Drama Mr Grey : Best loghat utara hangpa! (betul ke ayat ni?)
Drama Mr Grey : Best loghat utara hangpa! (betul ke ayat ni?)
Assalamualaikum & salam sejahtera....
"Awat tak habaq nak bawa balik CEO?"
"Awat? Mak nak pakai lipstick ka?"
Dialog di antara Nisa Ardina (lakonan Eyra Hazali) dan emaknya (Fauziah Dato Ahmad Daud) dalam drama bersiri Mr Grey ini memang spontan buat saya tergelak. Bagi saya yang memang tak pandai loghat utara tapi sangat suka dengar orang cakap utara ni, memang menjadi sungguh gandingan 2 pelakon ini dalam drama Mr Grey yang sedang hangat bersiaran di Astro Ria.
Drama Mr Grey adaptasi novel karya penulis hebat Syamnuriezmil yang ditonton jalan ceritanya setakat ini ringkas saja. Masih berkisar kepada kisah-kisah yang biasa dipaparkan dalam drama-drama Melayu yang lain. Kisah cinta berlainan darjat, perebutan kuasa dalam syarikat, kisah cinta tak dapat restu keluarga dan juga kisah cinta tak berbalas. Bagi saya yang menjadi tarikan untuk tonton drama ini selain daripada Mr Grey (lakonan Fendy Bakry) yang manis bergula bila tersenyum 😊😊😊 atau babak-babak 'pikatline' Mr Grey, ialah babak-babak yang guna loghat utara antara Nisa dan emaknya (teringat saya dalam drama Tuan Anas Mikael yang juga karya Syamnuriezmil pun banyak guna loghat utara walaupun tak sebanyak dalam drama Mr Grey ini). Suka sangat-sangat dengar loghat utara depa nih! Tapi kadang kala serabut juga bila tonton watak Nisa yang kalut memanjang tu hehehhe....
0 comments: