Cara bijak untuk kutip hutang!

Monday, May 14, 2018 Ana 0 Comments




Cara bijak untuk kutip hutang!



Assalamualaikum & salam sejahtera...


Anda ada hutang yang tak dibayar dengan mana-mana institusi pinjaman, badan utiliti mahu pun dengan orang perseorangan?

Bertambah malang pula jika anda tak pernah terlintas di hati pun nak bayar hutang itu?

Kalau di Malaysia mungkin anda mampu lagi nak elak-elak dan bertangguh membayar hutang, tapi siap sedia lah jika anda tergolong dalam golongan yang liat bayar hutang dan anda tinggal di Rusia!

Sebuah syarikat utiliti di Rusia telah menggunakan cara yang 'kreatif' dalam usaha membuatkan penggunanya membayar bil yang tertunggak.  Bagus juga idea meletakkan sebuah piramid konkrit yang tertulis 'Seorang Penghutang Tinggal Di Sini' di luar rumah si penghutang (baca lebih lanjut  di sini). Piramid konkrit seberat 3 tan dan setinggi 1.5 meter itu secara tidak langsung pastinya akan membuatkan si penghutang (dan sesiapa saja yang tinggal di rumah tersebut) menanggung malu dan akan cuba juga cari jalan untuk melunaskan hutang yang tertunggak sekian lama.

Kredit : utusan.com.my


Tak kisah lah hutang itu kecil jumlahnya mahupun hutang yang mencapai puluhan ribu, hutang tetap dikira sebagai hutang dan wajib dibayar. Tatkala 'seronoknya' menggunakan utiliti (tapi tak mahu bayar!) atau ketika manisnya mulut berbicara ketika merayu memohon hutang, tak timbul kah sedikit pun rasa bersalah di hati si penghutang agaknya. Seronok guna utiliti 'percuma'. Seronok buatkan pemiutang seperti peminta sedekah pula meminta kembali wang yang dipinjamkan. 😒😒😒

Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari (Hadis Riwayat Imam Baihaqi)

Semoga kita semua dipermudahkan dalam membayar hutang......



0 comments:

Tahniah Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-7!

Friday, May 11, 2018 Ana 0 Comments


Tahniah Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-7!


Assalamualaikum & salam sejahtera....


Rakyat Malaysia mahu kan perubahan dan kini rakyat Malaysia telah bersuara. Apa yang paling membanggakan, rakyat Malaysia sehati sejiwa memilih jalan yang betul melalui prinsip demokrasi dalam menuntut perubahan demi melihat Malaysia yang baru. Rakyat Malaysia tidak memilih kekerasan, tidak memilih tunjuk perasaan di jalanan. Rakyat Malaysia dengan penuh semangat menzahirkan tanggungjawab dalam memilih barisan kepimpinan baru yang diharapkan melalui saluran yang betul. Berduyun-duyun pulang ke kampung, beramai-ramai turun ke tempat mengundi dan sanggup berbaris panjang menanti giliran, semata-mata untuk menggunakan kuasa jari keramat memangkah calon pilihan.

Tahniah rakyat Malaysia!


Pilihanraya yang paling bersejarah untuk Malaysia dan juga untuk saya. Dalam pilihanraya-pilihanraya yang lepas saya berjaga juga hingga lewat malam tapi untuk pilihanraya kali ini gagah juga bersengkang mata hingga jam 3:30 pagi menonton satu demi satu keputusan yang mengejutkan ramai pihak. Selepas jam itu memang saya menyerah kalah'  lah dan masuk tidur. Memang tak mampu tandingi Tun Dr Mahathir yang mungkin tak tidur agaknya malam itu. Hebat Tun!









Ramai yang tak menjangkakan kerajaan Malaysia akan bertukar dalam pilihanraya kali ini. Malah ada saya terbaca di Facebook seorang individu yang mempunyai syarikat penerbitan yang berjanji akan memberikan diskaun sehingga 90 peratus untuk setiap buku terbitannya jika kerajaan bertukar dalam pilihanraya kali ini. Diskaun itu pula bukan hanya untuk tempoh tertentu tapi untuk selama-lamanya! Beliau berani berjanji sedemikian rupa kerana begitu yakin peralihan kuasa tidak akan berlaku. Adakah penerbit itu berani untuk menunaikan janji tersebut? 😎😎😎


Selamat berkhidmat kepada barisan kepimpinan yang baru. Semoga harapan dan kepercayaan rakyat tidak dikhianati dan semoga rakyat sentiasa didahulukan dalam apa jua tindakan dalam kepimpinan nanti!



0 comments:

Hari ini 9 Mei 2018, Malaysia Memilih...

Wednesday, May 09, 2018 Ana 0 Comments


Hari ini 9 Mei 2018, Malaysia Memilih...



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba.

Inilah hari nya.

Hari ini Malaysia memilih.

Hari ini, 9 Mei 2018, seramai 14.9 juta rakyat Malaysia yang berdaftar sebagai pengundi di seluruh negara akan membuat pilihan di 8253 pusat mengundi.

Pilihan yang akan menentukan siapa yang bakal menduduki 222 buah kerusi Parlimen dan 505 buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pilihan yang akan menentukan hala tuju negara Malaysia untuk tempoh 5 tahun akan datang.


Malaysia memilih 2018

Malaysia memilih 2018



Pilihanraya umum ke 14

Saya dah selesai mengundi seawal jam 8.45 pagi tadi. Sampai di pusat mengundi Sekolah Rendah Agama Integrasi Taman Keramat jam 7.50 pagi. Dengan yakinnya terus melangkah dan beratur di saluran 5 sebaik saja dapat masuk ke pusat mengundi yang dibuka jam 8 pagi. Jiran sebelah rumah beratur di belakang saya di barisan yang sama. Suami beliau bertugas sebagai pemerhati di saluran 2. "Berapa nombor siri?" tanya si jiran. "Alamak kena ingat nombor siri ke?" Cuak pula saya dengan soalan akak jiran itu. "Senang sikit kalau ada nombor siri, cepat sikit nak semak. Nah, amik hp ni check" kata akak jiran sambil hulurkan hp beliau yang dah tersedia terpampang aplikasi MySPRSemak itu. Tak lama menunggu dalam barisan dan akhirnya tiba giliran saya. Kerani pertama menyemak nombor siri dan nombor kad pengenalan. Dipandangnya MyKad saya dan wajah saya bergilir-gilir (banyak kali 😃) hingga akhirnya kami sama-sama tersenyum 😁😁😊. Dipegangnya kedua-dua belah tangan saya untuk pastikan tiada jari yang dah bertanda.

Bergerak pula ke kerani kedua.

"Tulis guna tangan kanan kan?"  Saya mengangguk lantas dicelupnya jari telunjuk kiri saya ke dalam bekas dakwat. "Tak pekat pun dakwat ni, senang hilang ni" Saya mengomel sendiri dalam hati (tunggu lama sikit nanti dakwat itu akan jadi pekat seperti inai di jari 😁😁😁) Bergerak pula ke kerani ketiga sambil pada masa yang sama nama dan nombor MyKad saya dibaca kuat oleh kerani pertama. Kertas undi kini di tangan dan saya bergerak ke tempat memangkah undi.  Kertas undi dibuka dan mata mencari-cari kotak calon 'pilihan hati' untuk dipangkah. Tak sampai 2 minit, kertas undi selamat dipangkah dan selamat masuk ke dalam kotak undi.


Malaysia memilih 2018



Done mengundi.

Menurut SPR, setakat jam 12 tengahari tadi seramai 47% pengundi berdaftar telah keluar mengundi (jam 1 petang sudah mencapai 55%). Ya, rakyat Malaysia begitu teruja untuk mengundi pada pilihanraya kali ini.

Debaran menantikan keputusan pilihanraya ke 14 dijangka bermula seawal jam 8 malam nanti. Sama-sama kita nanti siapa yang kena akan menjadi pilihan rakyat.

Saya dah tunaikan tanggungjawab saya. Anda bagaimana?

Undi saya. Undi anda. Undi kita.

Setiap undi amat berharga.

Undi lah dengan bijak.

👍👍👍

0 comments:

Wujud kah penyewa dari 'syurga'?

Monday, May 07, 2018 Ana 0 Comments


Wujud kah penyewa dari 'syurga'?


Assalamualaikum & salam sejahtera....


Penyewa dari 'syurga'.

Sebagai tuan rumah, macam best saja bunyi nya kan?

penyewa rumah


Berbahagialah si tuan rumah yang bertuah dapat penyewa dari 'syurga' ini. Tak perlu nak pening-pening kepala fikirkan duit sewa rumah setiap bulan. Tak perlu nak risau hal-hal rumah yang pastinya dijaga dengan baik oleh penyewa dari 'syurga' itu. Tak perlu juga nak risau kalau-kalau bil elektrik dan air yang tidak dibayar oleh si penyewa.

Masa mula-mula ambil keputusan untuk menyewakan rumah saya di Bangi dulu, macam-macam yang saya fikirkan. Takut rumah dirosakkan si penyewa. Takut penyewa tak bayar sewa dan bil tertunggak kemudian lari tinggalkan rumah begitu saja. Secara jujurnya memang saya berharap sangat saya dapat jadi tuan rumah yang bertuah dapat penyewa dari 'syurga' itu. Tapi itulah. Bukan mudah nak jadi orang yang bertuah 😒

Penyewa rumah saya ialah sepasang suami isteri dengan dua orang anak perempuan mereka. Semasa bulan-bulan yang terawal menyewa, saya dan emak akan ke rumah tersebut untuk ambil duit sewa. Masuk bulan ketiga, saya tidak lagi dapat ke sana memandangkan emak pun tak berapa sihat jadi si penyewa rumah akan bank in saja duit sewa ke dalam akaun bank saya. Ok, tak ada masalah dengan duit sewa setakat ini.


penyewa rumah tak bayar bil

Yang jadi masalah saya ialah penyewa rumah saya ini 'suka' lewat membayar bil elektrik dan air. Bil-bil tertunggak hingga berbulan-bulan. Bil elektrik tertunggak 3 bulan hingga menjadi RM500 lebih. Peringatan lewat bayar bil elektrik sering saya terima melalui SMS daripada TNB. Pernah sekali emak saya yang bercakap dengan si penyewa di telefon bertanyakan mengenai bil tertunggak. Apa jawapan si penyewa?

"Makcik dengar sini baik-baik. Saya bayar bil elektrik RM500 sekaligus tau. Siapa kata saya tak bayar bil?"

Ya, memang lah bayar RM500 sebab bil dah tertunggak. Salah ke saya sebagai tuan rumah mengingatkan si penyewa untuk bayar bil dan elakkan daripada tertunggak?

Jika dengan emak saya pun sudah begitu 'elok' sekali bahasa si penyewa, dengan saya apa lah sangat.

"Saya tahulah nak bayar apa yang perlu. Saya pun ada perancangan kewangan saya sendiri. Takkan saya nak biarkan anak isteri saya bergelap. Saya bukan nya tak bayar, cuma lewat je. Akak tak boleh lah nak control kewangan saya macam ni sekali. Ni first time saya dapat tuan rumah macam ni"

Puas juga saya skrol atas bawah mesej dalam whatsapp saya dengan beliau semata-mata hendak mencari bahagian mana yang dikatakan saya mengawal kewangan si penyewa. Saya cuma minta bayar bil sebelum tarikh akhir, jangan dibiar tertunggak. Itu pun dikira sebagai kawal kewangan si penyewa kah?

Terkilan juga apabila difikirkan mengenai sikap penyewa saya ini. Berbeza sungguh perwatakan beliau yang saya kenal dengan perwatakan yang beliau tonjolkan dalam Facebook nya. Penyewa saya ialah seorang yang menjalankan kerja-kerja kebajikan. Agak dikenali juga orangnya dan pernah muncul dalam temubual di tv. Pernah juga kisah kerja-kerja amalnya disiarkan dalam suratkhabar. Setiap kerja amalnya akan dikongsi di dalam FB beliau dan turut sama mendapat sumbangan daripada kalangan followersnya. Salah satu kerja amal yang pernah beliau kongsikan ialah mengumpul dana bagi sebuah sekolah tahfiz untuk bantu membayar bil elektrik yang tertunggak sekolah tersebut.

Ermmm..macam mana pula dengan bil elektrik yang tertunggak untuk rumah saya?

Penyewa dari 'syurga'....mungkin hanya wujud dalam angan-angan saja....😒






0 comments:

Drama Mr Grey : Best loghat utara hangpa! (betul ke ayat ni?)

Monday, May 07, 2018 Ana 0 Comments


Drama Mr Grey : Best loghat utara hangpa! (betul ke ayat ni?)


Assalamualaikum & salam sejahtera....


"Awat tak habaq nak bawa balik CEO?"

"Awat? Mak nak pakai lipstick ka?"



Dialog di antara Nisa Ardina (lakonan Eyra Hazali) dan emaknya (Fauziah Dato Ahmad Daud) dalam drama bersiri Mr Grey ini memang spontan buat saya tergelak. Bagi saya yang memang tak pandai loghat utara tapi sangat suka dengar orang cakap utara ni, memang menjadi sungguh gandingan 2 pelakon ini dalam drama Mr Grey yang sedang hangat bersiaran di Astro Ria.


nisa ardina eyra hazali

mr grey fendy bakry


Drama Mr Grey adaptasi novel karya penulis hebat Syamnuriezmil yang ditonton jalan ceritanya setakat ini ringkas saja. Masih berkisar kepada kisah-kisah yang biasa dipaparkan dalam drama-drama Melayu yang lain. Kisah cinta berlainan darjat, perebutan kuasa dalam syarikat, kisah cinta tak dapat restu keluarga dan juga kisah cinta tak berbalas. Bagi saya yang menjadi tarikan untuk tonton drama ini selain daripada Mr Grey (lakonan Fendy Bakry) yang manis bergula bila tersenyum 😊😊😊 atau babak-babak 'pikatline' Mr Grey, ialah babak-babak yang guna loghat utara antara Nisa dan emaknya (teringat saya dalam drama Tuan Anas Mikael yang juga karya Syamnuriezmil pun banyak guna loghat utara walaupun tak sebanyak dalam drama Mr Grey ini). Suka sangat-sangat dengar loghat utara depa nih! Tapi kadang kala serabut juga bila tonton watak Nisa yang kalut memanjang tu hehehhe....



mr grey nisa ardina

drama mr grey


Drama Mr Grey akan menemui penonton untuk minggu terakhir minggu ini. Khabarnya nanti Astro akan menyiarkan drama dalam dua slot pula selepas ini, iaitu setiap 7 malam dan 10 malam. Dikatakan langkah ini bukanlah hendak mengikut cara tayangan tv3, tetapi waktu 7 malam itu lah waktu puncak yang mana ramai peminat drama akan meluangkan masa depan tv. Tapi itulah, macam tak sesuai pula langkah ini diambil ketika bulan Ramadhan bakal menjelma. Selepas berbuka puasa beramai-ramai lah duduk depan tv tengok drama nanti agaknya ya? Bergaduh pula nanti nak tonton drama Astro ataupun tv3? 😡😡😡


0 comments:

Mari lah mari....pergi mengundi...

Sunday, May 06, 2018 Ana 0 Comments

Mari lah mari....pergi mengundi...



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Tak lama lagi nak 'raya' . Lain betul rasanya semangat nak 'raya' kali ini.

Bermula dengan kejutan yang mengejutkan di hari penamaan calon seperti calon tertinggal MyKad, tertinggal surat watikah perlantikan mahupun pas masuk ke pusat penamaan, tempoh berkempen selama 11 hari kini diteruskan dengan macam-macam cara kempen untuk meraih undi hinggalah ke saat-saat akhir.

Elakkan daripada kempen pilihanraya yang bersifat perkauman dan tidak beradab.

Tapi ada juga calon yang main redah dan tak peduli itu semua. Bukan mereka ini tak tahu dalam zaman media sosial menjadi raja ini, perbuatan mereka itu akan viral dan disebar luas untuk pengetahuan semua. Malah bukan saja media sosial, di stesen televisyen pun saya lihat hampir setiap hari menyiarkan video ucapan-ucapan yang kurang etika ini. Perlu kah buat begitu? Nampak macam dah kekurangan bahan berita nak disiarkan pula. Orang ramai yang tak menyokong akan terus-terusan mengutuk. Penyokong tegar pula akan terus-terusan mengiyakan saja apa yang dikata.


pilihanraya umum ke 14

Teringat pula saya kenangan menghadiri ceramah DS Anwar Ibrahim ketika kempen pilihanraya tahun 2013 di sebuah padang bola. Bukan nak dengar ceramah sangat pun ketika itu tapi saja sibuk nak turut serta merasai kehangatan kempen pilihanraya. Memang hangat lah sebab saya terperangkap dalam lautan manusia yang hadir. Tak berpeluang saya nak balik awal sebab segan nak melangkah di celah-celah orang ramai yang duduk bersila memenuhi padang tengah bersemangat dengar ceramah. Malam ini pun ada ceramah kempen pilihanraya pakatan harapan di padang bola yang sama. Macam teruja pula nak pergi dengar sebab ramai pemimpin utama dalam pakatan harapan yang dikatakan akan hadir termasuklah Tun Mahathir.

"Mak ngah, mak ngah undi siapa nanti? Diva AA ke?"

Amboi, anak saudara saya yang berusia 9 tahun itu pun tahu Azwan Ali a.k.a Diva AA bertanding sebagai calon (ejaannya CALON ya, bukannya CALUN!) di DUN Bukit Antarabangsa. Mungkin perasan akan poster berlogokan gajah itu sepanjang perjalanannya ke sekolah. Mampukah Azwan mendapat sokongan rakyat di DUN tersebut atau beliau bakal hilang wang deposit? Tunggu dan lihat saja nanti. Yang pasti, abang beliau, YB Azmin Ali adalah salah seorang calon kerusi Parlimen P98 Gombak yang tersenarai dalam kertas undi saya nanti. Walaupun pernah dibelanja makan (hehehhe ketika itu saya makan di warung dan YB bayarkan untuk semua orang yang makan di situ) oleh YB ketika pilihanraya tahun 2013 yang lalu, undi saya kali ini pastinya akan menilai dengan lebih teliti setiap calon yang bertanding dan sumbangan serta khidmat yang mampu mereka berikan.

pilihanraya umum ke 14


Rugi lah bagi mereka yang tidak mendaftar sebagai pengundi. Kenalan saya sebagai orang kuat dan ahli wanita sebuah parti politik, berkempen tak kira siang malam bagi calon kawasannya. Tapi malang, beliau sendiri tidak berdaftar sebagai pengundi. Sepupu saya bersemangat menanyakan saya dah jadi ahli dan sertai parti ABC atau tak, bersemangat melobi untuk calon parti ABC, tapi itu lah beliau juga tidak berdaftar sebagai pengundi.

Rugi. Tersangat rugi. Setiap undi amat berharga. Satu undi itu pun mampu mengubah segala-galanya. Kuasa memilih di tangan kita semua. Buatlah pilihan yang bijak 😎

"Marilah mari, pergi mengundi, Jangan lupa kewajipan pada negara"

Tunaikan tanggungjawab anda dan pergilah mengundi...

Selamat mengundi!





0 comments:

Akhirnya ke bilik bedah juga....

Sunday, May 06, 2018 Ana 0 Comments



Akhirnya ke bilik bedah juga....


Assalamualaikum & salam sejahtera....

Jari jemari sudah tidak mampu ditahan-tahan lagi ingin melepaskan gian mengetuk kekunci laptop. Turun naik kehidupan sepanjang 6 bulan yang lepas agak tidak menggembirakan namun masih banyak yang perlu disyukuri. Hari ini saya kembali menulis.

Pengalaman melalui momen-momen sebelum dan selepas emak saya menjalani pembedahan tulang belakang memang penuh dengan dugaaan, Setelah cuba bertahan dengan menjalani pelbagai rawatan alternatif, akhirnya emak saya terpaksa juga mengambil keputusan yang paling sukar dalam hidup beliau iaitu untuk menjalani pembedahan tulang belakang.


Pembedahan spinal stenosis



Mengapa perlu jalani pembedahan?

Spinal stenosis. Dalam bahasa mudahnya ialah penyempitan laluan saraf di tulang belakang. Saraf terhimpit. Kaki emak saya menjadi kebas, rasa sejuk, berat dan daripada boleh berjalan menggunakan tongkat, sedikit demi sedikit menjadi semakin sukar dan akhirnya hanya mampu duduk di kerusi roda...

Bila menjalani pembedahan?

Di saat langit malam bercahaya dan bunyi mercun berdentum dentam menyambut ketibaan Tahun Baru Cina, emak saya baru saja selesai menjalani pembedahan 7 jam sebelumnya.

Soalan yang paling penting. Selepas pembedahan, adakah kini emak saya sudah mampu berjalan?

Tidak, Emak saya masih belum boleh berjalan. Malah untuk berdiri pun sukar sekali. Kecewa? Tipulah jika saya katakan saya tidak kecewa. Namun itu semua sudah dijangkakan. Proses pemulihan mengambil masa yang agak lama. Tidak pelik memandangkan saraf itu sendiri sudah sekian lama terhimpit sebelum ini.

Berulang alik ke hospital kerajaan untuk jalani fisioterapi, di'perli' ahli fisio dengan kata-kata berbisa, pengalaman jalani rawatan akupunktur yang tak menjadi, dilempar kata-kata yang melemahkan semangat oleh seorang doktor pakar serta banyak lagi suka duka sepanjang kami mencari rawatan terbaik dalam usaha hendak mengelakkan pembedahan. InsyaAllah akan saya kongsikan semuanya dalam coretan saya yang akan datang....

😊😊😊

*Banyak yang perlu saya baiki di blog yang dah lama bersawang ini. Maaf ya jika ada link/pautan yang tak redirect ke laman yang sepatutnya. Berikan saya sedikit masa untuk 'membetulkan keadaan'  😅😅😅



0 comments: