Wujud kah penyewa dari 'syurga'?
Wujud kah penyewa dari 'syurga'?
Assalamualaikum & salam sejahtera....
Penyewa dari 'syurga'.
Sebagai tuan rumah, macam best saja bunyi nya kan?
Berbahagialah si tuan rumah yang bertuah dapat penyewa dari 'syurga' ini. Tak perlu nak pening-pening kepala fikirkan duit sewa rumah setiap bulan. Tak perlu nak risau hal-hal rumah yang pastinya dijaga dengan baik oleh penyewa dari 'syurga' itu. Tak perlu juga nak risau kalau-kalau bil elektrik dan air yang tidak dibayar oleh si penyewa.
Masa mula-mula ambil keputusan untuk menyewakan rumah saya di Bangi dulu, macam-macam yang saya fikirkan. Takut rumah dirosakkan si penyewa. Takut penyewa tak bayar sewa dan bil tertunggak kemudian lari tinggalkan rumah begitu saja. Secara jujurnya memang saya berharap sangat saya dapat jadi tuan rumah yang bertuah dapat penyewa dari 'syurga' itu. Tapi itulah. Bukan mudah nak jadi orang yang bertuah 😒
Penyewa rumah saya ialah sepasang suami isteri dengan dua orang anak perempuan mereka. Semasa bulan-bulan yang terawal menyewa, saya dan emak akan ke rumah tersebut untuk ambil duit sewa. Masuk bulan ketiga, saya tidak lagi dapat ke sana memandangkan emak pun tak berapa sihat jadi si penyewa rumah akan bank in saja duit sewa ke dalam akaun bank saya. Ok, tak ada masalah dengan duit sewa setakat ini.
Yang jadi masalah saya ialah penyewa rumah saya ini 'suka' lewat membayar bil elektrik dan air. Bil-bil tertunggak hingga berbulan-bulan. Bil elektrik tertunggak 3 bulan hingga menjadi RM500 lebih. Peringatan lewat bayar bil elektrik sering saya terima melalui SMS daripada TNB. Pernah sekali emak saya yang bercakap dengan si penyewa di telefon bertanyakan mengenai bil tertunggak. Apa jawapan si penyewa?
"Makcik dengar sini baik-baik. Saya bayar bil elektrik RM500 sekaligus tau. Siapa kata saya tak bayar bil?"
Ya, memang lah bayar RM500 sebab bil dah tertunggak. Salah ke saya sebagai tuan rumah mengingatkan si penyewa untuk bayar bil dan elakkan daripada tertunggak?
Jika dengan emak saya pun sudah begitu 'elok' sekali bahasa si penyewa, dengan saya apa lah sangat.
"Saya tahulah nak bayar apa yang perlu. Saya pun ada perancangan kewangan saya sendiri. Takkan saya nak biarkan anak isteri saya bergelap. Saya bukan nya tak bayar, cuma lewat je. Akak tak boleh lah nak control kewangan saya macam ni sekali. Ni first time saya dapat tuan rumah macam ni"
Puas juga saya skrol atas bawah mesej dalam whatsapp saya dengan beliau semata-mata hendak mencari bahagian mana yang dikatakan saya mengawal kewangan si penyewa. Saya cuma minta bayar bil sebelum tarikh akhir, jangan dibiar tertunggak. Itu pun dikira sebagai kawal kewangan si penyewa kah?
Terkilan juga apabila difikirkan mengenai sikap penyewa saya ini. Berbeza sungguh perwatakan beliau yang saya kenal dengan perwatakan yang beliau tonjolkan dalam Facebook nya. Penyewa saya ialah seorang yang menjalankan kerja-kerja kebajikan. Agak dikenali juga orangnya dan pernah muncul dalam temubual di tv. Pernah juga kisah kerja-kerja amalnya disiarkan dalam suratkhabar. Setiap kerja amalnya akan dikongsi di dalam FB beliau dan turut sama mendapat sumbangan daripada kalangan followersnya. Salah satu kerja amal yang pernah beliau kongsikan ialah mengumpul dana bagi sebuah sekolah tahfiz untuk bantu membayar bil elektrik yang tertunggak sekolah tersebut.
Ermmm..macam mana pula dengan bil elektrik yang tertunggak untuk rumah saya?
Penyewa dari 'syurga'....mungkin hanya wujud dalam angan-angan saja....😒
0 comments: