Akhirnya ke bilik bedah juga....

Sunday, May 06, 2018 Ana 0 Comments



Akhirnya ke bilik bedah juga....


Assalamualaikum & salam sejahtera....

Jari jemari sudah tidak mampu ditahan-tahan lagi ingin melepaskan gian mengetuk kekunci laptop. Turun naik kehidupan sepanjang 6 bulan yang lepas agak tidak menggembirakan namun masih banyak yang perlu disyukuri. Hari ini saya kembali menulis.

Pengalaman melalui momen-momen sebelum dan selepas emak saya menjalani pembedahan tulang belakang memang penuh dengan dugaaan, Setelah cuba bertahan dengan menjalani pelbagai rawatan alternatif, akhirnya emak saya terpaksa juga mengambil keputusan yang paling sukar dalam hidup beliau iaitu untuk menjalani pembedahan tulang belakang.


Pembedahan spinal stenosis



Mengapa perlu jalani pembedahan?

Spinal stenosis. Dalam bahasa mudahnya ialah penyempitan laluan saraf di tulang belakang. Saraf terhimpit. Kaki emak saya menjadi kebas, rasa sejuk, berat dan daripada boleh berjalan menggunakan tongkat, sedikit demi sedikit menjadi semakin sukar dan akhirnya hanya mampu duduk di kerusi roda...

Bila menjalani pembedahan?

Di saat langit malam bercahaya dan bunyi mercun berdentum dentam menyambut ketibaan Tahun Baru Cina, emak saya baru saja selesai menjalani pembedahan 7 jam sebelumnya.

Soalan yang paling penting. Selepas pembedahan, adakah kini emak saya sudah mampu berjalan?

Tidak, Emak saya masih belum boleh berjalan. Malah untuk berdiri pun sukar sekali. Kecewa? Tipulah jika saya katakan saya tidak kecewa. Namun itu semua sudah dijangkakan. Proses pemulihan mengambil masa yang agak lama. Tidak pelik memandangkan saraf itu sendiri sudah sekian lama terhimpit sebelum ini.

Berulang alik ke hospital kerajaan untuk jalani fisioterapi, di'perli' ahli fisio dengan kata-kata berbisa, pengalaman jalani rawatan akupunktur yang tak menjadi, dilempar kata-kata yang melemahkan semangat oleh seorang doktor pakar serta banyak lagi suka duka sepanjang kami mencari rawatan terbaik dalam usaha hendak mengelakkan pembedahan. InsyaAllah akan saya kongsikan semuanya dalam coretan saya yang akan datang....

😊😊😊

*Banyak yang perlu saya baiki di blog yang dah lama bersawang ini. Maaf ya jika ada link/pautan yang tak redirect ke laman yang sepatutnya. Berikan saya sedikit masa untuk 'membetulkan keadaan'  ðŸ˜…😅😅



0 comments: