Covid-19: Tolong jangan leka, kita masih belum menang!
Covid-19: Tolong jangan leka, kita masih belum menang!
Assalamualaikum & salam sejahtera...
Takut tengok ramai orang yang dah selesa.
Selesa macam Covid-19 dah tak ada. Selesa macam Covid-19 dah ada vaksinnya.
Pergi warung ramai dah tak pakai mask / pelitup muka. Lebih menakutkan bila yang tak pakai mask tu ialah golongan pakcik dan makcik. Dan tambah menakutkan bila pakcik dan makcik ini pandang saya yang pakai mask ni dengan pandangan pelik. Pelik tengok saya pakai mask pergi warung 🙁
Pergi restoran pun dah tak begitu bersungguh pemilik restoran nak check suhu pengunjung. Ada yang di check suhu nya, ada yang tidak. Pelanggan yang keluar masuk restoran ada yang tulis nama, ada yang tidak.
Pergi kedai runcit, ada pelanggan yang palai pelitup muka, ada yang tidak. Sampai hari ini saya tak boleh nak lupa ketika baru nak melangkah masuk ke sebuah kedai runcit pada suatu hari. Masa itu di kaunter ada seorang pelanggan tengah buat bayaran. Kaunter bayaran kan dekat dengan pintu masuk. Lagi 5 langkah saya nak masuk ke kedai, tiba-tiba....
"Achoooooommmmm!"
Aduhai. Pelanggan lelaki yang tengah buat bayaran itu bersin dengan sekuat-kuatnya. Sudah lah tak pakai pelitup muka, bersin pula dengan kuat tanpa menutup mulut. Mujur cashier tu pakai pelitup muka, kalau tak memang habis semua 'hasil semburan' bersin lelaki itu tadi singgah di mukanya.
Credit : Twitter DGHisham |
Itu belum lagi yang dilihat di tv. Dalam satu berita yang menunjukkan seorang yang berjawatan tinggi menziarahi keluarga yang baru kematian ketua keluarga. Ramai yang menziarahi dan hadiri majlis pengkebumian. Dan dalam ramai-ramai itu hanya seorang dua yang memakai pelitup muka. Yang tak menariknya bila individu berjawatan itu sebaik sahaja turun dari keretanya terus bersalaman, bertepuk bahu dan beramah mesra secara dekat dengan mereka yang hadir. Eh, dah boleh bersalaman dan bertepuk tampar ke? 🤔
Memang betul telah lama angka kes baru harian di negara kita hanya satu atau dua angka. Tapi itu tak bermakna kita boleh lupakan semua SOP dan kembali kepada norma hidup yang lama. Selagi tiada vaksin ditemui untuk Covid-19, selagi itu lah kita perlu terus amalkan kawalan kendiri terutamanya penjarakkan sosial, kebersihan diri dan pemakaian pelitup muka. Agak menakutkan apabila satu demi satu kluster baru ditemui sejak kebelakangan ini.
Semalam saya ke Aeon Setiawangsa. Mujur masih ramai yang ada kesedaran untuk kawalan kendiri. Kebanyakannya masih memakai pelitup muka. Di pintu masuk ada yang check suhu dan semak info check-in. Sanitizer disediakan dan ada juga kelihatan pengunjung yang sedang beratur di kaunter bayaran pakai sanitizer yang dibawa sendiri.
Perjuangan kita melawan Covid-19 masih belum selesai. Kita jangan terlalu selesa, kawan-kawan. Kita semua masih ingat betapa tak selesanya kita ketika awal PKP dahulu. Kita semua mesti tak nak melaluinya semula kan? Masih ingat betapa 'syahdunya' kita semua bila tidak dapat pulang beraya disebabkan PKP ketika Hari Raya Aidilfitri yang lalu? Jangan sampai 'syahdu' itu kembali jika PKP dilaksanakan ketika Hari Raya Aidiladha dan larangan rentas negeri dikenakan semula nanti 😯. Bak kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah:
“Success breeds complacency and complacency breeds failure.”
"Rakyat disarankan untuk terus amalkan kawalan kendiri.
Jangan leka dan ambil mudah.
Kita jaga kita, kita jaga keluarga kita.
Kita jaga komuniti dan negara.
Kalau bukan kita siapa lagi?"
#kitajagakita
#stopcovid19
0 comments: