Puasa sunat hari Arafah, rebut peluang diampunkan dosa....
Puasa sunat hari Arafah, rebut peluang diampunkan dosa....
Assalamualaikum & salam sejahtera....
Sebagai manusia biasa kita tak terlepas daripada buat dosa. Dosa yang kecil atau besar. Disa yang sengaja atau tak disengajakan. Dosa yang kita lakukan secara sembunyi mahupun secara terang-terangan. Dosa yang Tuhan lebih mengetahui daripada diri kita sendiri. Dosa yang setinggi gunung, seluas lautan dan sebanyak pasir di pantai 😓
Sempat atau tidak kita nak bertaubat atas segala dosa-dosa yang tak terhitung itu...?
"Daripada Abu Qatadah bahawasanya Nabi saw bersabda:
صِيَامُ يَومِ عرفة أَحْتَسِبُ عَلَى الله أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ التي قَبْلَهُ والسنة التي بَعْدَهُ
Maksudnya:” Puasa pada hari Arafah,Aku berharap pada Allah agar dihapuskan dosa yang sebelum dan selepas tahun itu.”
- Riwayat Muslim (1162)
Jom kita sama-sama rebut peluang memohon pengampunan dosa dengan melaksanakan puasa sunat Arafah pada esok, 30 Julai 2020 bersamaan 9 Zulhijjah 1441 Hijrah.
Kalau tak esok, bila lagi?
Tahun depan belum tentu kita dapat bertemu lagi dengan hari Arafah, hari paling ramai umat dibebaskan daripada neraka.
"Daripada Sayidatina Aisyah, Rasulullah SAW bersabda:
مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ثُمَّ يُبَاهِى بِهِمُ الْمَلاَئِكَةَ فَيَقُولُ مَا أَرَادَ هَؤُلاَءِ
Maksudnya : Tiada hari yang Allah banyak membebaskan daripada neraka melebihi hari Arafah. Allah mendekati mereka lalu Allah membanggakan mereka kepada para malaikat. Allah berfiman, 'Apa yang diinginkan oleh mereka?'
- Riwayat Muslim (3354), Ibnu Majah (3014)
Rugi kan kalau tak rebut peluang ni?
Jom kita puasa sunat hari Arafah esok!
0 comments: