan pekerja Petronas dan Samsung yang diberhentikan, kerana pekerja disney ini 'digantikan'. Lihat klip di sini)**



Memang benar, hanya bercakap memang mudah dan tiada siapa yang tahu perasaan sebenar mereka yang terlibat dengan pemberhentian kerja ini melainkan mereka sendiri. Bekerja bertahun-tahun dan pengakhirannya tidak seindah yang diharapkan,

Kita doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka. Dan yang baik-baik sahaja untuk kita semua. InsyaAllah.



Bateri kereta yang mahal...



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Pagi tadi ke kedai alat ganti kenderaan untuk beli bateri kereta yang baru.

Bateri kering untuk kereta Kelisa harganya RM190 lepas trade in bateri lama. Ok ke harga tu? Itu pun belum campurkan harga GST. Total lepas campurkan GST ialah RM201.40.

Pagi-pagi dah terbang RM200 lebih.

Kenapa saya tukar bateri kereta yang baru?

Sebab bateri lama itu dah hampir 2 tahun setengah usianya. Untuk lebih tepat lagi, bateri kereta yang lama itu saya beli pada 15/8/2013. Jarang kot bateri kereta tahan lama macam itu.
Bateri kereta yang mahal


Daripada buat hal kereta tak boleh start sebab bateri kereta dah kong, baik saya tukar siap-siap.

Sebenarnya 2 minggu lepas, bateri itu macam dah menunjukkan tanda-tanda lanjut usianya. Parking di sekolah anak saudara, bila nak start kereta tak boleh hidup. Saya yang zero knowledge pasal kereta (tahu drive je!) terus lah call sana sini minta bantuan. Bila pakcik saya datang ingat nak tolong buat jump start siap bawa jumper, sekali bila try start enjin boleh pula elok je enjin kereta tu hidup!

Jadi, daripada menyusahkan orang lagi sebab bateri kereta dah weak, baik saya tukar bateri kereta yang baru. Boleh drive tanpa was-was ragu-ragu susah hati!

Panjang umur (umur saya dan bateri kereta), mungkin 1/9/2018 (lagi 2 tahun setengah) saya akan tukar bateri kereta yang baru!



Kenapa kita takut untuk berubah?



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Kenapa kita takut untuk berubah?

Berani untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Cakap memang senang, tapi untuk bangun dan melaksanakan atau menerima perubahan bukan lah perkara yang mudah.

Contoh paling mudah. Hendak berubah angin dengan berhenti kerja dan memulakan perniagaan.

Bak kata Dr Azizan Osman, rasa takut untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan itu adalah normal dan memang patut pun kita rasa takut.

Kenapa kita takut?

Sebab berniaga itu adalah perkara yang baru bagi kita. Takut bisnes tak menjadi.

Sebab kita dan biasa bekerja di pejabat dengan waktu tetap 9 pagi hingga 5 petang.

Sebab kita dah biasa tiap hujung bulan gaji akan masuk dalam akaun.

Sebab kita dah biasa dengan kerja yang kita buat, kalau tutup mata pun kita masih boleh siapkan kerja kita itu.

Sebab kita dah selesa dengan kawan-kawan pejabat yang sentiasa ada untuk membantu semasa kita susah dan senang. Tak pandai nak mula mencari kenalan yang baru.

Sebab kita tak rasa yang kita boleh mula belajar perkara yang baru, seperti belajar mula berniaga daii bawah, atau belajar perkara baru jika tukar pekerjaan lain di tempat yang baru.

Jadi, kalau semua sebab-sebab di atas masih bermain-main dalam fikiran kita, dan kita pun tak ambil apa-apa tindakan atau usaha untuk atasi semua halangan-halangan itu, maka,

Hentikan merungut yang kita tak tahan dengan tekanan di tempat kerja kita sekarang.

Hentikan merungut yang boss kita suka pilih kasih atau kawan-kawan pejabat tak banyak membantu dalam selesaikan tugasan di pejabat.

Hentikan merungut gaji yang kita terima tidak setimpal dengan bebanan kerja yang ditanggung.

Hentikan merungut bila telefon kita tidak berhenti-henti berdering sebab boss call untuk tahu update problem di pejabat, dan user tak henti-henti call tanya problem dah settle atau belum.

Kita tak sanggup nak korbankan sedikit masa untuk belajar dan lengkapkan diri dengan ilmu baru supaya kita boleh sekurang-kurangnya mulakan bisnes kecil-kecilan.

Kita rasa tak sanggup nak hidup sedikit susah mencari rezeki dengan mula berniaga dan lebih rela menanggung tekanan di pejabat asalkan gaji masuk dalam akaun setiap bulan.


"Stop complaining about things that you are not willing to change"
"The only impossible journey is the one that you never begin"
Belajar untuk menerima perubahan agar tidak ketinggalan
dalam perjuangan hidup yang penuh cabaran...


Takut untuk berubah atau belajar menerima perubahan adalah perkara yang normal. Semua orang perlu berubah dan belajar menerima perubahan. Sama ada secara sukarela atau pun terpaksa.

Contoh dalam dunia nyata yang paling ironik dalam hal lambat untuk menerima perubahan dan terpaksa menerima perubahan ialah pembelian Nokia oleh Microsoft (baca sini).

Memang kalau sekadar cakap memang senang. Semua tertulis di atas adalah sebagai peringatan untuk diri saya sendiri juga....