Kita memang tak pernah ada apa-apa - Qash Adam

Wednesday, August 21, 2019 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera..

"Kita memang tak pernah ada apa-apa"

- Qash Adam -

Ben Amir Qash Adam


Setelah 3 bulan lebih tak menulis di blog, hari ni tangan terasa gatal-gatal nak menaip. Setelah sekian lama tak menonton drama-drama slot Megadrama Astro Ria, drama Sweet Dreams berjaya buat saya ternanti-nanti di depan tv setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bukan setakat tayangan waktu malam, ulangan setiap jam 10 pagi dan ulangan jam 4 petang pun saya ternanti-nanti juga! Episod 10 malam semalam memang episod roller coaster. Daripada kasihan tengok Puteri yang tertunggu-tunggu depan rumah Qash hinggalah sakit hati dengan ayat-ayat kejam Qash. Sweet Dreams memang drama yang di luar jangkaan. Jarang ada drama Melayu yang ada kisah supernatural-romantik-aksi-komedi macam Sweet Dreams. Memang lain daripada drama-drama Melayu yang lain.  Inspirasi hebat daripada karya novelis Acik Lana.


Ben Amir Qash Adam


Ben Amir. 

Akhirnya Ben Amir dapat imej yang tersangatlah sesuai dengan dirinya. Daripada seorang yang agak chubby, berambut pendek, kemudian ber 'evolusi' kepada rambut yang sedikit panjang dengan beralun (betul ke description ni) di sebelah depan kiri hinggalah kepada imej berambut panjang paras bahu dan berkumis berjambang sekarang. Tak banyak drama Ben Amir yang pernah saya tonton. Antara yang pernah saya tengok ialah Aku Bukan Geisha, Menantu Ting Tong, Semusim Rindu (mula minat Ben Amir sejak drama gandingannya bersama Intan Ladyana ini), Suri Hati Mr Pilot, Cinta Tiada Ganti dan Encik Imam Ekspress. Imej Ben Amir dengan watak Qash Adam memang ngam. Macam watak Qash Adam itu dicipta untuk Ben Amir. Macam mysterious-cool-bad-boy yang dalam hati ada taman 😊. Followers Ben Amir di IG pun naik mencanak-canak sejak Sweet Dreams ditayangkan. Setiap hari followers Ben Amir bertambah lebih kurang 10 000 orang!  

Mira Filzah Puteri


Mira Filzah. 

Tak pernah-pernah saya tonton drama Melayu dan mata asyik tengok heroinnya. Selalunya mestilah asyik pandang hero kan hehehe. Tapi Mira Filzah sebagai Puteri memang tersangatlah comel. Walaupun ada komen-komen yang kata Mira Filzah tak pandai berbahasa isyarat, tapi pada saya kecomelan watak Puteri itu dah cukup buat saya tak lepas pandang tengok muka si Puteri!  

Sean Lee Karl

Sean Lee. 

Terhibur betul tengok Sean bawa watak Karl. Best! Lakonan Sean buat saya tak rasa menyampah pun Karl nak berebut Puteri dengan Qash. Kasihan pun ada bila tengok usaha sungguh-sungguh Karl nak menangi hati Puteri.

Qash Adam Puteri



Nina Juren.

Best giler bebelan si ibu yang penuh dengan peribahasa ni! Dan yang best lagi ialah hampir 90 peratus peribahasa yang makcik blonde ni guna saya tak pernah dengar pun selama ni hehehhe..Satu kelainan lakonan Nina Juren yang selama ini kebanyakan lakonannya sebagai mak-mak datin.

Watak Cempaka, Farah (leher mana leher), Ammar, Ayah Puteri (Kamal), Tuan Fadil, Atok Qash dan makcik-makcik Qash yang laser pun tak kurang menambah perisa dalam drama Sweet Dreams. Drama yang lari daripada imej drama Melayu yang kita tonton selama ini.

Apa lagi agaknya plot twist yang bakal berlaku dalam drama Sweet Dreams nanti? Qash dan Puteri akan bahagia bersama? Adakah Qash akan mati disebabkan tumor otaknya? Macam mana pula dengan Karl? Apa pula misteri di sebalik watak ayah Puteri yang sama wajahnya dengan perogol bersiri dalam episod yang lepas?

Atau adakah kesemua yang berlaku daripada episod 1 hingga episod 16 nanti hanyalah berlaku dalam mimpi-mimpi Qash sahaja?

Tak sabar nak tau!

0 comments:

Mencari tembikai manis di bazar Ramadhan....

Tuesday, May 14, 2019 Ana 0 Comments



Mencari tembikai manis di bazar Ramadhan....



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Alhamdulillah, hari ini dah masuk hari ke-9 umat Islam berpuasa. Bulan puasa, tulis blog pun macam puasa juga nampaknya 😅

Cuaca di bulan Ramadhan kali ini kadangkala tak menentu. Kadang-kadang panas dan kadang-kadang hujan. Tapi kebanyakan masa lebih kepada cuaca panas. Memang kering tekak rasanya. Selain air, antara yang jadi kegemaran saya di bulan puasa ini ialah buah tembikai. Pada Ramadhan yang ke-5 saya sempat ke bazar Ramadhan membeli juadah dan misi mencari buah tembikai yang manis dan sedap.

Tembikai manis
Sumber : Google


Singgah di bazar Ramadhan di Setiawangsa, gerai yang setiap tahun menjual air dan buah buahan sudah tak ada lagi di tempat yang biasa. Selalunya saya beli buah tembikai di gerai itu saja dan belum pernah lagi tembikai yang dibeli tak manis. Frust juga beli dari jauh tengok gerai yang dituju tak ada di tempatnya.

Menapak ke depan sikit ada sebuah gerai yang jual air dan buah tembikai. Tapi...

Tapi tembikainya nampak kurang merah. Saya memang tak tahu cara tentukan tembikai manis atau tak. Bagi saya kalau tembikai itu merah menyala itu maknanya manis lah tembikai itu. Tapi tembikai di gerai tersebut tak berapa nak merah....

"Manis tak tembikai ni dik?"

"Ermm...nak cakap manis tak manis tu susah sikit lah kak. Tapi yang ni nampak macam ok sikit"

Adik itu menghulurkan tembikai yang telah dipotong suku dan siap dibalut itu kepada saya. Kalau ikutkan 'piawaian' saya buah tembikai itu nampak macam tak manis. Tapi nak cari gerai lain macam malas pula rasanya.

"Ok lah, boleh lah yang ni"

RM4.80 bertukar tangan.

Selesai membeli agar-agar, pajeri nenas dan kuih lapis, saya pun bergerak untuk balik.

Walaupun dah dapat tembikai yang diidamkan tapi sebenarnya dalam hati tak berapa puas hati. Hati berat mengatakan buah tembikai yang tak berapa merah itu tak manis.

Akhirnya saya singgah pula di bazar Ramadhan berdekatan Mahkamah Syariah Taman Keramat. Niat di hati nak cari sambal tumis sotong sambil-sambil itu nak cari juga tembikai yang merah 😅

"Manis ke tembikai ni bang?"

"Manis tembikai ni dik, manis. Ni tembikai ... (disebutnya jenis tembikai itu tapi saya tak dengar berapa jelas jenis apa). Manis ni. Yang besar ni RM7, yang kecik ni RM6.

Menurutkan kata hati (ke nafsu? 😅) yang nak juga tembikai manis, akhirnya tembikai manis kini di tangan saya heheheh..

Ketika waktu berbuka, tembikai yang merah menyala itu lah yang saya potong dan hidangkan.

Betul ke tembikai yang merah itu manis?

Tidak.

Tak manis pun. Salah sangkaan saya rupa-rupanya.

Tembikai yang kurang merah itu?

Tembikai yang kurang merah itu lebih manis daripada tembikai yang merah menyala itu.

Jadi, kesimpulannya jangan menilai tembikai daripada merah warnanya.

Don't judge a watermelon by its color.

😅

Dan satu lagi.

Penjual tembikai yang merah menyala itu lupa untuk sebut satu perkataan.

"InsyaAllah"

"InsyaAllah tembikai ni manis,dik..."

Selamat berpuasa ☺






0 comments:

Hoki Pusingan Final Siri FIH : Malaysia 2 - Kanada 3

Sunday, May 05, 2019 Ana 0 Comments


Hoki Pusingan Final Siri FIH : Malaysia 2 - Kanada 3



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Malaysia 2 - Kanada 3

FiH Final Series



Kalah kepada Kanada dalam perlawanan akhir Final FIH Series 2019 malam tadi memang mengecewakan. Terasa macam kecewa kalah kepada Jepun di final Sukan Asia berulang kembali.

Gol awal minit ke-8 oleh Firhan tak mampu ditambah hingga ke minit akhir perlawanan. 2 kali peluang keemasan penalty stroke gagal disempurnakan masing-masing oleh Fitri Saari dan Faizal Saari. Penalty corner masih mengecewakan. Dua penalty corner bagi pasukan Kanada nampak mudah sangat bola menerobos gawang Malaysia. Gol padang pasukan Kanada seperti mengulangi gol mudah yang dijaringkan oleh pasukan Itali ketika menewaskan Malaysia di peringkat kumpulan.

FiH Final Series

FiH Final Series


Tak dinafikan Kanada bermain agak fizikal dengan tolakan dan terjahan (sebab itu Malaysia dapat 2 penalty stroke) dan ketika itu terasa sangat perlunya video referral.

Hampa lagi nak tengok pasukan hoki negara menjadi juara di tanah air sendiri...

Tiket automatik ke pusingan kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 sudah dalam tangan. Tapi laluan masih lagi berliku. Complicated juga nak faham laluan pasukan hoki ke Sukan Olimpik ini. Apa yang saya faham daripada penerangan dan bacaan di laman-laman peminat hoki negara ialah 12 pasukan akan bertanding dalam pusingan kelayakan ini dan juara akan ke Sukan Olimpik Tokyo nanti. 12 pasukan tersebut terdiri daripada 2 pasukan terbaik daripada 3 Kejohanan Pusingan Akhir Siri Hoki FIH dan Hockey Pro League.

Betul ke fahaman saya 👆 ni?

Apabila baca mengenai pusingan demi pusingan yang perlu ditempoh oleh pasukan hoki negara ke Sukan Olimpik Tokyo, memang tak dapat nak elak lah rasa sayangggg sangat tak menang ke atas Jepun masa Sukan Asia hari tu.......

Lawan Malaysia di pusingan kelayakan masih belum diketahui (menanti 3 kejohanan pusingan akhir tamat). Malaysia sedia menawarkan diri menjadi tuan rumah untuk pusingan kelayakan yang akan diadakan pada November nanti.

FiH Final Series


All the best untuk The Speedy Tigers! 💪💪💪

0 comments:

Hoki Pusingan Final Siri FIH : Malaysia 3 - Austria 1

Saturday, May 04, 2019 Ana 0 Comments


Hoki Pusingan Final Siri FIH : Malaysia 3 - Austria 1 


Assalamualaikum & salam sejahtera...

Malaysia 3 - Austria 1

Final FIH Series 2019



Lain macam nampaknya semangat pasukan hoki negara semasa menentang Austria malam tadi. Nampak teratur permainannya dan kesungguhan nak menang yang berkobar-kobar. Barisan pertahanan langsung tidak memberi peluang kepada Austria untuk mendapat penalty corner.

Faizal Saari selain lariannya yang pantas, gol penalty corner beliau memang padu merobek gawang lawan. Marhan Jalil pula alert dengan keadaan kucar kacir depan pintu gol selepas penalty corner Malaysia pada minit ke-56 dan bijak menolak bola ke dalam pintu gol untuk gol ke-2 Malaysia. Jaringan ketiga oleh Meor Muhammad Azuan pula memang menarik dengan larian beliau ke depan pintu gol dan sedia merembat bola dengan kencang ke pintu gol pada minit ke-58. Mungkin jika pukulan kencang Azrai ke pintu gol Austria pada minit ke-11 tidak terkena palang gol, Malaysia boleh tersenyum dengan lebih lebar dengan beza gol yang lebih besar.

Final FIH Series 2019


Final FIH Series 2019

Final FIH Series 2019



Deflection gol yang dijaringkan oleh pemain Austria Leon Thornblom seakan-akan sama dengan yang dilakukan oleh Wales tempoh hari. Pertama kali pemain Malaysia dikenakan kad kuning dalam pertandingan ini iaitu Akhimullah yang masih memukul bola ke gol Austria walaupun wisel telah dibunyikan oleh pengadil. Pertama kali juga saya lihat perlawanan yang masih tinggal 4 saat dihentikan begitu saja disebabkan berlaku sedikit perselisihan faham di antara pemain berjersi nombor 13 Malaysia, Firhan dengan pemain nombor 13 pasukan Austria.

Final FIH Series 2019


Kehadiran penonton di Stadium Hoki Nasional yang menyokong bersorak untuk The Speedy Tigers ternyata memberi semangat tambahan kepada para pemain. 💪💪💪


Final FIH Series 2019

Final FIH Series 2019



Tiket automatik ke pusingan kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 sudah dalam genggaman.

Ayuh The Speedy Tigers, teruskan kebangkitan dengan kemenangan bergaya ke atas Kanada pada final malam ini, InsyaAllah!👍 

0 comments:

Hoki Pusingan Final Siri FIH : Malaysia 2 - Wales 1

Thursday, May 02, 2019 Ana 0 Comments



Hoki Pusingan Final Siri FIH : Malaysia 2 - Wales 1




Assalamualaikum & salam sejahtera...


Malaysia 2  - Wales 1


FIH Final Series


 Lega.

Lega walaupun sedikit cemas di minit-minit akhir.

Pasukan hoki negara, The Speedy Tigers bangkit menjawab kritikan-kritikan pedas daripada peminat hoki tempatan dengan menewaskan Wales pada perlawanan suku akhir FIH Final Series malam tadi.

Sukri Mutalib

Tengku Ahmad Tajuddin

"Kami adalah pemain yg boleh dikritik, tak ada masalah. Kami akan bangkit selepas itu.."
- Sukri Mutalib (ketua pasukan hoki negara).

 "Kita bukan nak terima pujian je tapi kritikan pun akan membina pasukan..."
- Tengku Tajuddin (penyerang dan penjaring gol pertama malam tadi).

Tabik dengan sikap positif pemain walaupun dikecam hebat setelah tewas kepada Itali tempoh hari.

Meskipun tampil garang di awal-awal perlawanan, gol pertama hanya berjaya diperolehi melalui permainan padang Tengku Ahmad Tajuddin yang tenang mengawal bola di depan pintu gol dan merembat kencang ke gawang lawan pada minit ke-27. Peluang menjaringkan gol melalui penalty corner masih kurang menyengat apabila gagal disempurnakan oleh Fitri Saari dan Razie Rahim.

Tengku Ahmad Tajuddin

Penalty corner Malaysia



Gol kedua pada minit ke-40 terhasil daripada hantaran cantik Razie Rahim kepada Faizal Saari yang berada di sebelah kiri depan pintu gol Wales. Gawang lawan bergegar dengan rembatan gol Faizal yang nampak berpuas hati dengan jaringan tersebut. Jarang dapat lihat Faizal Saari tersenyum ketika beraksi di padang ☺

Wales yang ketinggalan 2-0 semakin terdesak untuk mencari gol dan membuat keputusan untuk melakukan kickback. Penjaga gol menjadi pemain di padang dan pintu gol Wales terbuka luas. Gol pertama Wales dijaringkan pada 5 minit terakhir perlawanan melalui deflection gol oleh Luke Hawker. Ketika ini risau sangat mimpi ngeri gol saat akhir akan diperolehi oleh Wales seperti yang terjadi ketika menentang Jepun di Sukan Asia akan berulang kembali. Risau jika penyakit 'dah mendahului maka mula rasa selesa' pasukan hoki negara akan berlaku lagi.

Peluang keemasan untuk pemain negara menjaringkan gol di gawang Wales yang terbuka luas nampak seperti dinafikan oleh pengadil perlawanan. Dua kali kesalahan pemain Wales seperti bola terkena kaki dan baju Faizal Saari ditarik pemain Wales ketika menghampiri kotak penalti tak diendahkan oleh pengadil. 😔

Pasukan hoki negara akan meneruskan cabaran di peringkat separuh akhir menentang Austria esok, 3 Mei.

FIH Final Series


Teruskan bangkit bersemangat dan kekal fokus hingga ke minit-minit terakhir, The Speedy Tigers!


0 comments:

Al-Fatihah buat Tuan Guru Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz....

Wednesday, May 01, 2019 Ana 0 Comments



Al-Fatihah buat Tuan Guru Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz....



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Inna lillahi wa'inna ilaihi ro'jiun...

Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fuanhu...

Takziah buat keluarga Tuan Guru Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz yang kembali ke rahmatullah pada pukul 7.30 pagi tadi pada usia 73 tahun.

Datuk seri abu hassan din meninggal dunia
Sumber : berita.rtm.gov.my


"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad

"Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dari hambanya (para ulama) dengan secara langsung. Akan tetapi Allah mencabutnya dengan cara mematikan para ulama, sehingga apabila sudah tidak ada lagi seorang pun yang alim maka banyak orang akan mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh. Tatkala para pemimpin (bodoh) itu ditanya, mereka menjawab dengan memberikan fatwa tanpa dilandasi dasar ilmu, mereka menjadi sesat dan menyesatkan.” (HR. Bukhari)


😢😢😢😢😢

0 comments:

Hoki Pusingan Final Siri FIH : Malaysia 2 - Itali 4

Tuesday, April 30, 2019 Ana 0 Comments


Hoki Pusingan Final Siri FIH : Malaysia 2 - Itali 4



Assalamualaikum & salam sejahtera...


Malaysia 2 - Itali 4

Daripada cemerlang menewaskan Brazil dengan 6-0, kemudian sedikit menurun apabila seri 4-4 dengan Brazil, akhirnya pasukan hoki Malaysia, The Speedy Tigers tewas kepada pasukan hoki Itali malam tadi dengan 2-4.

FIH Series 2019


Sememangnya ranking dunia tidak menjanjikan apa-apa. Itali, pasukan 'tercorot' dalam kumpulan A di tangga 37, membuktikan ranking sekadar nombor dan apa yang penting ialah prestasi semasa hingga berjaya menduduki tangga pertama kumpulan B dan terus ke separuh akhir.

Dua pasukan dengan ranking teratas iaitu Kanada (10) dan Malaysia (13) pula terpaksa melalui perlawanan cross over dengan masing-masing akan menentang China dan Wales pada 1 Mei ini.

FIH Series 2019

FIH Series 2019


Saya mengaku ada gelakkan China ketika China ditewaskan Itali tempoh hari. Apabila giliran Malaysia pula ditewaskan oleh Itali malam tadi, memang tak tahu nak kata apa. Permainan Malaysia kadang-kadang menjadi dan kadang-kadang tidak. Apabila Malaysia mendapat peluang penalty corner mula rasa cemas nak tonton sebab rasa macam ada kemungkinan tak dapt gol. Tapi bila Itali yang dapat penalty corner, saya tak rasa cemas tapi lebih kepada kecewa/frust. Frust sebab yakin sangat Itali akan dapat jaringkan gol. Walaupun 2 gol kalam tadi adalah melalui penalty corner, daripada perlawanan dengan China lagi, saya lihat penalty corner Malaysia agak kurang meyakinkan. Nak kata kurang kreatif dalam mencipta gol pun ya juga.  Penguasaan padang lebih kepada pasuka Malaysia tetapi Itali yang sekali sekali menyerang itu pula yang berjaya menjaringkan gol.

FIH Series 2019



Salah satu penalty corner Itali malam tadi cantik dengan kuisan ke belakang dan seorang pemain menunggu untuk flick di depan pintu gol. Itali juga dua kali mengejutkan Malaysia dengan gol seawal mula 2 suku perlawanan iaitu pada minit ke 31 dan minit 45.

Saya ada terbaca komen di Facebook yang mengatakan pasukan hoki Malaysia tak akan berjaya ke Sukan Olimpik Tokyo 2020. Kata komen itu, pasukan Malaysia masih down semenjak kalah di kepada Jepun di Sukan Asia yang lalu yang ketika itu sudah sangat hampir untuk melangkah secara automatik ke Sukan Olimpik. Kata komen itu lagi, pasukan hoki Malaysia masih belum move on.

Betul ke pasukan hoki Malaysia belum move on?

Kekalahan di Sukan Asia itu memang sangat pahit nak ditelan. Jika saya mahupun penyokong pasukan hoki negara masih terasa dan belum move on dengan kekalahan itu, bayangkan macam mana dengan pemain-pemain itu sendiri yang berhempas pulas atas padang dan tewas setelah sangat hampir dengan kemenangan dan tiket ke Sukan Olimpik seperti sudah dalam genggaman.

Tapi takkan lah belum move on....

Andaian mengatakan pasukan hoki negara 'sengaja' kalah kepada Itali untuk mengelak daripada jumpa Kanada, yang itu memang tak logik. Nak buat apalah pula menyusahkan diri untuk bermain di cross over kalau dah boleh terus melangkah ke separuh akhir.

FIH Series 2019


Pakar flicker negara, Faizal Saari yang menjaringkan gol penalty corner malam tadi ketika ditemuramah jelas nampak kecewa dengan kekalahan tersebut. Adakah pasukan negara kurang semangat untuk mencipta kemenangan? Kurang semangat? Sebab kurang penonton? Memang luar biasa semangat yang diperlukan untuk memburu tiket ke Sukan Olimpik. Semangat yang perlu dicari semula oleh The Speedy Tigers. Semangat yang sama ketika perlawanan akhir menentang Jepun di Sukan Asia yang lalu.

FIH Series 2019


Semoga The Speedy Tigers akan bangkit semula dalam perlawanan 'hidup mati' menentang Wales malam esok.

Untuk para pemain, percayalah yang seluruh rakyat Malaysia berada di belakang The Speedy Tigers.

Walaupun Stadium Hoki Nasional itu tidak dipenuhi penyokong seperti penuhnya Stadium Bukit Jalil dengan penyokong bolasepak, percayalah yang jutaan yang menonton siaran langsung di kaca tv tetap setia menjerit dan bersorak setiap kali bola berada di hujung kayu hoki anda.

FIH Series 2019


Percayalah.

Buktikan Malaysia Boleh.

Buktikan The Speedy Tigers Boleh.

Buktikan anda mampu menamatkan penantian 18 tahun pasukan hoki Malaysia untuk ke Sukan Olimpik sekali lagi!

💪💪💪💪💪

0 comments:

Hoki Pusingan Final Siri FIH : Malaysia 6 - Brazil 0

Saturday, April 27, 2019 Ana 0 Comments


Hoki Pusingan Final Siri FIH : Malaysia 6 - Brazil 0



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Tahniah buat pasukan hoki negara, The Speedy Tigers yang memulakan cabaran pusingan Final Siri FIH dengan langkah kanan. Kemenangan besar 6-0 ke atas pasukan hoki Brazil malam semalam sememangnya keputusan yang diharap-harapkan daripada pasukan hoki negara.

Malaysia lawan Brazil


Ini pertama kali saya melihat pasukan hoki Brazil beraksi. Yang saya tahu kalau sebut saja Brazil mestilah perkara pertama yang terlintas ialah pasukan bola sepaknya. Walaupun pasukan hoki Brazil menduduki ranking tempat ke-27 tapi permainan yang ditunjukkan mereka tak kurang hebatnya. Hebat bertahan hingga gol hanya dapat dijaringkan oleh pasukan hoki negara hanya setelah separuh masa perlawanan.

Gol pertama sangat menarik dengan beberapa aksi passing antara Tengku Tajuddin dan Norsyafiq Sumantri hingga sampai ke depan pintu gol Brazil. Begitu juga dengan gol hasil set piece ketika penalty corner yang mana Razie Rahim yang saya sangkakan akan membuat drag flick ke pintu gol Brazil sebaliknya menghantar bola kepada Najmi Jazlan yang pantas menjaringkan gol.

Malaysia lawan Brazil

Malaysia lawan Brazil


Aksi seterusnya bagi pasukan negara ialah menentang China pada Ahad, 28 April ini. China pastinya akan bersungguh-sungguh setelah pasukan di ranking ke-14 dunia itu dikejutkan dengan kekalahan kepada Itali yang berada di ranking ke-32 dalam perlawanan pertama. Keputusan upset yang lain ialah Wales di ranking ke-24 berjaya mengalahkan pasukan di ranking ke-10 dunia, Kanada dengan keputusan 3-1.

Sedikit menyedihkan ialah keadaan stadium yang berkapasiti 12,000 penonton namun tidak sampai suku pun dipenuhi penonton. Meskipun masuk adalah percuma namun keadaan stadium masih kurang dengan penonton sehinggalah tamat perlawanan. Berbeza sungguh dengan jumlah penonton yang memenuhi Stadium Sultan Azlan Shah di Ipoh ketika Piala Sultan Azlan Shah yang lalu. Siapa yang hendak dipersalahkan? Kurang promosi? Masa perlawanan kurang sesuai? Atau hoki memang tak ramai peminatnya di Kuala Lumpur? Ada berita yang melaporkan tak guna jika tiada bayaran masuk dikenakan untuk masuk stadium tapi caj parkir pula mahal sehingga mencecah RM10.

Diharap ada perubahan dilakukan untuk menarik lebih ramai penonton ke stadium bagi perlawanan menentang China pada Ahad nanti. Penonton sikit pun The Speedy Tigers bersemangat dapat 6 gol, bayangkan berapa gol yang mampu dijaringkan dengan tambahan semangat daripada penonton yang ramai.

All the best untuk pasukan hoki negara!

0 comments:

Saya dan cerita servis bank....

Tuesday, April 23, 2019 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Sudah 2 kali mesin ATM di CIMB cawangan Setiawangsa itu buat saya 'cemas'. Kedua-dua kali disebabkan mesin ATM hanya paparkan skrin yang sama (kalau tak silap saya 'Transaction is being processed') untuk beberapa minit dan akhirnya resit dikeluarkan tertulis 'Unable to dispense'. Kali pertama memang saya cemas sungguh sampai saya tekan butang Cancel itu berkali-kali sampai lah kad ATM saya dikeluarkan semula. Kali kedua (bukan di mesin ATM yang sama tapi mesin di sebelahnya) saya dah kurang cemas dan hanya tunggu saja kad dikeluarkan. Saya masih boleh terima jika hanya duit tak dapat dikeluarkan. Yang saya risaukan ialah jika duit tak dapat dikeluarkan tapi baki akaun telah berkurangan. Bertambah haru jika duit tak dapat dikeluarkan dan baki akaun telah berkurang ditambah pula dengan masalah kad ATM pula ditelan oleh mesin. Setakat ini belum pernah lagi terjadi pada saya 😅. Harap dijauhkan masalah macam itu lebih-lebih lagi jika saya mengeluarkan duit bagi pihak emak saya yang sukar nak berkerusi roda ke bank. Jika perlukan tuan punya kad sendiri hadir untuk tuntut kad yang dah ditelan memang sukar lah.

Servis bank


Pernah sekali itu nak tak nak terpaksa juga diusahakan bawa emak ke Bank Islam di cawangan Wangsa Maju semata-mata untuk aktifkan akaun yang telah lama tiada sebarang transaksi. Saya hendak wakilkan tidak dibenarkan. Perlu juga emak saya hadir sendiri untuk dapatkan tandatangannya. Tak dapat masuk ke dalam bank pun tak apa kata pegawai yang bertugas. Parkir di depan bank pun dan cukup. Memang susah pun untuk ke bank itu menggunakan kerusi roda. Tiada laluan yang sesuai. Maka awal-awal pagi lagi kami dah sampai parkir kereta di depan bank yang masih belum dibuka.

Sama juga kisahnya apabila emak saya hendak membatalkan arahan tetap (standing instruction,SI ) pembayaran kepada Takaful melalui pemotongan akaun CIMB.

"Boleh tak kalau saya nak mohon batalkan SI untuk emak saya?"

"Kena account holder sendiri yang datang Cik. Emak Cik kena datang sendiri. Boleh Cik bagi nombor IC mak Cik untuk saya semak?"

"Cik, akaun emak Cik ni buka di cawangan Jalan Duta. SI pun dibuat di Jalan Duta. Cik kena pergi ke cawangan Jalan Duta untuk tamatkan SI ni"

"Tak boleh batalkan di sini?"

"Tak boleh Cik. SI tu hanya boleh dibatalkan di cawangan asal SI tu dibuat. Rekod SI tu ada di cawangan asal"

Dalam hati saya cakap sorang-sorang. Biar betul. Saya bayangkan rekod SI tu tersimpan dalam fail kertas yang disimpan dalam laci kabinet. Takkan rekod tak ada dalam sistem. Masih guna rekod dalam fail kertas lagi ke zaman sekarang ni? Macam mana pula kalau pemegang akaun dah berpindah luar dari Kuala Lumpur?

Maka ke CIMB cawangan Jalan Duta lah kami untuk membatalkan SI. Disebabkan susah nak keluar masukkan emak saya dari kereta, maka staf bank meminta kami parkir kereta betul-betul di depan pintu bank. Perlu nampak urusan sedang dibuat di CCTV, kata staf tersebut.

Lain pula caranya bila saya hendak membatalkan SI untuk bayaran bulanan saya ke sebuah bank. SI dibuat di Menara Maybank. Saya sangkakan seperti kes CIMB di atas, saya perlu ke Menara Maybank juga untuk batalkan SI tapi tak perlu. Saya hanya perlu ke cawangan Maybank yang terdekat untuk isi borang pembatalan. Itu saja.

Sebagai sebuah bank yang sediakan perkhidmatan untuk pelanggan, semestinya perkhidmatan itu haruslah yang terbaik. Sekurang-kurangnya telah diuji dahulu oleh pihak bank dan telah stabil untuk digunakan oleh pelanggan. Satu ketika dulu, pada awal bulan 3 tahun lepas, saya pernah menggunakan servis Instant Transfer dari akaun Bank A ke akaun Bank B secara online di Maybank2u. Malangnya transaksi tidak berjaya disebabkan system problem (saya dah tak ingat error message yang dipaparkan). Transaksi tak berjaya tapi baki akaun telah berkurangan. Maka terpaksa lah hubungi call center untuk log report. Setelah beberapa hari saya hubungi semula call center dan dimaklumkan yang transaksi di pihak Bank A telah berjaya tapi gagal di Bank B. Maka duit telah dikreditkan semula ke akaun di Bank A. Jumlah yang di transfer ialah RM332.58 termasuk service charge 53 sen. Duit yang dikreditkan semula ke akaun A ialah RM332.05 sahaja.

"Instant transfer ni memang ada problem ke?"

"Memang servis Instant transfer selalunya tak stabil Cik. Lebih baik Cik guna Interbank Transfer"

** Jujur staf customer service ni, mengaku servis tak stabil **

"Tapi kenapa duit yang kredit balik ni kurang 53 sen?"

"Oh 53 sen tu service charge Cik. Instant transfer ni kena charge 53 sen"

"Tapi transaction ni tak berjaya pun. Tak berjaya pun kena charge ke?"

"Ya Cik. Cik nak saya log report lain ke untuk kredit balik 53 sen ni?"

😞😞😞😞😞

Servis tak stabil tapi untuk semua transaksi yang guna servis tersebut dikenakan service charge 53 sen..

🤔🤔🤔🤔🤔

Macam-macam cerita.....

0 comments:

Tilawah, tanah dan mata yang mengantuk....

Friday, April 19, 2019 Ana 0 Comments



Tilawah, tanah dan mata yang mengantuk....



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Salam sayyidul ayyam...

"Kita berasal dari tanah, makan makanan dari sumber tanah, kita akan kembali ke tanah. Tapi kenapa kita bersifat langit?"

Tilawah Antarabangsa 2019


Mendalam dan 'deep' betul kata-kata Ustaz Hariri yang menghuraikan bacaan daripada surah An-Nahl oleh salah seorang peserta majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-61 malam semalam. Memang betul. Teringat juga saya pada kata-kata seorang ustazah (tak ingat dah ustazah yang mana) iaitu kita manusia ni dalam telinga ada t.a.h.i, dalam hidung ada t.a.h.i, dalam perut ada t.a.h.i, di mata ada t.a.h.i, senang cerita atas bawah ada t.a.h.i. Ke mana-mana pun kita bawa t.a.h.i. Tapi kita kadang kala masih lagi ada sifat sombong dengan Tuhan, apa tah lagi dengan manusia.

Peringatan untuk diri sendiri...

😔😔😔


Qari dan qariah yang mewakili Malaysia iaitu Abdul Khair Jalil dan Nor Farhatul Fairuzah Panut telah pun selesai memperdengarkan bacaan masing-masing pada malam kedua dan ketiga yang lalu. Malam ini merupakan malam terakhir sebelum majlis tilawah menobatkan johan pemenang bagi qari dan qariah, hafiz dan hafizah untuk edisi kali ini.
Bagi orang yang tak berapa kuat iman macam saya, agar mencabar juga untuk terus menonton tilawah di kaca tv. Tengok dan dengar bacaan peserta pertama hingga keenam boleh tahan lagi. Apabila masuk giliran peserta ke-7, dah mula lah mata berat dan tangan mula capai bantal 😅.

Qari Malaysia

Qariah Malaysia


Betul kata Ustaz Hariri semalam. Syaitan akan berusaha menggoda anak Adam dari atas, bawah, kanan, kiri, depan dan belakang serta dengan pelbagai cara. Kata Ustaz lagi, bila tengah tonton tilawah di tv pun syaitan akan cuba menggoda dengan cara;

"Buat apa tengok tilawah, tukar channel lain kan lagi best"

😔




0 comments:

Kerana mulut.....

Tuesday, April 16, 2019 Ana 0 Comments


Kerana mulut....


Assalamualaikum & salam sejahtera....

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa...


Sepanjang tahun lepas dan tahun 2017 memang saya sibuk ke hulu ke hilir mencari rawatan demi rawatan untuk emak saya yang mengalami slipped disc. Disebabkan takut hendak menjalani pembedahan maka kami mencuba dan berikhtiar dengan pelbagai cara dan rawatan. Sepanjang itu juga lah ramai orang yang kami temui dan dalam ramai-ramai orang itu pastinya ada 2, 3 orang yang tak mungkin kami akan lupakan hingga ke akhir hayat. Tak dapat nak lupa sebab kata-kata daripada orang-orang tersebut yang sangat 'deep' dan 'mencengkam perasaan' 😅.



Orang 1
"Orang macam makcik ni patutnya dah tak payah susah-susah nak datang buat fisio kat sini dah. Patutnya makcik duduk rumah je mengaji atau pergi jalan-jalan rumah kawan atau join group marhaban"

Terhenti emak saya yang sedang susah payah berlatih mengangkat bola kecil menggunaka  hujung kaki seperti yang diarahkan fisioterapis tadi. Mak pandang saya dan saya pandang emak. Kemudian saya pandang si fisioterapis itu. Rasa macam nak 'telan' je fisioterapis tu. Cakap tak fikir dulu. Mak saya bangun seawal pukul 4 pagi untuk bersiap tukar pampers dan mandi. Selesai solat Subuh bergegas dengan susah payah saya mengangkat emak masuk ke dalam kereta. Pandu ke hospital tempat fisioterapi itu secepat mungkin bimbang tak dapat parkir. Tunggu lagi sejam sebelum fisio bermula. Dan akhirnya 'kata-kata manis' itu yang emak saya dapat atas segala susah payahnya. Tak memberi semangat dan motivasi langsung kepada pesakit.

😢😢😢




Orang 2
Masih lagi seorang fisioterapis. Jika Orang 1 ialah fisioterapis lelaki, Orang 2 ialah seorang fisioterapis wanita.

Sudah menjadi kelaziman setiap kali hadiri sesi fisioterapi di hospital, saya akan bawa bersama tongkat atau walking frame emak saya walaupun emak saya berkerusi roda. Mana lah tau kalau-kalau si fisioterapis ada nak tunjuk ajar kepada emak saya cara-cara tertentu menggunakan walking frame tersebut.

"Makcik duduk kat wheelchair je ni, abis tu walking frame ni makcik nak buat perhiasan ke?"

Sekali lagi kecil hati emak saya.

😢😢😢



Orang 3
Pagi-pagi lagi saya dan emak dah bertolak ke Hospital L****** yang terletak di Jalan I*** itu untuk bertemu dengan seorang doktor pakar. Macam-macam info yang saya perolehi dari pakcik Google juga info daripada rakan saya sendiri yang telah dirawat oleh doktor tersebut untuk masalah tulang belakang. Rawatan tanpa pembedahan. Hanya melalui suntikan. Itu yang dicari-cari oleh emak saya. Besar harapan kami agar emak dapat dirawat dengan cara rawatan doktor pakar tersebut. Malah kami siap bawa baju persalinan mana lah tahu jika perlu tinggal di wad setelah rawatan tersebut selesai.

Hendak ke hospital itu sendiri ialah satu cabaran. Tiada ruang khusus untuk tempat letak kereta. Hendak ke pintu masuk agak curam laluan untuk wheelchair. Hendak ke bilik air pula adalah satu yang sangat tidak selesa. Tiada bilik air untuk orang yang menggunakan wheelchair. Pelik kan. Berkali-kali juga saya tanya kepada staf di situ mengenai bilik air untuk OKU untuk kepastian, tapi memang betul-betul tiada. Bilik air yang ada hanya muat-muat untuk masuk wheelchair. Apabila saya pun turut masuk kerana perlu menukarkan pampers emak saya, Tuhan saja yang tahu hampir tiada ruang untuk bergerak dalam bilik air tersebut.

Setelah 'bertarung' dalam bilik air hampir sejam, kami pun ke ruang menunggu. Doktor pakar tersebut akan tiba dalam masa lagi sejam. Kami duduk berhampiran dengan kaunter pendaftaran maka sempatlah bersembang dengan jururawat yang bertugas. Jururawat tersebut beria-ia meyakinkan kami sakit emak saya ini mampu dirawat dengan kaedah suntikan doktor pakar tersebut. Bertambah berbunga-bunga lah hati saya dan emak mendengarnya.

Akhirnya doktor pun tiba dan kami pun dipanggil masuk ke bilik rawatan.

"Cuba angkat kaki kanan"

Emak saya bersusah payah cuba angkat kaki kanannya.  Memang sedikit susah emak nak gerakkan kaki jika telah lama duduk saja tanpa pergerakan.  Perlu bantuan saya untu menggerak-gerakkan dulu kaki emak sebelum emak boleh gerakkan sendiri.

Setelah emak saya hanya dapat gerakkan sedikit saja kaki kanan dan kirinya, doktor pakar itu pun mengatakan sesuatu yang saya takkan lupa sampai bila-bila.

"Saya tak boleh buat rawatan suntikan. Awak ni dah lumpuh"

Ayat itu seakan-akan ayat pemusnah semangat emak dan saya 😢. Apa maksud doktor itu kata mak saya dah lumpuh? Mak saya masih boleh gerakkan kaki cuma lemah. Mak saya masih boleh berdiri dan melangkah beberapa tapak cuma lemah disebabkan saraf yang terhimpit dengan tulang itu.

Panjang lebar juga lah saya cuba meminta doktor itu memeriksa dulu keadaan kaki emak saya tapi dibalas dengan ayat yang lebih menyakitkan hati.

"Saya tak payah periksa, saya tengok pun dah tau ni dah lumpuh"

Emak dan saya pulang dengan harapan tinggi menggunung yang berkecai. Emak menangis dalam kereta tapi saya berpura-pura kuat walaupun air mata sudah bergenang.


😢😢😢😢😢😢😢😢


Lidah memang lembut tapi kata-kata dari lidah yang 'kurang kawalan' itu lebih tajam daripada mata pedang...

0 comments:

Kalau dah rezeki tak ke mana....

Friday, April 12, 2019 Ana 0 Comments


Kalau dah rezeki tak ke mana....


Assalamualaikum & salam sejahtera....

Salam sayyidul ayyam...

Kalau dah rezeki tak ke mana....

Rezeki telah tertulis


Selain menguruskan emak saya, rutin saya setiap hari ialah menjemput anak-anak saudara dari sekolah. Sekolah St John yang terletak di tengah-tengah bandaraya itu kalau tak sesak / jem memang tak sah. Bukan setakat perjalanan ke sekolah tapi di depan sekolah itu sendiri sesak dengan kenderaan yang diparkir di tepi jalan.

Kalau dah rezeki tak ke mana


Baru-baru ini di sebelah kanan jalan depan sekolah itu telah ditambahbaik. Jika sebelum ini bahu jalan itu agak rendah dan telah pecah-pecah batunya, kini ia telah dibaiki dan ditinggikan sedikit daripada aras jalan depan sekolah itu.

Penambahbaikan yang bagus untuk keselesaan pejalan kaki. Yang tak berapa nak bagusnya ialah dengan bahu jalan yang telah ditinggikan, maka tiada lagi tempat untuk ibu bapa atau penjaga hendak parkir kenderaan sementara menunggu anak habis waktu persekolahan. Jika dulu bahu jalan di sebelah kanan itu boleh jadi tempat parkir hampir 30 buah kereta, kini 30 buah kereta sudah hilang tempat bergantung parkir sementara menunggu anak. Jadi jika dulu waktu habis sekolah ialah 12.30 tengahari dan saya tiba di sekolah jam 12 tengahari masih ada lagi tempat kosong untuk parkir kereta. Kini memang tiada harapan nak dapat parkir kereta dan mahu tak mahu terpaksa parkir di ruang parkir bangunan pejabat AIA yang mengenakan bayaran jika lebih daripada 15 minit parkir kenderaan.

Rezeki parking
Bahu jalan yang ditinggikan


Hari Rabu yang lalu saya tiba di depan kawasan sekolah lebih kurang 12 tengahari. Dalam hati memang dah tak berharap akan dapat tenpat parkir kereta. Sedang saya perlahan-lahan pandu kereta, hah ada kereta di depan yang tengah mengundur ke belakang. Mungkin ke kereta itu nak keluar dan saya ada peluang parkir kereta? Semakin saya menghampiri, kereta itu masih belum selesai bergerak ke depan dan ke belakang. Oh, saya sedikit kecewa. Bukan nak keluar, rupa-rupanya kereta itu betulkan kedudukan  parkir keretanya. Disebabkan jalan itu jalan sehala maka saya pun perlu pusing sejauh 3 km untuk lalu di hadapan sekolah semula.

Sambil memandu sekilas saya intai cermin pandang belakang. Aduhai, kereta tadi ada di belakang, kereta itu nak keluar rupa-rupanya!

Laju saya memecut dengan harapan saya akan dapat parkir di tempat kosong yang ditinggalkan kereta tadi. Dalam hati memang rasa tipis sangat dapat parkir di tempat tersebut.

Dah pusing jauh-jauh ni mestilah sementara tu dah ada kereta lain yang parkir tempat tadi...

Takkan lah tempat tadi tu masih kosong lagi, lagipun dah nak dekat 12.30 ni, mesti dah penuh...

Macam-macam yang terlintas dalam hati sementara saya pandu ke sekolah semula.

Semakin dekat dengan tempat parkir yang ditinggalkan kereta itu tadi semakin saya rasa tak mungkin tempat itu kosong. Kereta bertuah mana lah agaknya yang dapat tempat parkir itu.

Saya semakin dekat dengan tempat parkir tadi. Tak sanggup nak tengok kereta mana yang dapat parkir di situ. Tempat yang sepatutnya diparkir dengan kereta saya.

Saya akhirnya tiba di tempat parkir tersebut.

Dengan rasa tak percaya, tempat parkir itu masih kosong.

Setelah saya pandu sejauh 5 km dari tempat parkir itu, tempat itu masih kosong.

Kosong. Satu-satunya tempat parkir yang masih kosong.

Kosong seperti menunggu-nunggu kereta saya tiba di situ.

Kosong seperti telah dikhaskan untuk saya.

Alhamdulillah.

Rezeki dapat tempat parkir.

Cara mudah Tuhan menunjukkan kepada saya bahawa jika sudah rezeki tak ke mana....

☺☺☺☺☺

0 comments:

Menanti hibah Tabung Haji yang tak kunjung tiba....

Thursday, April 04, 2019 Ana 0 Comments


Menanti hibah Tabung Haji yang tak kunjung tiba....


Assalamualaikum & salam sejahtera...


Hibah TH adalah “hadiah” yang diisytihar oleh TH, berdasarkan konsep Wadiah Yad Dhamanah iaitu mengikut kemampuan kewangan TH pada tahun semasa. 
Hibah tidak wajib dibayar oleh TH. Walaupun amalan pemberian hibah dibenarkan, ia tidak boleh dijadikan sebagai amalan tetap bagi mengelakkan amalan tersebut dikira sebagai “‘urf” (kebiasaan) yang menyerupai syarat dalam kontrak deposit berasaskan wadi’ah. Mensyaratkan pulangan dalam bentuk hibah terhadap simpanan wadi’ah boleh menjerumuskan akad tersebut ke dalam riba yang diharamkan syarak dan pulangan itu menjadi sesuatu yang tidak bersih.


Info di atas saya baca daripada laman web Tabung Haji (klik sini). Pertama kali ada rasa nak tahu info lebih lanjut mengenai hibah Tabung Haji. Sebelum ini duduk tunggu pengumuman berapa hibah Tabung Haji saja hehehe. Mungkin sebab kali ini dah masuk bulan April masih belum ada berita mengenai bila hibah Tabung Haji untuk tahun 2018 akan diumumkan. Kebiasaannya hibah Tabung Haji akan diumumkan dalam suku pertama tahun semasa iaitu antara bulan Januari hingga Mac, seperti yang boleh kita lihat untuk 9 tahun yang lepas.


Tahun Hibah - Tarikh diumumkan

Hibah 2017 - 7 Feb 2018
Hibah 2016 - 3 Feb 2017
Hibah 2015 - 4 Feb 2016
Hibah 2014 - 22 Jan 2015
Hibah 2013 - 30 Jan 2014
Hibah 2012 - 7 Feb 2013
Hibah 2011 - 3 Feb 2012
Hibah 2010 - 28 Jan 2011
Hibah 2009 - 3 Feb 2010



Ada yang kata kita menyimpan di Tabung Haji untuk pergi haji, bukannya untuk dapat hibah. Jauh di sudut hati yang paling dalam mesti ada juga kan rasa nak tahu berapa hibah Tabung Haji untuk 2018. Ditambah pula dengan menteri yang bertanggungjawab dah sebut sejak pertengahan Februari yang lalu bahawa hibah Tabung Haji 2018 akan diumumkan dalam masa terdekat, awal atau penghujung bulan Mac. Apabila telah masuk 1 April, pendeposit yang tertunggu-tunggu khabar berita gembira hibah Tabung Haji 2018 telah 'dikejutkan' dengan kenyataan 'hibah akan diumumkan setelah imbangan aset dan tabungan diselesaikan' dan setelah semua urusan 'membetulkan kewangan Tabung Haji' diselesaikan.

Perkembangan terkini ialah hari ini Perdana Menteri sendiri mengumumkan bahawa pembayaran hibah akan diketahui setelah mesyuarat menteri kabinet esok yang akan membincangkan isu berkaitan kewangan Lembaga Tabung Haji (LTH) dan kemampuan LTH untuk membayar hibah.

Oh, baru nak bincang ya?

Tiba-tiba saya rasa macam anak buah tak bagitahu bos apa yang berlaku sampai keadaan jadi sedikit tak terkawal dan bos kena masuk campur untuk selesaikan kerja anak buah.

Tak sabar nak tahu apa pula kejutan menanti selepas ini 🤔

*Update : Hibah Tabung Haji untuk tahun 2018 diumumkan pada kadar 1.25%

0 comments:

Salam Israk Mikraj 1440 Hijrah...

Wednesday, April 03, 2019 Ana 0 Comments



Salam Israk Mikraj 1440 Hijrah...


Assalamualaikum & salam sejahtera....


Salam Israk & Mikraj 1440 Hijrah..

Tarikh 27 Rejab menandakan perjalanan agung Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram di kota suci Mekah ke Masjidil Aqsa di bumi Palestin dan kemudiannya di mikraj kan (perjalanan Nabi Muhammad SAW bertemu Allah di Sidratul Muntaha) kini tiba lagi.

Peristiwa besar dalam Islam dan hadiah yang bermakna daripada peristiwa ini ialah solat 5 waktu yang wajib ditunaikan oleh setiap yang beragama Islam.

Solat sebagai cara untuk kita 'bercakap' dengan Allah SWT.

Solat sebagai cara kita untuk memohon segala hajat dan pertolongan daripada Allah SWT.

Solat sebagai cara menunjukkan kerendahan diri kita sebagai hamba dan tiada daya dan upaya untuk membuat sesuatu pun melainkan dengan pertolongan daripada Allah SWT.

Solat sebagai cara kita bersyukur dengan segala limpah kurnia nikmat yang tidak terhitung daripada Allah SWT.



Israk Mikraj


Solat yang pada asalnya difardhukan sebanyak 50 waktu yang akhirnya dikurangkan kepada 5 waktu setelah Nabi Muhammad SAW memohon keringanan untuk umatnya.  Namun solat 5 waktu itu pahalanya masih menyamai pahala solat 50 waktu.  Kesungguhan Nabi Muhammad SAW turun naik 7 lapisan langit untuk memohon keringanan kerana kasihnya Baginda yang tahu umatnya yang lemah tak mampu untuk tunaikan sehingga 50 waktu. Mungkin kasih sayang Baginda itu boleh kita jadikan motivasi untuk tunaikan solat di kala berat untuk menunaikannya....


Israk Mikraj


Tibanya tarikh Israk Mikraj menandakan Ramadhan semakin hampir. Sempatkah agaknya kita untuk sampai ke bulan yang mulia itu?


Baca juga:
Salam Isra' dan Mikraj 1437H...
Salam Isra' dan Mikraj 1438H...


0 comments:

Bil elektrik tinggi sebab MCB?

Monday, April 01, 2019 Ana 2 Comments



Bil elektrik tinggi sebab MCB?


Assalamualaikum & salam sejahtera...

Semasa mengemas almari petang semalam, saya ada terjumpa alat yang biasa kita nampak pada kotak DB elektrik di rumah kita. DB atau distribution box atau dipanggil juga kotak agihan. Kotak agihan elektrik ini fungsinya mengagihkan bekalan elektrik utama kepada litar-litar yang lebih kecil mengikut penggunaan.

miniature circuit breaker (MCB)



Apabila di google baru saya tahu nama alat tersebut ialah Miniature Circuit Breaker (MCB). Alat ini pula disambung kepada pendawaian soket plug dan pendawaian lampu atau kipas. Fungsinya adalah untuk memutuskan bekalan elektrik jika arus elektrik yang tinggi melebihi kapasiti MCB. Semua info yang sangat berguna ini saya dapat daripada blog Zon 152

Kira-kira hujung tahun 2017 hinggalah pertengahan tahun 2018, bil elektrik di rumah saya melambung dengan sangat-sangat tinggi. Setiap bulan mencapai hingga RM800 lebih. Puas lah buat macam-macam cara yang dicadangkan untuk jimat elektrik, tapi bil elektrik masih juga tinggi. Cabut  plug alat elektrik daripada soket apabila tak digunakan, jimat guna aircond dan jarang tonton tv, kurangkan guna pemanas air dan macam-macam lagi lah yang diusahakan untuk jimat elektrik.  Selain risaukan bil elektrik yang tinggi, kami sekeluarga risaukan juga jika bacaan meter elektrik yang tinggi itu berkemungkinan disebabkan ada arus elektrik yang bocor di mana-mana. Tapi kan kalau ada arus bocor mesti dah berlaku kerosakan pada alat-alat elektrik, betul tak? Selain itu takut juga kalau-kalau ada bebanan elektrik di mana-mana point yang kami tak sedari dan boleh sebabkan litar pintas.

Setelah lama pening kepala memikirkannya, akhirnya kami pun panggil wireman untuk periksa punca bacaan meter elektrik di rumah kami sangat tinggi sekali. Lama juga diperiksanya kotak DB itu, cuba off dan on alat-alat elektrik, aircond di tingkat atas dan bawah, tapi tak jumpa juga puncanya. Kata wireman tersebut, tak ada yang abnormal dalam bacaan arus elektrik yang diperiksanya. Semuanya ok.

Hinggalah apabila wireman tersebut dah nak balik, beliau perasan yang salah satu MCB pada kotak DB tersebut sudah loose atau longgar. Lalu wireman yang baik hati itu pun menukar MCB yang longgar itu dengan yang baru tanpa dikenakan bayaran. Apabila ditanya samada itu boleh menyebabkan bacaan meter elektrik menjadi tinggi, kata beliau tak mungkin itu puncanya. MCB itu setakat longgar saja, bukannya rosak. Pesanan akhir wireman  itu sebelum beredar ialah jimat-jimatlah guna elektrik 😅

Kecewa juga rasanya apabila tak jumpa 'dalang' yang sebabkan bil elektrik tinggi. Takkan nak kena buat wiring semula satu rumah kot?


Baca juga:
Jimat elektrik dengan hanya mencabut plug soket?
5 cara jimat guna aircond di musim panas
Jimat elektrik dengan 7 langkah drastik!


Pada bulan seterusnya, rasa macam nak melompat tinggi-tinggi apabila dapat bil elektrik. Macam tak percaya bila tengok bil elektrik dah turun sehingga RM300! Masih tinggi, tapi dah banyaaaaaaaaak sangat kurangnya berbanding RM800 lebih yang kami bayar selama ini

Jadi, memang MCB yang longgar itulah yang sebabkan bacaan meter elektrik menjadi tinggi, agaknya?

Kalau anda pun ada masalah macam saya, pening kepala nak bayar bil elektrik yang tinggi dan tak tahu apa punca bil elektrik tinggi melambung, mungkin anda pun boleh cuba dapatkan khidmat wireman untuk periksa kalau-kalau ada masalah dengan MCB kotak DB rumah anda.

Selamat mencuba!

☺☺☺

2 comments:

Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2019 : Tahniah Malaysia di tempat ke-3

Saturday, March 30, 2019 Ana 0 Comments


Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2019 : Tahniah Malaysia di tempat ke-3



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Tahniah pasukan hoki negara kerana berjaya dapat tempat ke-3 dalam perlawanan Hoki Sultan Azlan Shah (HSAS) 2019 setelah berjaya menewaskan Canada dalam aksi penentuan tempat ke-3 dengan jaringan 4-2 petang tadi. Kejayaan ini memperbaiki pencapaian tempat ke-4 dalam edisi yang lepas. Walaupun Canada yang mula berjaya dapat mata pertama, pasukan hoki negara terus mempamerkan semangat juang yang tinggi dan aksi garang mengasak kubu lawan tanpa henti. Gol-gol skuad negara dijaringkan oleh Aiman Rozemi, Azrai Abu Kamal, Tengku Tajuddin dan Faizal Saari.

Malaysia lawan Canada


Saya hanya mula ikuti perlawanan yang libatkan pasukan negara ketika menentang pasukan Jepun. Saya tak sempat tengok Malaysia kalahkan Poland 5-1. Apabila sebut pasal hoki dan Jepun,perkara pertama yang saya akan teringat ialah 'tragedi' kekalahan kepada Jepun ketika sukan Asia yang lalu. Perlawanan yang boleh buat sakit jantung apabila dah sangat hampir nak menang tapi Jepun dengan gigihnya mengejar sehinggalah pasukan hoki negara dihampakan melalui penentuan pukulan penalti. Memang tak boleh lupa sampai bila-bila. Jadi bila pasukan hoki negara berhadapan dengan Jepun dalam HSAS dan berjaya tewaskan Jepun dengan 3-2 memang lega rasanya. Itu pun setelah penat berdebar-debar nak tunggu hingga wisel penamat dibunyikan.

Malaysia lawan Canada


Tewas 4-2 kepada pasukan hoki India dan tewas lagi 2-1 dengan Korea setelah menang ke atas Poland dan Jepun dalam HSAS memang sedikit mengecewakan. Peluang untuk jaringkan gol banyak tercipta tapi apa kan daya penyudah yang diharapkan kadang kala tidak menjadi. Begitu juga dengan peluang melalui pukulan sudut penalti sentuhan pemain senior Razie Rahim (favourite player saya ☺) dan Faizal Saari yang juga kurang menyengat. Apa- apa pun tahniah kepada pasukan Speedy Tigers yang tak mudah menyerah kalah. Perlawanan menentang Canada tadi dipenuhi aksi-aksi menarik seperti set-piece cantik untuk jaringan gol pertama (Razie Rahim -> Faizal Saari -> Aiman) 'dive' /layangan badan Tengku Tajuddin untuk gol ke-3 dan juga sedikit cemas apabila bermain dengan 9 orang pemain saja selepas Fitri Saari dilayangkan kad kuning dan seorang lagi pemain (lupa yang mana satu) menerima kad hijau sebelum itu.

Malaysia lawan canada


Korea Selatan dinobatkan sebagai juara HSAS setelah menang 4-2 ke atas India melalui shootout. Gol penalti yang dijaringkan oleh kapten Korea, Lee Namyong itu memang 'win' betul lah!

Juara - Korea Selatan

Naib Juara - India

Tempat ke-3 - Malaysia

Fair Play Award - Jepun

Best Player - Surender Kumar (India)

Top Scorer (7 gol) - Jang Jonghyun (Korea) / Mandeep Singh (India) ...kalau tak silap Faizal Saari 6 gol dalam tournament ni

Best Goalkeeper - Kim Jaehyeon (Korea)

Man of the match (final) - Jang Jonghyun (Korea)


0 comments:

Rezeki terpijak, rezeki ayam goreng...

Friday, March 29, 2019 Ana 0 Comments



Rezeki terpijak, rezeki ayam goreng...


Assalamualaikum & salam sejahtera....

Salam sayyidul ayyam...

Rezeki terpijak. Apa itu rezeki terpijak?

Pada saya rezeki terpijak itu ialah rezeki yang tak disangka-sangka. Rezeki yang kita tak jangka tiba-tiba ada di depan mata.

Tapi kan, macam mana pula kalau rezeki yang dijangka itu kita dapat mungkin disebabkan oleh kecuaian pihak tertentu? Masih dikira rezeki terpijak atau tidak?

Macam ni ceritanya...

2 minggu yang lepas saya ke restoran makanan segera ayam goreng. Menu biasa saya dan anak-anak saudara ialah snack plate. Cukuplah seorang makan 2 ketul ayam goreng itupun kadang-kadang tak habis. Selain ayam goreng, biasanya saya akan minta tukar coleslaw dengan whipped potato dan air pepsi pula ditukar dengan ice lemon tea.

"Saya nak take away 5 set snack plate. Semua spicy. Semua tak nak coleslaw, ganti dengan whipped potato. Air nak 1 pepsi, 4 ice lemon tea. Semua tak nak ais"

Itu dialog pesanan saya setiap kali ke restoran tersebut. Dan setiap kali itu juga saya akan dapat set yang betul kecuali ada satu dua kali coleslaw itu terlupa ditukarkan dengan whipped potato. Memang jadi kebiasaan sebelum tinggalkan restoran itu saya akan periksa dulu pesanan yang diterima betul atau tidak.

Tapi 2 minggu yang lepas, lain pula yang berlaku. Setelah buat pesanan seperti biasa di kaunter, saya pun dapat apa yang dipesan tanpa perlu tunggu lama sebab orang pun tak ramai. Tanpa fikir panjang atau periksa betul atau tidak set yang saya terima, terus saja saya balik ke rumah bersama 5 set snack plate tersebut.

Apabila sampai saja di rumah...

"Eh, kenapa kotak ni besar?"

Saya tak hiraukan sangat apabila anak saudara saya bertanyakan soal kotak yang besar. Saya tak perasan pun sebenarnya saiz kotak set yang saya terima di restoran tadi.

"Adik tak nak ayam besar, nanti tak abis. Adik nak yang kecik je. Eh, kenapa ayam ada 3 ketul?"

Hah, 3 ketul?

Biar betul. Saya periksa kelima-lima kotak dan memang kesemuanya ada 3 ketul ayam. Setahu saya 3 ketul ayam adalah untuk set dinner plate kan?

Banyak kali juga saya belek resit belian. Memang harga yang saya bayar adalah untuk set snack plate. Snack plate sekarang dah ada 3 ketul ayam ke?

Saya cari-cari dan bandingkan dengan resit pembelian yang dulu. Set menu yang sama dan harga yang sama cuma ada sedikit kelainan pada info di resit. Bezanya juga kali ini dengan harga untuk snack plate saya dapat 3 ketul ayam.

Harga yang sama tapi dapat extra ayam pula


Adakah memang ini harga baru untuk dinner plate? Tapi kan saya buat pesanan untuk snack plate? 🤔

Adakah ini kesilapan staf bertugas semasa sediakan pesanan?

Atau ini rezeki terpijak?

🤔🤔🤔

0 comments: