Sisa toksik Sungai Kim Kim : Apa yang tak perlu kita buat?
Sisa toksik Sungai Kim Kim : Apa yang tak perlu kita buat?
Assalamualaikum & salam sejahtera...
Rakaman keadaan mangsa pembuangan sisa toksik atau pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang ,Johor membuatkan saya meremang bulu roma melihat pelajar lelaki yang terbaring itu terketar-ketar tangannya. Tak dapat nak bayangkan macam mana perasaan ahli keluarga pelajar tersebut.... 😢
Kejadian @ tragedi di Sungai Kim Kim itu memang sangat mengejutkan seluruh negara. Berita pencemaran bukan berita yang asing kita dengar. Kerap sudah dilaporkan mengenai sungai tercemar dengan sampah sarap dan sisa buangan kilang. Bukan sekali dua kita baca mengenai udara tercemar dengan asap kilang dan kenderaan. Pihak yang didapati bersalah didakwa dan dibicarakan. Sabit kesalahan akan dikenakan hukuman. Dan semua perkara ini akan berulang kembali seperti tiada kesan hukuman yang dikenakan dan tiada iktibar daripada apa yang berlaku.
Sumber : Astro Awani |
Pencemaran yang berlaku kali ini sememangnya menakutkan. Gas metana yang tersebar dari sumbernya ditiup angin adalah gas yang tidak berwarna, tidak berbau dan mudah terbakar. Kesan akibat terhidu gas ini pada kepekatan tertentu adalah sukar bernafas, muntah, loya dan pening kepala. Ramai yang terkejut,marah dan sedih dengan apa yang berlaku. Ramai yang mula menuding jari mencari kambing hitam. Ramai yang mahukan pesalah dikenakan hukuman yang seberat-beratnya. Ramai yang itu dan ini.
Kita semua geram dan 'berkobar-kobar' ingin melihat pesalah ditangkap segera. Kita juga sedar betapa perlunya penguatkuasaan dan pemantauan yang lebih ketat dalam menangani masalah pencemaran yang seserius ini. Dalam pada masa yang sama, jom kita sama-sama mengingatkan diri tentang apa yang tak perlu kita buat sementara menanti penjenayah dibawa ke muka pengadila.
Kita tak perlu....
Sebarkan info berkaitan mangsa dan keadaaan terkini yang belum tentu kesahihannya. Ramai yang mungkin berniat baik nak berkongsi info terkini tapi malangnya info yang disebarkan tak sahih dan cetuskan kebimbangan pula.
Kita tak perlu....
Menambahkan kekalutan dan masalah pada masalah yang sedia ada. Ini adalah masalah pencemaran sisa toksik oleh pihak tak bertanggungjawab. Fokus utama ialah menyelesaikan masalah pencemaran dan menyelamatkan mangsa. Tak perlu libatkan isu kaum atau agama. Yang bersalah ialah individu. Bukan agama yang dianutinya atau asal usul bangsanya.
Kita tak perlu....
Ambil kesempatan menangguk di air keruh. Jadi 'wakil' tak bertauliah untuk kutip sumbangan bagi pihak mangsa. Mangsa dan ahli keluarga dah cukup dengan masalah yang ada. Tak perlu dijadikan pula alat untuk kepentingan peribadi individu tertentu.
Kita tak perlu....
Cuba jadi 'wira' dengan niat baik hendak membantu mangsa. Tak salah hendak membantu tapi biarlah kena pada tempatnya. Sukarelawan pastinya dialu-alukan asalkan mengikut arahan pihak yang lebih arif dan tidak pula menjadi beban kepada mereka yang bertungkus lumus dalam usaha menyelamat.
“Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”. (Ar-Ruum:41)
Semoga keadaan kembali stabil dan selamat di Sungai Kim Kim....😔😔😔
0 comments: