Cara bijak untuk kutip hutang!
Cara bijak untuk kutip hutang!
Assalamualaikum & salam sejahtera...
Anda ada hutang yang tak dibayar dengan mana-mana institusi pinjaman, badan utiliti mahu pun dengan orang perseorangan?
Bertambah malang pula jika anda tak pernah terlintas di hati pun nak bayar hutang itu?
Kalau di Malaysia mungkin anda mampu lagi nak elak-elak dan bertangguh membayar hutang, tapi siap sedia lah jika anda tergolong dalam golongan yang liat bayar hutang dan anda tinggal di Rusia!
Sebuah syarikat utiliti di Rusia telah menggunakan cara yang 'kreatif' dalam usaha membuatkan penggunanya membayar bil yang tertunggak. Bagus juga idea meletakkan sebuah piramid konkrit yang tertulis 'Seorang Penghutang Tinggal Di Sini' di luar rumah si penghutang (baca lebih lanjut di sini). Piramid konkrit seberat 3 tan dan setinggi 1.5 meter itu secara tidak langsung pastinya akan membuatkan si penghutang (dan sesiapa saja yang tinggal di rumah tersebut) menanggung malu dan akan cuba juga cari jalan untuk melunaskan hutang yang tertunggak sekian lama.
Kredit : utusan.com.my |
Tak kisah lah hutang itu kecil jumlahnya mahupun hutang yang mencapai puluhan ribu, hutang tetap dikira sebagai hutang dan wajib dibayar. Tatkala 'seronoknya' menggunakan utiliti (tapi tak mahu bayar!) atau ketika manisnya mulut berbicara ketika merayu memohon hutang, tak timbul kah sedikit pun rasa bersalah di hati si penghutang agaknya. Seronok guna utiliti 'percuma'. Seronok buatkan pemiutang seperti peminta sedekah pula meminta kembali wang yang dipinjamkan. 😒😒😒
Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari (Hadis Riwayat Imam Baihaqi)
Semoga kita semua dipermudahkan dalam membayar hutang......
0 comments: