Sekolah dibuka, Covid-19 dan norma baru...
Assalamualaikum & salam sejahtera....
"Apa perasaan adik bila mula sekolah hari ini?"
"Gembira dan sedih"
"Kenapa gembira dan kenapa sedih?"
"Gembira sebab dapat jumpa kawan-kawan. Sedih sebab tak dapat duduk rumah"
☺☺☺☺☺
Jujur adik ni jawab soalan yang ditanya wartawan dalam berita tv yang saya tonton tadi.
Ketika Covid-19 masih belum muncul, cuti sekolah sebulan pun dah terasa liat bila nak mula bersekolah semula. Ini kan pula bila dah 'dicutikan sekolah' selama hampir 4 bulan. Tambahan pula 'cuti sekolah tak sengaja' kali ini ditemani ibu bapa yang bekerja dari rumah dan sentiasa ada bersama anak-anak 24 jam. Lagi liat nak sekolah semula bila anak-anaj ini tengok ibubapa masih bekerja dari rumah dan anak pula dah kena kembali ke sekolah!
Begitulah.
Credit : astroawani.com |
Covid-19 banyak merubah norma biasa kehidupan kita. Pelajar yang dah biasa dengan pembelajaran konvensional mengadap guru di sekolah telah berubah 360 darjah apabila mula belajar secara online di rumah. Kini apabila kembali semula ke sekolah berhadapan pula dengan pelbagai aturan SOP yang perlu dibiasakan.
Masuk sekolah satu pintu, keluar sekolah dari pintu yang lain.
Tiada lagi bersalaman hormat dengan guru, hanya letak tangan di dada tanda hormat.
Suhu badan perlu diperiksa dan tangan perlu dicuci atau dipakai hand sanitizer sebelum masuk ke kelas.
Pelitup mula perlu sentiasa ada dan dipakai bila perlu.
Tiada lagi perhimpunan sebelum kelas bermula.
Tiada lagi berlari-lari riang ke kantin apabila tiba waktu rehat untuk beli makanan. Lebih mudah jika bawa saja bekal daripada rumah. Jika tidak, makanan yang telah siap dibungkus dijual di kantin dan perlu dimakan di dalam kelas.
Tiada lagi kejar-mengejar di padang atau berebut bola waktu pendidikan jasmani.
Semuanya perlu teratur dan ikut peraturan baru.
Alah biasa tegal biasa.
Mungkin agak janggal dan kekok pada permulaannya tapi InsyaAllah akan terbiasa juga.
Semoga dipermudahkan segala urusan cikgu-cikgu sebagai frontliners di sekolah.
Semoga semua kegigihan para pelajar untuk berjuang menimba ilmu dikala Covid-19 masih berkeliaran juga dipermudahkan. Semoga anak-anak ini dilindungi daripada Covid-19 dan dijauhkan kita daripada kedengaran kes Covid-19 di sekolah-sekolah.
Aminnnn...
☺☺☺☺☺
0 comments: