Kalau dah rezeki tak ke mana....
Kalau dah rezeki tak ke mana....
Assalamualaikum & salam sejahtera....
Salam sayyidul ayyam...
Kalau dah rezeki tak ke mana....
Selain menguruskan emak saya, rutin saya setiap hari ialah menjemput anak-anak saudara dari sekolah. Sekolah St John yang terletak di tengah-tengah bandaraya itu kalau tak sesak / jem memang tak sah. Bukan setakat perjalanan ke sekolah tapi di depan sekolah itu sendiri sesak dengan kenderaan yang diparkir di tepi jalan.
Baru-baru ini di sebelah kanan jalan depan sekolah itu telah ditambahbaik. Jika sebelum ini bahu jalan itu agak rendah dan telah pecah-pecah batunya, kini ia telah dibaiki dan ditinggikan sedikit daripada aras jalan depan sekolah itu.
Penambahbaikan yang bagus untuk keselesaan pejalan kaki. Yang tak berapa nak bagusnya ialah dengan bahu jalan yang telah ditinggikan, maka tiada lagi tempat untuk ibu bapa atau penjaga hendak parkir kenderaan sementara menunggu anak habis waktu persekolahan. Jika dulu bahu jalan di sebelah kanan itu boleh jadi tempat parkir hampir 30 buah kereta, kini 30 buah kereta sudah hilang tempat
Bahu jalan yang ditinggikan |
Hari Rabu yang lalu saya tiba di depan kawasan sekolah lebih kurang 12 tengahari. Dalam hati memang dah tak berharap akan dapat tenpat parkir kereta. Sedang saya perlahan-lahan pandu kereta, hah ada kereta di depan yang tengah mengundur ke belakang. Mungkin ke kereta itu nak keluar dan saya ada peluang parkir kereta? Semakin saya menghampiri, kereta itu masih belum selesai bergerak ke depan dan ke belakang. Oh, saya sedikit kecewa. Bukan nak keluar, rupa-rupanya kereta itu betulkan kedudukan parkir keretanya. Disebabkan jalan itu jalan sehala maka saya pun perlu pusing sejauh 3 km untuk lalu di hadapan sekolah semula.
Sambil memandu sekilas saya intai cermin pandang belakang. Aduhai, kereta tadi ada di belakang, kereta itu nak keluar rupa-rupanya!
Laju saya memecut dengan harapan saya akan dapat parkir di tempat kosong yang ditinggalkan kereta tadi. Dalam hati memang rasa tipis sangat dapat parkir di tempat tersebut.
Dah pusing jauh-jauh ni mestilah sementara tu dah ada kereta lain yang parkir tempat tadi...
Takkan lah tempat tadi tu masih kosong lagi, lagipun dah nak dekat 12.30 ni, mesti dah penuh...
Macam-macam yang terlintas dalam hati sementara saya pandu ke sekolah semula.
Semakin dekat dengan tempat parkir yang ditinggalkan kereta itu tadi semakin saya rasa tak mungkin tempat itu kosong. Kereta bertuah mana lah agaknya yang dapat tempat parkir itu.
Saya semakin dekat dengan tempat parkir tadi. Tak sanggup nak tengok kereta mana yang dapat parkir di situ. Tempat yang sepatutnya diparkir dengan kereta saya.
Saya akhirnya tiba di tempat parkir tersebut.
Dengan rasa tak percaya, tempat parkir itu masih kosong.
Setelah saya pandu sejauh 5 km dari tempat parkir itu, tempat itu masih kosong.
Kosong. Satu-satunya tempat parkir yang masih kosong.
Kosong seperti menunggu-nunggu kereta saya tiba di situ.
Kosong seperti telah dikhaskan untuk saya.
Alhamdulillah.
Rezeki dapat tempat parkir.
Cara mudah Tuhan menunjukkan kepada saya bahawa jika sudah rezeki tak ke mana....
☺☺☺☺☺
0 comments: